MUSLIMAH PEMBANGUN UMMAH

DIMANA BUMI DI PIJAK...DI SITU ISLAM DI JUNJUNG...

 Lama x menulis di blog ni...x de feel nk menulis..bkn jemu..entahlah..byk betul alasan..cuti yg cukup panjang kali ni..hampir 3 bulan...ikhlas katakan..boring berada di rumah...kadang2 ada aktiviti..kadang2 x..silap dri sendiri..xpandai  cari ruang dan peluang...


Teringat pulak time perjalanan pulang dr nilai ke rumah mula2 cuti..tayar kete pecah..alhamdulillah Allah masih panjangkan umur dan masih memberi peluang utk bertaubat dan menambah amal ibadat...bw kereta laju..siap potong kereta lain lg..dlm keadaan xsedar tayar kete dh pecah..bila dah lps tol..baru perasan..alhamdulillah x terbabas..call takaful..sbb ambik insuran takaful..syukur ada pertolongan dr takaful ikhlas..time tgh tgu org dr takaful dtg..ada peronda dr plus berenti..sembang2..dan bertny dr u maner..bila bgtau usim dan kos Quran sunnah..terus ditny psl Quran..dikalangan pnddk msia ni masih ramai yg gunakan Quran majid...yealah..masa kecik2 pun pernah guna Quran tu...tp ramai yg xtau Quran majid tu xbleh di gunakan lagi..byk perbezaan antara Quran majid dan Quran rasm uthmani..Quran majid ni dr India...Quran majid jg tiada kelulusan KDN..ni ust dr usim yg bgtau..hm...bila pakcik peronda tu tau..terkejut jgk dia..dia mcm ssh jer nk tukar pd Quran rasm uthmani..sbb dah biasa...hm..kenangan...

Time cuti plak mcm2 hal berlaku...antara yg paling xbleh lupa...tok meninggal di dpn mata...masa dtg utk jenguk tok n bacakan yaasin..tok dah nazak..bila dah hbs 2 kali bacaan yasin dan ajar tok mengucap ditelinganya..lps tu Allah ambik nyawa tok..xsangka..alhamdulillah dpt jgk tgk tok di saat akhir hidupnya...

Ramadhan kali ni lain...seminggu Ramadhan duk kerteh..tlg jg anak sedara..sbb kakak ipar blj kete..lps tu balik kubu..kampung ayah..teman ayah berpuasa hingga hari raya...hanya ber2 dgn ayah..ayah bila siang kerja..x dinafikan mmg sgt2 sunyi..tp dah biasa dgn kesunyian sejak mak meninggal lg..6 thn yg lalu..kesunyian ni dah jd asam garam kehidupan..tp hati sentiasa kata..Allah kan ada..itu penguat..tp duk kampung best..sgt tenang dan damai...sejuk jer...terasa lbh tenang dr rmh kat kerteh...hr2 bunyi suara burung...

Time raya thn ni meriah skt dr tahun lps..thn lps bertiga jer...thn ni abg beraya di kampung..jd meriahlah skt..ditambah dgn 2org anak sedara yg meriuhkan rumah..alhamdulillah...

lusa akan kembali ke bumi nilai...sedih tinggalkan ayah sorang di kampung..makan minum xpelah bleh g kedai..tp kalau sakit sape yg nk tgkkan..risau..sbg seorg anak hny mendoakan kebahagiaan bapanya..mendoakan yg terbaik utk bapanya..hrp cpt2 lah ada org yg menemani ayah dan akn jg ayah dgn sebaik mungkin..insyaAllah..utk kembali ke bumi nilai pula..ikhlas katakan sgt2 takut utk kembali dlm keadaan diri yg x sehebat sahabat2 lain...aku hanya insan biasa..yg sntsa mengharap setiap hr ada perubahan yg baik dlm diriku..lgpn byk perubahan pd sem dpn...byk kelainan..xsama mcm sem2 lps..rasa bersalah dlm dri krn xbt yg terbaik dlm apa jua situasi masa sem lps...insyaAllah akn bt yg terbaik pd sem akan datang...smg diberi kekuatan...

~sekadar luahan rasa...~


salam...

Allahu akbar..Allah maha besar..segala2nya ditentukan oleh Allah..aku bersyukur atas stp apa yg Allah kurniakn...

Terasa rindu saat2 indah waktu di sekolah menengah..form 1-3 di smaasza batu buruk dan form4-5 di smasid dungun...kenangan yg paling indah adalah di smaasza..disitu ku kenal tudung labuh..jubah..usrah..tazkirah..di sinilah ku kenal segalanya..tudung yg dianggap paling labuh bgku..adalah tudung yg paling singkat dan diharamkan pemakaiannya di smaasza...di sini ku kenal kak2 thanawi yg sgt baik..sgt lemah lembut..bertudung labuh dan berjubah..sentiasa mengeluarkan kata2 nasihat..stp kali lps asar,lps solat jemaah n bermathurat ramai2..aku pasti akn jmp mana2 kak2 thanawi utk diberikan tazkirah..rindunya saat itu..rasa dri sentiasa terisi...

setiap malam pasti ada pengisian dimusolla..taalim ust engku hassan sgt2 dirindui...kata2 yg pedas sgt menusuk ke kalbu...aku byk berubah disini...stp mlm jumaat..lps bacaan yasin dan sulat isya'..kami akn sama2 bertahlil dan stlh itu bernasyid beramai...Ya Allah..rindunya saat itu...dnamun..semuanya Allah telah tentukan...aku hanya blj di smaasza 3 tahun shj..harapan utk smbg thanawi dan ke mesir x kesampaian..impianku dr ting 1 lg..hancurnya hati waktu itu...tp..semua telah Allah takdirkan...

form 4 dan 5 msk smasid...disini agak berbeza..biah yg agak berlainan..permulaannya mmg agak kekok..tp bila dah lama terbiasa...byk perkara yg xdisangka2 berlaku disini..1minggu duk sni dilantik jd pengawas sek..pej2 lain pun pelik..yg dah lama pun xdilantik,yg lbh mengejutkan..dilantik jd tim kepada timbalan pengawas..jawatan yg agak tinggi ktk itu..pelik..hny dgn 1 soalan pd ust displin waktu tu...'bleh x nk pakai tdg keras'..trs ust tu lantik jd tim kpd tim pengawas..semuanya Allah aturkan...hnya lafaz syukur yg mampu ku ucapkan...jk di smaasza alu lbh byk diberi..di smasid aku perlu lbh byk memberi..student2 disini mcm2 ragam..couple..xttp aurat...dan mcm2 lagi..yg paling letih..stp kali lps maghrib kena prg chek stp bilik sape yg xtrn ke musolla...namun,kenangan tu indah...memberi tazkirah di musolla..

bila dah msk universiti rasa diri dah agak lain...bermula di udm..aku msh lagi aktif berpersatuan...menjadi exco dlm persatuan..tp bkn pangkat yg aku inginkan..kalau nk pengisian tambahan stp hr jumaat g rusila...dan stp mlm disurau ada pngisian dr ust2...sggp berjln jauh ke blok yg lain semata2 nk dgr tazkirah..disini aku kembali spt dulu...diberi bkn memberi...

di usim pulak..lain pulak..aku manjadi seorg yg agak jumud disini...rasanya xaktif langsung..aku menjd seorg yg penakut...xberani bersuara...lbh2 lagi memberi..aku rasa diri aku kosong...datang utk belajar..lps balik..jk ada ceramah/pengisian..aku pasti akn pergi sbb itulah sumber ketenanganku...dan kebahagiaan..sntsa diingati..aku takut sgt jika lalai...terasa perubahan dlm diri...x seperti dulu...byk yg dah berubah..malu pada dri sendiri...xberkeyakinan..x bersemangat...yg plg sedih adalah aku menjd seorg yg begitu snyp disini..tak yakin utk bertanya dan melontarkan pendapat...Ya Allah aku rindukan saat2 dahulu.....aku ingin sgt berubah...berubah menjadi yg lbh baik...

subhanallah..segala puji hnya bg Allah..

Kita tidak akan berjaya dengan kepimpinan seperti yang ada hari ini. Saya tidak berpuas hati. Saya nak berundur“, keluh seorang ahli gerakan Islam.

Agenda kami adalah untuk mengekalkan perbezaan di antara kami dan kamu“, tegas seorang ahli gerakan Islam yang lain.

Ana tidak mahu terlibat dengan usrah seperti ini. Kenapa mesti Tauhid yang tiga ini? Di mana Sifat yang 20 itu? Silibus ini silibus Wahabi!”, marah seorang lagi ahli sebuah gerakan Islam.

Hairan.

Selepas begitu lama berjuang dan begitu banyak idea dan teori dikupas, gerakan Islam hari ini masih tidak berganjak secara yang signifikan di dalam gerak kerja mereka. Malah sering pula kelihatan berundur atau memutar pusingan yang sama.


MASALAH ILMU?

Apakah gerakan Islam hari ini tidak cukup ILMU? Adakah persoalan hari ini merupakan persoalan ILMU?

Jika dahulu, mungkin. Penyertaan seseorang di dalam gerakan Islam adalah bermotifkan amal. Mereka mahu bekerja, dan melakukan sesuatu untuk membantu agama. Lantas generasi era itu tidak banyak bertanya. Mereka tidak begitu mementingkan TAHU terhadap ILMU sebanyak-banyaknya, kerana terbukti bahawa tahu banyak, tidak semestinya menghasilkan kerja dan sumbangan yang banyak.

Lantas di suatu ketika, gerakan Islam tidak kisah sangat jika ada pendukungnya yang tersilap memahami beberapa aspek nas. Jika ada ahli yang meletakkan maksud Wala’ pada konteks yang salah, atau memahami konsep Jamaatul Muslimin secara simplistik atau silap, ia bukanlah isu yang perlu diperbesarkan kerana yang semua itu hanya PROSES. Apa yang perlu diutamakan adalah OUTPUT, iaitu AMAL. Kerja! Selagi mana ahli gerakan Islam bekerja, maka maksud penglibatan mereka sudah tercapai.

Maka usaha pembetulan tasawur itu menjadi agenda perkaderan biasa. Sesekali pemimpin dan alim ulama yang sedar akan menegur. Tidaklah sampai jadi satu isu.

Apatah lagi untuk sebuah gerakan Islam yang membuka penyertaan kepada semua lapisan masyarakat. Ada profesor universiti, ada juga penarik beca dan si buta huruf. Semuanya berkumpul di dalam gerakan Islam ini untuk memberikan suasana yang realistik terhadap realiti masyarakat. Ia tidak mencipta realiti alternatif.

Tetapi kesan keterbukaan ini, susahlah hendak mendidik ahli dan pendukung. Ada ahli yang masuk ikut pintu politik, dan ada juga yang masuk ikut pintu Tarbiyah. Pemimpin gerakan Islam bekerja keras untuk memanfaatkan kesemua kategori ahlinya ke arah yang sama, bekerja untuk Islam. Tidak semua kerja gerakan Islam boleh dibuat oleh ‘orang Tarbiyah’. Selalu sahaja orang yang banyak ilmu, berat untuk memanjat tiang menggantung poster dan bendera. Dalam masa yang sama banyak juga kerja gerakan Islam tidak boleh dilakukan oleh ‘orang yang masuk ikut pintu politik’. Membahaskan polisi gerakan Islam, hala tuju dan muhasabah dari semasa ke semasa, memerlukan kepada ILMU yang mantap. Lantas keterbukaan gerakan Islam untuk menerima ahli daripada lapisan yang pelbagai, melengkapkan rumusan keahlian.


Generasi Mahu Tahu

Namun, zaman kurang memberikan perhatian kepada selok belok ILMU tentang PROSES, sudah berubah. Hari ini, generasinya mahu TAHU. Tahu sebanyak mungkin. Mereka mahu tahu semua perkara, sebelum mereka membuat keputusan untuk mendukung perjuangan Islam.

Ia suatu perkembangan yang baik.

Makin mahu tahu, makin tinggilah desakan untuk memperkemaskan aspek ILMU.

Faham-faham yang cincai tidak lagi boleh diangkat sebagai rukun komitmen yang pertama. Kena faham benda yang betul ini, betul-betul.


Ilmu Punca Masalah

Tetapi, tahu banyak, tidak menyelesaikan masalah gerakan Islam. Malah kelihatannya seperti tambah menyulitkan keadaan. Maklum sahaja, ILMU memang boleh membawa kepada kebaikan, tetapi ILMU juga punca manusia melampau dan hilang resmi padi.

Kerana pada masa mereka didatangi oleh Rasul-rasul yang diutus kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan (untuk menyelamatkan mereka, mereka mengejek-ejeknya, dan) mereka bergembira dengan ILMU yang ada pada mereka; dan dengan yang demikian mereka pun diliputi oleh azab yang mereka ejek-ejek dahulu. [Surah Ghafir 40: 83]

Ilmu sepatutnya memudahkan manusia mencari kebaikan dan kebenaran. Tetapi terbukti ilmu juga pernah menjadi punca kesombongan manusia.

Untuk tetap istiqamah di jalan perjuangan, pendukung gerakan Islam sudah pun diberi ingatan.

Al-Sheikh Fadhl Hasan Abbas di dalam kitabnya Khumasiyyat Mukhtaarah fi Tahdzib al-Nafs al-Ammaarah telah menukilkan bahawa al-Hasan rahimahullah, telah berpesan:

“Sesungguhnya agama itu telah dijadikan Allah di antara DUA JANGAN iaitu “Janganlah kamu melampau” dan “Janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim”.

Pesan ini merujuk kepada firman Allah SWT yang mendefinisikan maksud Istiqamah iaitu:

Oleh itu, hendaklah Engkau (Wahai Muhammad) sentiasa tetap bertistiqamah sebagaimana yang diperintahkan kepadaMu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang Penolong pun yang lain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.[Huud 11: 112-113]

Ketika berjuang untuk Islam, jangan melampau!

Terbukti golongan pelampau inilah yang kemudiannya gugur. Mereka yang dahulunya berminat dengan perbuatan kutuk mengutuk hingga ke tahap kafir mengkafir, membenci subjek kebencian secara berlebihan, hingga mengheret hawa nafsu dalam ‘perjuangannya’, mereka ini jatuh sendiri kerana mereka lupa bahawa agama yang diperjuangkannya itu, dijadikan Allah di antara ‘dua jangan’!

Dan salah satu punca kepada sikap melampau itu adalah ILMU, selain harta [Al-'Alaq 96: 6-7] dankekuatan / kuasa [Fussilat 41: 15]

Apabila seseorang itu melampau di dalam perjuangannya, dia terjebak pula kepada JANGAN yang kedua. Jika dahulu dia melampau-lampau dalam menegur dan menentang pemerintah yang dikecam zalim, pelampau ini pula yang melompat dan menjadikan dirinya sebahagian daripada manusia zalim itu tadi.

Sufyan al-Thauri rahimahullah pernah ditanya oleh seorang lelaki. Katanya, “aku menjahit pakaian untuk si zalim itu, apakah aku termasuk di dalam golongan yang cenderung kepada kumpulan manusia zalim itu?” Sufyan menjawab, “Tidak, bahkan engkau sendiri adalah termasuk di dalam golongan yang zalim. Orang yang cenderung kepada golongan yang zalim itu adalah mereka yang menjual jarum kepadamu agar engkau boleh menjahit. Mereka itulah golongan yang cenderung kepada kaum zalimin!”[Khumasiyyat Mukhtaarah fi Tahdzib al-Nafs al-Ammaarah, muka surat 155]

Nyata sekali, masalah utama gerakan Islam bukanlah pada ILMU kerana hari ini kita semakin TAHU dengan ILMU itu.

Malah lebih ironi, pengetahuan yang semakin bertambah itu, tidak menjadikan hasil kerja semakin bertambah. Kita memang tidak bertindak berasaskan apa yang kita TAHU, sebaliknya digerakkan oleh apa yang kita MAHU. Maka ilmu yang memberitahu semata-mata, tidak membantu gerakan Islam!


MASALAH KEMAHIRAN?

Jika ILMU bukan masalah utama gerakan Islam, maka bagaimana pula dengan kemahiran?

Ada gerakan Islam yang mahu mengekalkan method dakwah secara manual dan konservatif. Dakwah hanya dengan lisan, mengetuk pintu rumah ke rumah, seperti perlakuan dakwah di zaman Nabi s.a.w. Mereka ada justifikasinya yang tersendiri.

Manakala gerakan Islam yang lebih anjal, mencuba segala teknik dakwah dan menggarap sekalian kemahiran yang ada untuk menjayakan perjuangan Islam. Dari era penguasaan teknik menggunakan mesin taip, hinggalah kepada memanfaatkan teknologi ICT hari ini, gerakan Islam terus maju setapak demi setapak, malah menggusarkan saingan gerakan Islam yang lebih berminat untuk menyekat air seperti dinding empangan.

Pemerintah menggunakan segala akta, sedangkan maklumat dan ilmu terus percuma dan melanggar sekatan di era ledakan teknologi maklumat hari ini.

Kemahiran apakah yang tiada pada sebuah gerakan Islam? Segala macam kemahiran sudah diperolehi sama ada melalui pembelajaran, atau pun melalui penyertaan tenaga mahir itu sendiri ke dalam saf gerakan Islam.

Tetapi adakah kemahiran itu sudah menganjak gerakan Islam ke suatu peningkatan yang signifikan?


Kemahiran Syarat Kesempurnaan Taqwa

Kemahiran memang bukan persoalan yang kecil. Tatkala kumpulan pertama Islam cuba menundukkan Constantinople pada tahun 44H, mereka ada segala nilai Taqwa kerana Abu Ayyub al-Ansari dan Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhum adalah generasi yang dididik sendiri oleh tangan Nabi s.a.w. Atas janji Rasulullah s.a.w terhadap pembebasan Constantinople, mereka pergi dengan keyakinan itu.

Tetapi mereka gagal. Salah satu faktornya berkait rapat dengan soal kemahiran. Mereka tidak mempunyai maklumat kajian yang cukup tentang kekuatan sebenar Constantinople. Mereka tidak biasa berperang di kawasan yang dikelilingi laut seperti Constantinople dan mereka tidak tahu teknik peperangan apakah yang menjadi pegangan kota yang mahu ditundukkan itu.

Mereka gagal.

Memperlengkapkan diri dengan ILMU dan MAKLUMAT adalah sebahagian tuntutan SUNNATULLAH.

Satu demi satu usaha dilakukan. Setiap kegagalan pertama menjadi teladan usaha berikutnya. Akhirnya kejayaan dicapai oleh insan biasa yang luar biasa, 800 tahun selepas era Nubuwwah, apabila Constantinople kecundang di tangan Sultan Othmaniyyah, Muhammad al-Fatih pada tahun 857H (1453M) dan tenteranya.

Gabungan komitmen mereka terhadap SYARIATULLAH dan SUNNATULLAH, telah melayakkan mereka untuk membuat anjakan dunia dengan pembukaan kota Istanbul, hari itu.

Keperluan bagi sebuah gerakan Islam untuk memperlengkapkan diri dengan ILMU dan KEMAHIRAN memang tidak boleh dinafikan.


Masih Belum Mahirkah Gerakan Islam Hari Ini?

Namun, kemahiran apakah lagi yang belum ada pada sebuah gerakan Islam? Kemahiran hari ini sudah mencecah tahap yang jauh terkehadapan berbanding dengan 50 tahun yang lalu.

Namun, sudahkah kemahiran itu menyumbang kepada peningkatan kualiti persembahan gerakan Islam secara yang signifikan?

Masih banyak persoalan yang timbul di sekitar isu ini.

Jika ilmu bukan isu utama, jika kemahiran bukan masalah pertama, maka isu apakah yang menyumbang kepada kelesuan gerakan Islam hari ini? Isu apakah yang menjadikan gerakan Islam terperosok ke dalam lubang kesilapan yang sama?

Jawapannya boleh dicari melalui persoalan-persoalan ini:


  1. Apakah yang menjadi halangan kepada dua gerakan Islam untuk saling bekerjasama mencapai matlamat yang sama? Ilmu, kemahiran atau sikap?
  2. Apakah yang menjadi punca kepada ketidaksefahaman di antara sesama ahli gerakan Islam sehinga satu demi satu agenda perjuangan mati oleh perpecahan dalaman? Ilmu, kemahiran atau sikap?
  3. Apakah yang menjadi punca kepada satu demi satu ahli gerakan Islam bertindak secara reaktif, menterjemahkan rasa tidak puas hatinya bukan kepada menawarkan penyelesaian, tetapi pergi kepada membuka satu demi satu kelompok serpihan yang baru? Ilmu, kemahiran atau sikap?
  4. Apakah yang menjadi punca kepada gerakan Islam gagal mentadbir kemenangan dan gagal juga menghadapi kekalahan secara yang positif? Ilmu, kemahiran atau sikap?
  5. Apakah punca, gerakan Islam yang sepatutnya bekerja untuk mengumpulkan manusia dan menjana mereka untuk bekerja demi Islam, masih terjebak ke dalam irama pertelingkahan manhaj, yang sudah berkali-kali merugikan masa dan tenaga Islam, sehingga gerakan Islam itu sendiri menaja perpecahan umat atau mereka sendiri turut berpecah? Ilmu, kemahiran atau sikap?
  6. Apakah punca kepada gerakan Islam hingga lebih berminat untuk mengekalkan perbezaan, berbanding dengan penyelesaian?
  7. Apakah punca yang menjadikan seorang yang berILMU dan berKEMAHIRAN tinggi, boleh bertindak dan bercakap seperti orang tidak berILMU dan berKEMAHIRAN rendah? Ilmu, kemahiran atau sikap?

Persoalan ini masih panjang, sepanjang sejarah gerakan Islam itu sendiri.

Oleh kerana saya benar-benar khuatir dalam mencari jawapan kepada persoalan-persoalan itu tadi, saya cuba mengalihkan percakapan dan penulisan saya daripada soal menambah ILMU dan MAKLUMAT, kepada pembetulan SIKAP.

Amat malu bagi pendukung agenda sebesar AGENDA ISLAM, kalah oleh persoalan SIKAP yang terlalu asas dan mudah.

Betulkan SIKAP, ia MUQADDIMAH AGAMA dan PERJUANGAN.

sumber:JAKIM

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

Hikmah membaca doa akhir tahun Hijrah adalah kita memperingati amalan-amalan pada tahun lalu, sama ada yang amalan yang membawa kebaikan mahupun amalan yang membawa kepada dosa dan lalu meminta ampun atas kesalahan-kesalahan serta meminta perlindungan Allah swt. daripada kejahatan syaitan dan manusia.

Manakala hikmah membaca doa awal tahun Hijrah pula adalah kita memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah untuk melaksanakannya.

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah selesai 1 paper hari ni...fikr islami..soalannya xlah payah sgt...cuma terkejut dgn markahnya...ada 4 soalan pilih 3 shj..stp soalan xada anak2 soalan tp markahnya 20 markah...huh..penat jgk perah otak nk cari isi...point dlm buku pendek jer...jd huraian lah kena bt panjang2.....bi iznillah...insyaAllah dpt yg terbaik....

sebelum exam ni blk trg..cuti raya...apa yg nk dikongsikan sebenarnya adalah bermacam2 ragam manusia masa nk balik ke kampung...naik bas di Putra..jd kena naik ktm lah nk ke putra....seperti mana semua sedia maklum...ktm sekarang dah ada koc utk wanita shj...koc wanita shj ni bermula pd akhir bulan april 2010....tujuan utamanya adalah membendung masalah seksual terhadap wanita...kan bgs kalau tujuan utama nk jaga ikhtilat lelaki dan perempuan..faham2 jealah duk dlm ktm tu...bila time cuti @ time org blk krj full dgn manusia....erm...sbb tu lah xsuka sgt naik ktm ni...rasa lega bila dah diperkenalkan koc utk wanita ni....

pada awal diperkenalkan ada guard yg jaga...spy lelaki xmasuk...tp dah lama ni....erm...xder dah...lelaki slamber jer msk koc wanita ni...xrasa malu langsung..."pondan agaknya"..geram rasanya...masa balik hr tu sajer tngkap gmbr lelaki2 ni masa diorg duk dlm koc wanita....siap bleh tidur lagi...geram sbb adanya lelaki2 mcm ni...wanita xdpt ddk...


apa yg menariknya...waktu dah smp di KL sentral...ramai yg msk...lelaki pun ada...ada seorg mak cik india ni membebel seorg dri....dia pandang jer sekeliling...ingtkan membebel aper..rupanya mak cik ni marah sbb ada lelaki dlm koc wanita....mak cik ni pun tegur sorang budak lelaki melayu ni...srh dia msk kat koc lelaki..tp budak ni bt slamber jer...menjwb lg tuh...krg ajar dgn org tua...walaupun dgn bkn Islam....tp malu jgk bdk ni kena tegur depan org ramai...dri ni xsekuat tu nk tegur lelaki2 sebegini...nnt ada yg jns pelik2 susah....bermasam muka jealah...

pernah seorg ust bercerita..waktu ni ana join program bwh pendakwah muda...ust ni crite pengalaman duk dlm ktm ni....waktu tu xder lg koc wanita...masa ust tu msk dlm koc ni...org2 btl2 ramai..btl2 sesak...lelaki prmpn xpyh katalah...bersentuh2an...ust ni cri jalan nk elakkan dr semua ni...maka ust ni pun ambil Quran dan baca kuat2...semua dlm ktm tu dgr...yg dekat2 dgn ust mkn menjauh...lapang skt dr sesak2 td...ustbc lg Quran tu kuat2...akhirnya ada seorg pemuda ni bg ust ddk...entahlah...niat nya..harap2 krn hormat pd org lbh tua...

terfikir jgk....bgs jgk cara ni...bc Quran jea...trs menjauh...xdelah yg nk himpit2...lbh2 jk situasi dgn lelaki...erm...remaja2 dlm ktm tu mcm takut jea dgr bcaan Quran ni...kalau tgk dlm ktm n i..mcm2 jns manusia bleh tgk...pakaian xusah ckp..mcm2 jns n trend...bykkan istighfar jea...smg dgn adanya koc wanita ni memberi lbh kebaikan dn manfaat kpd semua wanita...oklh drpd dulu2 naik ktm ni....


IPOH: “Nak abah, nak mama,” itu perkataan diucapkan berulang kali oleh Fatiha Shaiful Fadzilah, 4, yang terselamat dalam nahas ngeri mengorbankan ibu dan bapa serta dua abang kembarnya ketika mereka dalam perjalanan pulang ke kampung bagi menyambut Aidiladha di sini, tengah malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam di Kilometer (KM) 377.6 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara, berdekatan Slim River itu, empat beranak terbabit maut di tempat kejadian selepas kereta Proton Iswara yang mereka naiki dirempuh sebuah treler dari belakang.


Mereka yang terbunuh ialah Shaiful Fadzilah Shahar, 36, isterinya, Siti Suzana Mohd Noor, 33, dan anak kembar mereka, Fitri dan Fikri berusia enam tahun manakala dua lagi anak mereka iaitu Firdaus, 8, dan Fatiha, cedera.

Ibu saudara Fatiha yang juga adik bongsu Shaiful Fadzilah, Nor Azizah Shahar, 23, ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, semalam berkata, Fatiha ditempatkan di Wad Kebakaran hospital itu pada awal pagi semalam bagi rawatan susulan akibat kecederaan serta melecur di tangan kiri.


Nor Azizah berkata, abangnya tidak merancang pulang ke kampung sebelum ini, namun mengubah keputusan itu dan memaklumkan kepada keluarga di Kampung Gua Badak, Lenggong dari rumah mereka di Taman Ekamatahari, Labu, Seremban, kira-kira jam 8 pagi kelmarin.

“Sebelum ini, arwah pernah memaklumkan dia sekeluarga tak jadi balik berikutan kekangan kerja, namun mengubah keputusan itu pada saat akhir.

“Dia memaklumkan kepada kami sebelum bertolak pulang ke kampung. Bagaimanapun, selepas menunggu sehingga jam 2 pagi, tapi mereka belum tiba membuatkan kami sekeluarga curiga,” katanya.


Nor Azizah menghubungi Shaiful Fadzilah kira-kira jam 4 pagi untuk mengetahui keadaan mereka sekeluarga, namun tiada jawapan sebelum dihubungi polis lima minit kemudian memaklumkan arwah sekeluarga terbabit kemalangan ngeri menyebabkan dia bergegas ke Hospital Slim River.

Menurutnya, arwah abangnya ada merancang mengkhatankan anak kembarnya itu di kampung memandangkan ketika ini musim cuti sekolah selain menyambut Aidiladha.


“Kali terakhir saya menemui mereka sekeluarga pada Aidilfitri lalu,” katanya sebak.


Sementara itu, tinjauan di HRPB mendapati Fatiha masih menerima rawatan di hospital berkenaan dan dia kerap kali meracau serta menangis sambil memanggil ibu dan bapanya.


Kanak-kanak malang itu belum dimaklumkan kematian ibu dan bapa serta abang kembarnya.


Abang sulung Fatiha, Firdaus pula masih dirawat di Hospital Slim River kerana cedera di kaki manakala keempat-empat ahli keluarganya yang meninggal dunia dalam nahas itu dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat sebelum jenazah mereka dituntut ahli keluarga, petang semalam.


Semua jenazah empat beranak itu dikebumikan di kampung kelahiran Shaiful Fadzilah di Kampung Gua Badak, Lenggong, petang semalam.




Ana ckp tersentuh dgn berita ni...walaupun byk lagi kes begini...di kala dri rasa sendirian...namun berita ni menguatkan lagi tanda kesyukuran pada Allah atas segala nikmat yg telah Allah berikan...jika kt diuji...ada org lain yg diuji lbh teruk lagi...malah diuji ketika msh lagi kecil...tak mengetahui dgn lebih mendalam tentang kehidupan...yg sgt2 memerlukan kasih sayang ibubapa...terlalu besar tamparan....dikala kedua ibubapa meninggal di depan mata...smg Allah cucuri rahmat keatas kedua ibubapa budak ini...dan menempatkan di kalangan org yg beriman...insyaAllah....


sama2 koleksi diri...muhasabah diri...syukurlah dgn stp yg Allah berikan...jika Allah ambil sesuatu..Allah akn gantikan dgn lbh baik lagi...semua sbg tarbiyyah dlm diri...kekuatan aqidah pd Allah...

sumber: http://soaljawab.wordpress.com/2009/11/23/tatacara-takbir-aidilfitri-dan-aidiladha/

Waktu Mulai & Berakhir Takbir


a. Takbir Aidil Fitri


Takbir pada saat aidil fitri bermula sejak maghrib malam tanggal 1 syawal sehingga selesai solat ‘id.

Hal ini berdasarkan dalil berikut:


1. Allah berfirman, yang ertinya: “…hendaklah kamu mencukupkan bilangannya (puasa) dan hendaklah kamu mengagungkan Allah (bertakbir) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu.” (Qs. Al Baqarah: 185)


Ayat ini menjelaskan bahawasanya ketika orang sudah selesai menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadlan maka disyariatkan untuk mengagungkan Allah dengan bertakbir.


2. Ibn Abi Syaibah meriwayatkan bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam keluar dari rumah menuju ke tanah lapang kemudian baginda saw bertakbir hingga tiba di tanah lapang (musolla iaitu tempat solat hari raya). Baginda saw terus bertakbir sehingga solat selesai. Setelah menyelesaikan solat, baginda saw menghentikan takbir. (HR. Ibn Abi Syaibah dalam Al Mushannaf 5621)


Keterangan:


1. Takbir aidil fitri dilakukan dimana saja dan bila saja. Ertinya tidak semestinya di masjid.

2. Sangat dianjurkan untuk memeperbanyak takbir ketika menuju ke tempat solat raya. Ini kerana ia merupakan kebiasaan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabat. Berikut di antara dalilnya:


  • Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam keluar daripada rumah menuju ke tanah lapang (tempat solat hari raya) kemudian baginda saw bertakbir sehingga tiba di tanah lapang. Baginda saw terus bertakbir sehingga solat selesai. Setelah menyelesaikan solat, baginda saw menghentikan takbir. (HR. Ibn Abi Syaibah dalam Al Mushannaf)
  • Daripada Nafi: “Dulu Ibn Umar bertakbir pada hari id (ketika keluar rumah) sehingga beliau tiba di tanah lapang. Beliau terus melanjutkan takbir hingga imam datang.” (HR. Al Faryabi dalam Ahkam al Idain)
  • Daripada Muhammad bin Ibrahim (seorang tabi’in), beliau mengatakan: “Dulu Abu Qatadah berangkat menuju tanah lapang pada hari raya kemudian bertakbir. Beliau terus bertakbir sehingga tiba di tanah lapang.” (Al Faryabi dalam Ahkam al Idain)

b. Takbir Aidil Adha


Takbir Aidil Adha ada dua:

1. Takbir yang tidak terikat waktu (Takbir Mutlak)


Takbir hari raya yang tidak terikat waktu adalah takbir yang dilakukan bila saja, dimana saja, selama masih dalam tempoh waktu yang dibolehkan.


Takbir mutlak menjelang aidil Adha bermula sejak tanggal 1 Zulhijjah sehingga waktu asar pada tanggal 13 Zulhijjah. Selama tanggal 1 – 13 Zulhijjah, kaum muslimin disyariatkan memperbanyakkan ucapan takbir di mana saja, bila saja dan dalam keadaan apa saja. Boleh sambil berjalan, di kenderaan, bekerja, berdiri, duduk, ataupun berbaring. Demikian pula, takbir ini boleh dilakukan di rumah, jalan, pejabat, sawah, pasar, tanah lapang, masjid, dst. Dalilnya adalah:


a. Allah berfirman, yang ertinya: “…supaya mereka berzikir (menyebut) nama Allah pada hari yang telah ditentukan…” (Qs. Al Hajj: 28)


Allah juga berfirman, yang ertinya: “….Dan berzikirlah (dengan menyebut) Allah dalam beberapa hari yang berbilang…” (Qs. Al Baqarah: 203)


Tafsirnya:

  • Yang dimaksud berzikir pada dua ayat di atas adalah melakukan takbir
  • Ibn Abbas radhiyallahu ‘anhuma mengatakan: “Yang dimaksud ‘hari yang telah ditentukan’ adalah tanggal 1 – 10 Zulhijjah, sedangkan maksud ‘beberapa hari yang berbilang’ adalah hari tasyriq, tanggal 11, 12, dan 13 Zulhijjah.” (Al Bukhari secara Mua’alaq, sebelum hadis no.969)
  • Dari Sa’id bin Jubair dari Ibn Abbas, bahawa maksud “hari yang telah ditentukan” adalah tanggal 1 – 9 Zulhijjah, sedangkan makna “beberapa hari yang berbilang” adalah hari tasyriq, tanggal 11, 12, dan 13 Zulhijjah. (Disebutkan oleh Ibn Hajar dalam Fathul Bari 2/458, kata Ibn Mardawaih: Sanadnya sahih)

b. Hadis dari Abdullah bin Umar, bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Tidak ada amal yang dilakukan di hari yang lebih agung dan lebih dicintai Allah melebihi amal yang dilakukan di tanggal 1 – 10 Zulhijjah. Oleh kerana itu, perbanyaklah membaca tahlil, takbir, dan tahmid pada hari itu.” (HR. Ahmad & Sanadnya disahihkan Syaikh Ahmad Syakir)


c. Imam Al Bukhari mengatakan: “Dulu Ibn Umar dan Abu Hurairah pergi ke pasar pada tanggal 1 – 10 Zulhijjah. Mereka berdua mengucapkan takbir kemudian masyarakat bertakbir disebabkan mendengar takbir mereka berdua.” (HR. Al Bukhari sebelum hadis no.969)


d. Disebutkan Imam Bukhari: “Umar bin Khatab pernah bertakbir di khemahnya ketika di Mina dan didengar oleh orang yang berada di masjid. Akhirnya mereka semua bertakbir dan masyarakat yang di pasar-pun ikut bertakbir. Sehingga Mina bergema dengan takbir.” (HR. Al Bukhari sebelum hadis no.970)


e. Disebutkan oleh Ibn Hajar bahawa Ad Daruqutni meriwayatkan: “Dulu Abu Ja’far Al Baqir (cucu Ali bin Abi Thalib) bertakbir setiap selesai solat sunat di Mina.” (Fathul Bari 3/389)


2. Takbir yang terikat waktu


Takbir yang terikat waktu adalah takbir yang dilaksanakan setiap selesai melaksanakan solat wajib. Takbir ini dimulai sejak setelah solat subuh tanggal 9 Zulhijjah sehingga setelah solat Asar tanggal 13 Zulhijjah. Berikut dalil-dalilnya:


a. Dari Umar bin Khattab radhiyallahu ‘anhu, bahawa beliau dulu bertakbir setelah solat shubuh pada tanggal 9 Zulhijjah sehingga setelah Zuhur pada tanggal 13 Zulhijjah. (Ibn Abi Syaibah & Al Baihaqi dan sanadnya disahihkan Al Albani)


b. Dari Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu, bahawa beliau bertakbir setelah solat shubuh pada tanggal 9 Zulhijjah sehingga Asar tanggal 13 Zulhijjah. Beliau juga bertakbir setelah ashar. (HR Ibn Abi Syaibah & Al Baihaqi. Al Albani mengatakan: “Sahih dari Ali radhiyallahu ‘anhu“)


c. Dari Ibn Abbas radhiyallahu ‘anhu, bahawa beliau bertakbir setelah solat shubuh pada tanggal 9 Zulhijjah sehingga tanggal 13 Zulhijjah. Beliau tidak bertakbir setelah maghrib (malam tanggal 14 Zulhijjah). (HR Ibn Abi Syaibah & Al Baihaqi. Al Albani mengatakan: Sanadnya sahih)


d. Dari Ibn Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, bahawa beliau bertakbir setelah solat shubuh pada tanggal 9 Zulhijjah sehingga Asar tanggal 13 Zulhijjah. (HR. Al Hakim dan disahihkan An Nawawi dalam Al Majmu’)


Lafaz Takbir


Tidak terdapat riwayat lafaz takbir tertentu dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Hanya saja ada beberapa riwayat dari beberapa sahabat yang mencontohkan lafaz takbir. Diantara riwayat tersebut adalah:


Pertama, Takbir Ibn Mas’ud radhiyallahu ‘anhu. Riwayat daripada beliau ada 2 lafaz takbir:

أ‌- اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله ُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وللهِ الْحَمْدُ
ب‌- اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله ُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وللهِ الْحَمْدُ

Keterangan:
Lafaz: “Allahu Akbar” pada takbir Ibn Mas’ud boleh dibaca dua kali atau tiga kali. Semuanya diriwayatkan Ibn Abi Syaibah dalam Al Mushannaf.


Kedua, Takbir Ibn Abbas radliallahu ‘anhuma:

اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، وَلِلَّهِ الْحَمْدُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَأَجَلُّ
اللَّهُ أَكْبَرُ، عَلَى مَا هَدَانَا

Keterangan:
Takbir Ibn Abbas diriwayatkan oleh Al Baihaqi dan sanadnya disahihkan Syaikh Al Albani.


Ketiga, Takbir Salman Al Farisi radhiyallahu ‘anhu:

اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا

Keterangan: Ibn Hajar mengatakan: Takbir Salman Al Farisi radhiyallahu ‘anhu diriwayatkan oleh Abdur Razaq dalam Al Mushanaf dengan sanad sahih dari Salman.


Catatan Penting


As Shan’ani mengatakan: “Penjelasan tentang lafaz takbir sangat banyak daripada berberapa ulama. Ini menunjukkan bahawa perintah bentuk takbir cukup longgar. Disamping ayat yang memerintahkan takbir juga menuntut demikian.”


Maksud perkataan As Shan’ani adalah bahawa lafaz takbir itu longgar, tidak hanya satu atau dua lafaz. Orang boleh milih mana saja yang dia suka. Bahkan sebahagian ulama mengucapkan lafaz takbir yang tidak ada keterangan dalam riwayat hadis. Allahu A’lam.


Kebiasaan yang Salah Ketika Takbir


Ada beberapa kebiasaan yang salah ketika melakukan takbir di hari raya, diantaranya:


a. Takbir berjamaah di masjid atau di tanah lapang


Ini kerana takbir yang sunnah itu dilakukan sendiri-sendiri dan tidak diketuai seseoran. Sebagaimana disebutkan dalam riwayat Anas bin Malik bahawa para sahabat ketika bersama nabi pada saat bertakbir, ada yang sedang membaca Allahu akbar, ada yang sedang membaca laa ilaaha illa Allah, dan satu sama lain tidak saling menyalahkan… (Musnad Imam Syafi’i 909)


Riwayat ini menunjukkan bahawa takbirnya para sahabat tidak seragam. Kerana mereka bertakbir sendiri-sendiri dan tidak berjamaah.


b. Takbir dengan menggunakan pengeras suara


Perlu difahami bahawa cara melakukan takbir hari raya tidak sama dengan cara melaksanakan azan. Dalam syariat azan, seseorang dianjurkan untuk melantangkan suaranya sekeras mungkin. Oleh kerana itu, para juru azan di zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam seperti Bilal, dan Abdullah bin Umi Maktum ketika hendak azan mereka naik, mencari tempat yang tinggi. Tujuannya adalah agar azan didengar oleh banyak orang. Namun ketika melakukan takbir hari raya, tidak terdapat satupun riwayat bahawa Bilal naik mencari tempat yang tinggi dalam rangka melakukan takbir. Beliau melakukan takbir di bawah dengan suara keras yang hanya didengari oleh beberapa orang di sekelilingnya saja.


Oleh kerana itu, sebaiknya melakukan takbir hari raya tidak sebagaimana azan. Ini kerana dua syariat ini adalah syariat yang berbeza.


c. Hanya bertakbir setiap selesai solat berjamaah


Sebagaimana telah dijelaskan bahawa takbir itu ada dua. Ada yang terikat waktu dan ada yang sifatnya mutlak (tidak terikat waktu). Untuk takbir yang mutlak sebaiknya tidak dilaksanakan setiap selesai solat fardlu saja. Yang sunnah dilakukan setiap saat, bila saja dan di mana saja.


Ibnul Mulaqin mengatakan: “Takbir setelah solat wajib dan yang lainnya, untuk takbir Aidil Fitri maka tidak dianjurkan untuk dilakukan setelah solat, menurut pendapat yang lebih kuat.” (Al I’lam bi Fawaid Umadatil Ahkam: 4/259)


Amal yang disyariatkan ketika selesai solat jamaah adalah berzikir sebagaimana zikir setelah solat. Bukan melaungkan takbir. Waktu melaungkan takbir cukup longgar, boleh dilakukan bilapun selama hari raya. Oleh kerana itu, tidak selayaknya mengambil waktu yang digunakan untuk berzikir setelah solat.


d. Tidak bertakbir ketika di tengah perjalanan menuju tanah lapang


Sebagaimana riwayat yang telah disebutkan di atas, bahawa takbir yang sunnah itu dilakukan ketika di perjalanan menuju tempat solat hari raya. Namun sayang sunnah ini hampir hilang, melihatkan ramainya orang yang meninggalkannya.


e. Bertakbir dengan lafaz yang terlalu panjang


Sebahagian pemimpin takbir sesekali melantunkan takbir dengan bacaan yang sangat panjang. Berikut lafaznya:


الله أكبر كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَلَا نَعْبُدُ إلَّا إيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ…


Takbir dengan lafaz yang panjang di atas tidak ada dalilnya. Allahu a’lam.

http://muslim.or.id/fiqh-dan-muamalah/takbir-hari-raya.html

الوقت كالسيف

MUJAHIDAH ISLAM

My photo
Tiada terjangkau kudrat diri untuk menjadi sekojar al-kauthar milik Rasulullah..hanya sekadar setitis mata air..sejernih salsabila buat penebus dahaga sang musafir di padang pasir..
DA'IE IBARAT TIRAM DILAUT..DIHIRIS PEPASIR TERCALARLAH IA..SUNGGUHPUN TERLUKA..TETAP TERPENDAM..SUNGGUHPUN PEDIH..TETAPI DISIMPAN..NAMUN AKHIRNYA DIBALAS MUTIARA..

Total Pageviews

UKHWAH FILLAH

MUSLIMAH PEMBANGUN UMMAH

MUSLIMAH PEMBANGUN UMMAH





Powered by Blogger.

Followers