Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
selamat menonton..moga dapat manfaat bersama..cerita ckp berbeza dgn ayat2 cinta dan ketika cinta bertasbih...unsur dakwah lbh menyerlah...
مُعَاذاً إِلَى الْيَمَنِ وَقَال لَهُ : "اِتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُوْمِ ، فَإِنَّهَا لَيْسَ بَيْنَهَا
وَبَيْنَ اللهِ حِجَابٌ

Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah mengutus Mu’adz ke Yaman dan Beliau berkata kepadanya : "Takutlah kamu akan doa seorang yang terzalimi, kerana doa tersebut tidak ada hijab (penghalang) di antara dia dengan Allah". H.R. Bukhari dan Muslim
Ketika Rasulullah SAW mengutus seorang sahabatnya yang bernama Mu’adz bin Jabal ke negeri Yaman untuk berdakwah di sana, Beliau memberikan beberapa pesan penting dalam mengajak manusia kepada kebenaran yang telah ajar olehnya SAW. Dalam hadits ini beliau berpesan kepada Mu’adz bin Jabal agar waspada dan takut akan doa orang yang terzalimi, kerana doa orang yang terzalimi tidak akan tertolak. Demikian pesan Rasulullah SAW : “ … doa tersebut tidak ada hijab (penghalang) diatara dia dengan Allah”. Oleh kerananya bersikap adil sentiasa harus ada pada diri setiap individu muslim.
Hancurnya Umat Tedahulu Kerana Kezaliman
Banyak kita dapati dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW hancurnya umat terdahulu disebabkan perilaku zalim yang mereka lakukan.
Fira'un Raja Kezaliman
Apa yang dilakukan oleh Fir’aun, sang raja kezaliman dan bala tenteranya kepada umat Nabi Musa AS jelas adalah penyebab musnahnya mereka dengan cara ditenggelamkan di laut merah. Di antara kezalimanan yang dilakukan Fir’aun dan bala tentaranya tersebut adalah mereka telah membunuhi anak-anak lelaki bani israil dan membiarkan anak-anak perempuan mereka hidup. Dengan perlakuan zalim ini, Nabi Musa AS pun mengajak kaumnya untuk memohon pertolongan kepada Allah SWT dan bersabar atas kezaliman ini.
Kemudian Nabi Musa AS berdoa kepada Allah SWT atas kehancuran dan kebinasaan Fir’aun dan para pengukutnya :
“ ... Ya Tuhan kami, engkau telah memberi kepada Fir’aun dan para pegawai kaumnya berupa perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia. Ya Tuhan kami ini semua mengakibatkan mereka menyesatkan manusia (hamba-hamba-Mu), dari jalan-Mu. Ya Tuhan kami, binasakanlah harta-benda mereka dan kunci matilah hati mereka. Mereka tidak akan beriman dan kembali kepada jalan yang benar sebelum melihat siksaan-Mu yang pedih.” (Q.S. Yunus/10 : 88)
Orang Orang Yang Makbul Doanya
Ada ramai orang yang doanya tidak akan tertolak yakni maqbul, diantaranya :
Orang Yang Berpuasa
Di antara doa yang akan dikabulkan oleh Allah SWT adalah doa orang yang berpuasa, doanya akan Allah kabulkan hingga dia berbuaka puasa, namun tentunya puasa yang dia lakukan adalah puasa yang dilandasi oleh keikhlasan karena Allah SWT.
Pemimpin Yang Adil
Kepemimpinan adalah sebuah amanah besar yang dibebankan Allah SWT kepada orang-orang tertentu, bahkan kita semua adalah pemimpin untuk diri kita masing-masing, dan pada hari kiamat kelak Allah SWT akan memimta pertanggungjawapan atas kepemimpinan yang telah kita pikul selama kita menerima amanah tersebut di dunia ini.
Seorang pemimpin mulai dari PM sampai kepada jawatan yang paling rendah dan tentunya siapa pun kita ketika mendapati suatu amanah sebagai seorang pemimipin maka dituntut untuk berlaku adil dalam memimpin para pengikutnya. Oleh kerananya beruntung bagi mereka yang mampu berlaku adil dalam kepemimpinannya, Sehingga Allah SWT akan mengabulkan doa mereka.
Orang Yang Dizalimi
Hadits di atas juga memberi isyarat, siapapun kita, agar selalu berbuat adil dalam segala hal dan tidak melakukan perlakuan zalim, kalau seseorang berlaku zalim kepada orang lain maka nantikanlah akibat buruk dari perbuatannya itu, cepat atau lambat dia akan ‘menikmati’ doa orang yang teraniaya tersebut. Jadi, buatlah benteng pertahanan pada diri kita dengan tidak berbuat zalim terhadap orang lain dan berusaha untuk berlaku adil, kerana memang doa orang yang terzalimi sangat ‘makbul’ terhadap orang yang menzaliminya, sehingga Rasulullah SAW pun memberikan satu warning kepada kita bahwa orang yang terzalimi doanya akan terkabul walaupun sebelumnya ada penyebab doanya tidak terkabul seperti makanan orang tersebut didapat dari jalan yang haram alias tidak halal. Memang ada satu hadits Rasulullah SAW yang mengisyaratkan bahawa doa orang yang pakaian dan makanannya tidak halal, doanya tidak akan terkabul. Namun, misalnya orang seperti dia dizalami oleh seseorang, maka apabila dia berdoa, maka doanya yang dialamatkan kepada pelaku kezaliman tersebut akan terkabul.
Demikian semua itu adalah isyarat akan terkabulnya doa mereka sebagaimana sabda Rasulullah SAW berikut :
“Ada tiga orang yang doanya tidak akan tertolak : “Orang yang berpuasa hingga dia berbuka, pemimpin yang adil dan doa orang yang terzalimi, Allah akan angkat doa-doa tersebut di atas awan dan dibukakan untuknya pintu-pintu langit, kemudian Allah berfirman : “Demi keperkasaan-Ku dan keagungan-Ku, Aku pasti akan tolong kamu walau pun setelah melalui suatu masa“. H.R. Ahmad
Masih banyak lagi doa orang-orang yang apabila dia berdoa Allah SWT akan kabulkan doanya, seperti doa kedua orang tua kepada anaknya, doa orang yang dalam musafir, doa seseorang kepada saudara ketika dia tidak mengetahuinya dan masih banyak lagi tentunya
Semoga kita termasuk orang yang mendapatkan kemuliaan dari Allah SWT dengan dikabulkan doa dan harapan kita semua. Amin ya Rabbal ‘alamin
Salam...
Konvensyen Pendakwah Muda(22-25/11/2009)
Agak lama jugak x update blog,banyak program kat U..baru2 ni baru lepas join Konvensyen Pendakwah Muda peringkat kebangsaan di USIM..banyak ilmu yang dapat diperolehi kat sana..program yg cukup mantop..sepatutnya semua mahasiswa harus terlibat..amat rugi yg xmenyertainya..konvensyen ni menggabungkan semua IPTA di Malaysia..banyak isu yang dikupas dan dibincangkan..ahli2 penal yg dijemput jg penuh ilmu dan pengalaman..nak rakamkan..tp lupa bw kamera..ambil gambar jer..tu pun xbanyak..ade jgk rakam suara tp xdpt byklah..guna tlp jer..



ALSP & ELSP(1-8/12/2009)
Habis jer konvensyen trs blk kampung..yealah Hari Raya Aidil Adha tinggal 2 hari jer lg..tp,balik skjp jer 29 mlm kena blk USIM semula..kursus bahasa pulak..kali ni blk U..xbw kereta,terasa malas nk drive..bwh ni suasana di pg hari sblm ke kelas..beratur panjang...mcm2 keluhan,rungutan,perasaan marah ade..ade mengeluh bas dtg lambat..merungut letih berdiri lama tunggu bas dan marah bila ade dtg lewat,tiba2 duk kat barisan depan"memintas" kat kwn2 die..sape xmarah..bkn sikit,tp ramai yg bt mcm tu...ana pun sekali sekala hot jgk,tp marah dlm hati jelah..pagi2 dah rosakkan hati..istighfar jer peneman..ada jer yg sound..tp mrk xlayan pun..bt biase jer...mcm2 ragam dan sifat manusia yg ada..


Kursus berjalan dgn lancar selama 8 hari..tiap2 hari lalui hari yg sama..bermula dgn kursus Bahasa Arab 4 hari dan disambung kursus English 4 hari..kursus bahasa Arab ok,cuma bila time akhir tu ada persembahan pelajar..group ana kena boria,mmg terkejut sgt2,ana protes jgk time latihan tu,menari-nari plk..mane xmarahnya..time latihan ada lg lah..time persembahan ana cari alasan utk xjoin...alhamdulillah terselamat...
English best skt lah..lecturer pun best..happaning jer..selalu bt lawak & byk ajar ilmu baru..kalau ade ckp melayu jer ..trs dia ckp.."onglair please.."tu bhs perancis..mknnya english please....lecturer luar..hbs jer prgrm ambil gmbr kenanagan...
Alhamdulilllah semua berjalan lancar...skrg cuti hingga akhir bln 12...sem dpn msk sem baru plk..smg setiap langkah mendapat redha Allah..bila terfikirkan Jordan..mgkn dah xde harapan ke sana..skrg senyap jer..kalau dah msk sem 2 tp msh xde perkembangan lagi..ana mmg xkan pergi dah..trskan jer perjuangan di sini..mgkn ada hikmah disebaliknya....
Dimana pun kt berada yg pntg bagaimana kt memanfaatkan ilmu yg diperolehi...yg pntg seiring dgn keredhaan,rahmat dan kasih sayangNya...
“Tiada Islam melainkan dengan jemaah, tiada jemaah melainkan dengan kepemimpinan, dan tiada kepemimpinan melainkan dengan ketaatan” – Umar al-Khattab r.a.
Baiah merupakan perjanjian untuk memberi ketaatan, manakala orang yang melakukannya seolah-olah membuat janji setia untuk menyerahkan dirinya dan urusan kaum Muslimin kepada amir atau ketuanya. Ianya merupakan perbuatan sunnah Nabi S.A.W. yang pernah diberikan oleh para sahabat beberapa kali kepada Rasulullah S.A.W. seperti Baiatul Aqabah Pertama dan Kedua, serta Baiatul Ridhwan.
Imam al-Bukhari meriwayatkan dari Junaidah bin Abi Umayyah dari ‘Ubaidah bin Al-Samit yang menyatakan:”Rasulullah S.A.W. telah memanggil kami, lalu kami pun memberi baiah kepada baginda… kemudian `Ubaidah berkata:”Di antara perkara yang diminta kami berjanji ialah; Kami berjanji mendengar dan mentaati (Rasulullah) dalam perkara yang kami sukai atau benci, dalam keadaan kami susah dan senang, tidak mementingkan diri sendiri, tidak membantah terhadap amir (ketua) dalam urusan-urusan kecuali kami melihat kekufuran terhadap Allah secara nyata dengan bukti yang terang dan jelas.”
(dari Sahih Bukhari)
Menunaikan baiah adalah wajib manakala melanggarnya merupakan maksiat. Ibnul Juzi Al-Maliki pernah berkata:“Kita tidak harus menentang kerajaan (yakni kerajaan Islam) sekalipun (pimpinannya) melakukan kezaliman sehinggalah ternyata kepada mereka kekufuran yang jelas, ketaatan mestilah diberikan kepada mereka sama ada dalam perkara yang disukai mahupun dibenci kecuali mereka memerintahkan supaya melakukan maksiat, maka dalam keadaan demikian tidak ada ketaatan kepada makhluk yang bermaksiat kepada Allah.”
(Qawaniyyin Fiqhiyyah 14)
Taat dan Hukum Syara’
Taat ertinya menurut perintah. Apabila tidak berlaku, maka maksiat dan fitnah yang menggantikan tempatnya. Memberi ketaatan adalah WAJIB selama tidak termasuk dalam perkara maksiat atau yang membawa kepada maksiat sebagaimana firman Allah:
“Wahai orang yang beriman, taatilah Allah dan Rasul(Nya) dan Ulil-Amri dari kalangan kamu. Kemudian jika sekiranya kamu berselisih dalam sesuatu urusan, maka kembalilah kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (hadis-hadis), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu lebih baik (bagimu) dan lebih bagus kesudahannya.”
(Al-Nisa’: 59)
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Barangsiapa yang mentaatiku bererti ia telah mentaati Allah. Barangsiapa yang menderhakaiku maka ia telah menderhakai Allah. Barangsiapa yang mentaati amirku bererti ia taat kepadaku dan barangsiapa yang menderhakai amir-amirku bererti ia telah menderhakaiku.”
Rukun-rukun Baiah
As-Syahid Imam Hassan Al-Banna telah merumuskan tentang rukun-rukun baiah dengan berkata:”Rukun baiah kita sepuluh semuanya, peliharalah ia dengan sebaik-baiknya.”
1. Faham
Memahami dan meyakini bahawa fikrah kita adalah fikrah Islamiyyah sejati dan hendaklah kita memahami Islam sebagaimana pimpinan memahaminya berdasarkan kepada prinsip dua puluh yang telah ditetapkan. (rujuk Apa Ertinya Saya Menganut Islam)
2. Ikhlas
Berniat bahawa segala perbuatan, perkataan dan perjuangan jihad adalah kerana Allah dan untuk mendapatkan keredhaanNya dengan tidak mengharapkan keuntungan. Dengan niat yang ikhlas ini kita akan menjadi tentera yang setia kepada fikrah dan aqidah.
3. Amal
Melakukan perbaikan (islah) terhadap diri, membina rumahtangga Muslim, membimbing masyarakat, membenaskan tanahair membetulkan kerajaan sehingga benar-benar bersifat Islam dan sebagainya.
4. Jihad
”Sesiapa yang mati dalam keadaan tidak pernah berperang dan pernah berniat untuk berperang bererti beliau mati dalam keadaan jahiliyyah”
(hadis)
Jihad dan pengorbanan merupakan syarat utama bagi perjalanan dakwah ini. Dakwah tidak sekadar memberi penerangan lisan ataupun melalui tulisan sahaja tetapi lebih daripada itu. Terdapat berbagai-bagai cabang jihad, seperti jihad menuntut ilmu, jihad menentang hawa nafsu malahan jihad juga merangkumi aktiviti mempertahankan kesucian syariat Islam dalam apa jua bentuk sekalipun!
Terdapat marhalah-marhalah dan peringkat jihad dalam Islam. Mengikut pandangan Imam Ibnul Qayyim, jihad melalui medah peperangan sebagai contohnya, pada peringkat pertamanya adalah dilarang, kemudian, pada peringkat kedua dibenarkan dan seterusnya dituntut ke atas golongan Musyrikin.
Namun sejak kebelakangan ini, timbul banyak penafsiran tentang definisi jihad yang meragukan, bertujuan untuk mengaburi umat Islam dari memenuhi tuntuhan berjihad sepertimana yang dituntut oleh Islam.
*rujuk Syed Qutb (1994)
5. Pengorbanan
Mengorbankan jiwa, harta benda, masa, kehidupan dan segala sesuatu untuk tujuan mencapai matlamat. Mementingkan maslahat umum lebih daripada kepentingan diri sendiri juga termasuk dalam rukun ini. Diri sendiri dianggap sebagai pemberian Allah yang perlu dipelihara tetapi jemaah ialah amanah tertinggi yang perlu diberi keutamaan.
6. Taat
Mematuhi perintah dan melaksanakan dalam segala keadaan sama ada disukai ataupun dibenci. Namun taat bukan bermakna menerima tiada ruang perbincangan antara jundi dengan pimpinan, bukan pula bermakna mematuh dan melaksanakan apa jua bentuk perintah tanpa sebarang pengetahuan ke atas perkara yang dilakukannya.
*rujuk Fathi Yakan (1996) dan M Natsir (1980)
7. Tetap Pendirian
Terus menerus beramal dengan bersungguh-sungguh untukmencapai matlamat sekalipun memakan masa yang begitu lama sehinggalah kita bertemu Allah dalam keadaan beramal dan berjihad.
8. Tajarrud
Membersihkan fahaman (fikrah) dari segala pengaruh prinsip mahupun individu-individu yang bertentangan dengan fikrah kita kerana fikrah ini adalah yang tinggi dan lengkap kerana Allah. Ianya juga bermakna tegas dalam melaksanakan perintah Allah di segenap bumi ini serta redha dalam perkara maksiat dalam apa jua keadaan sekalipun.
9. Persaudaraan (ukhuwwah)
Mempertautkan ikatan hati-hati dan ruh-ruh antara kita dengan ikatan aqidah kerana ikatan aqidah ini ialah ikatan yang paling kukuh dan berharga. Memelihara ikatan ukhuwwah merupakan perkara yang dituntut dalam Islam memandangkan umat Islam diikat dengan ikatan persaudaraan (aqidah) yang tinggi.
10. Percaya (Thiqah)
Thiqah bermaka kepercayaan jundi (tentera) kepada kemampuan dan keikhlasan pimpinannya sehinggakan menimbulkan rasa kasih, menghargai, menghormati dan memberi sepenuh ketaatan kepadanya.
“Barangsiapa yang beramal dengan ilmu yang diketahuinya akan diwariskan kepadanya ilmu yang tidak diketahuinya dari Allah S.W.T.”
Rujukan:
1. Ahmad Abd al-Mun`im al-Badri, Tanzim Haraki Dalam Islam, Pustaka Salam,
1998
2. Fathi yakan, Apa Ertinya Saya Menganut Islam, Dewan Pustaka Fajar, 1996
3. Fqhud-Da`wah, M Natsir, Singapura, 1980
4. Syed Qutb, Petunjuk Sepanjang Jalan, Cresent News, 1994
Semoga Allah memuliakan dikau Tok Guru…
Yang sesekali tertinggi suara pada anak didikmu, demi Islam…
Yang merendah diri bertemu muka dalam syura ukhuwwah…
Penuh ikhlas menarik kembali tutur bicara yang terlajak…
Sungguh! Hatimu sangat mulia…
Tokoh sepertimu seorang dalam berjuta-juta…
Semoga Allah melahirkan lagi ramai pemimpin sepertimu…
Kami bangga ber-Mursyid-kan Tok Guru…
Teruslah mendidik kami… teruslah menasihati kami…
Tuan Guru, (Abdul Hadi Awang)
Semoga Allah memuliakan dikau Tuan Guru…
Ketenanganmu dalam menghadapi kritikan…
Keteguhan jiwamu dalam menempuh badai fitnah…
Keterbukaan dan kelapangan dadamu adalah qudwah…
Serulah kami anda dikau terasa berkeseorangan…
Akan kami sahut panggilanmu dengan penuh kesetiaan…
Dikaulah tokoh Murabbi sepanjang zaman…
Dikaulah mujahid, mujtahid dan mujaddid kami…
Teruslah memimpin kami… teruslah membimbing kami…
Ustaz, (Nasharudin Mat Isa)
Semoga Allah memuliakan dikau ustaz…
Meninggalkan jawatan demi sebuah perjuangan…
Warisan Fadhil Noor dalam ketajaman usul fiqh…
Apa yang telah berlaku hanyalah ribut dan badai…
Yang memperkasakanmu dalam meneruskan warisan kepimpinan…
Dikau benar, dalam memilih untuk senyap dan berdiam…
Walaupun dikau berhak bersuara selaku pimpinan pilihan ramai…
InsyaAllah, gigih menjejaki teladan 2 Tok dan Tuan Guru…
Dikaulah pemimpin masa hadapan…
Tok Guru, Tuan Guru dan Ustaz,
Terima kasih kerana dengan izin Allah, telah merungkaikan kami…
Dari belitan jejaring fitnah yang sangat meresahkan ini…
Kalian adalah qudwah dalam ukhuwwah dan kesetiaan…
Buat kalian, terimalah bai’ah ini ;
WalLahi, Wabillahi, WatalLahi,
Kami dengan ini sesungguhnya berjanji setia..
Untuk dengar dan taat kepada kalian…
Pada perkara yang kami suka atau tidak…
Dalam keadaan kami cergas atau malas..

http://www.youtube.com/watch?v=y-Tws2sn_WU
Ana mmg minat jgk bc novel..novel islamic..tapi karya Habiburrahman dan Fatimah Syarha jer.. bleh dikatakan semua karyanya ada..novelnya lebih berunsur islamic berbanding novel2 lain..ni antara novel2 karya Habiburrahman..
kepada penggemar novel islamic..bolehlah dapatkannya..baca sekali sekala..selalu..xblehlah..kena bc jgk buku2 berunsur haraki..kan??selamat menonton...:-)
