Bulan Rejab merupakan salah satu bulan dari 12 bulan-bulan Islam. Bulan Rejab mengandungi peristiwa-peristiwa bersejarah kepada orang Islam dimana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa dari tangan tentera Salib dan juga ada orang Islam yang berpendapat bahawa bulan inilah berlakunya peristiwa Isra' dan mi'raj Nabi Muhammad saw.
Tidak kurang juga ramai yang melihat bulan Rejab ini sebagai satu bulan spiritual dimana mereka mempertingkatkan ibadat sunat khususnya ibadat puasa.
Allah swt telah mengurniakan kepada manusia 4 bulan haram. Bulan-bulan ini sebagaimana yg disepakati oleh semua ulama' ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Umat Islam adalah diharamkan pergi berperang didalam bulan-bulan ini, kecualilah jika mereka diugut. Didalam bulan ini terdapatnya ibadat Haji dijalankan (Zulhijjah), dimana pada hari Arafah disunatkan bagi mereka yg tidak menunaikan haji melakukan ibadat puasa. Rasulullah saw juga menggalakan umat Islam melakukan puasa sunat pada hari Asyura' (10 hb Muharam).
Apakah terdapatnya kesahihan fadilat khas berpuasa didalam bulan Rejab?
Disini dinyatakan pandangan para ulama' mengenai kesahihan fadilat Rejab.
(1)Sheikh Atiyah Al-Saqr:.
Bekas Ketua Lajnah Fatwa Al-Azhar mengatakan bahawa setiap fadilat sesuatu perkara itu harus dilihat dari segi nas yg sahih dan beliau melihat bahawa hadis-hadis yg didatangkan mengenai fadilat didalam bulan Rejab kebanyakkannya adalah lemah dan palsu, katanya:
"Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberi fadilat kepada beberapa bulan dan
tempat, tetapi tidak thabit untuk masa (zaman) dan untuk tempat
melainkan dengan dalil yg qath'i (nyata) dan tidak thabit sehingga
tidak mendusta keatas Nabi Muhammad saw, dan banyak hadis-hadis
timbul mengenai fadilat bulan Rejab, dimana statusnya antara Dha'if
dan Mawdhu', dan tidak thabit dari pembawanya (naqal)."
Menurut Al-Saqr lagi bahawa:
"Al-Hafiz Ahmad bin Ali bin Mohammad bin Hajar Asqalaani meletakkan
didalam risalahnya dengan topiknya : Penjelasan yg datang didalam
Fadilat Rejab, pengumpulan jumhur Hadis menyebut mengenai Fadilat-
Fadilat Rejab, Puasa dan Solat didalamnya. Ia dikelaskan sebagai
Lemah dan Maudhu"
(2)Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi
Fadilat Rejab sama dengan fadilat bulan-bulan haram yg lain
Dr. Yusuf Al-Qardhawi mengatakan bahawa fadilat Rejab adalah sama
seperti yg terdapat didalam 3 bulan-bulan Haram yg lain. Katanya:
"tidaklah ada kesahihan didalam bulan Rejab, melainkan ia merupakan
salah satu dari bulan-bulan haram, bahawa Allah swt telah menyebut
didalam kitabnya - didalamnya ada 4 bulan haram - Al-Taubah:36.
Iaitu Rejab, Zulqaedah, Zulhijah dan Muharram....Itulah bulan-bulan yg
mempunyai fadilat. Tidak terdapat Hadis Sahih bahawa Rejab khusus
mengatakan Rejab lebih afdal, melainkan Hadis Hasan: Sesungguhnya
Nabi saw banyak berpuasa didalam Sya'ban.."
(3) Dr. Sayid Saabiq
Menurut seorang tokoh Ikhwan Dr Sayid Saabiq didalam membicarakan bab
puasa sunat, mengatakan bahawa :
"Puasa Rejab, bukanlah ada padanya fadilat yg berlebih dari bulan-
bulan lain, melainkan sesungguhnya ia dari bulan-bulan yg haram".
Ini bermaksud bahawa bulan-bulan haram ini mempunyai fadilat-fadilat
yg sama. Pendapat juga di sokong oleh mazhab Hanbali yg mengatakan
Kesimpulan :
1. Hadis-Hadis Bulan-Bulan Rejab kebanyakkannya adalah Mawdhu' (Palsu). Pendustaan terhadap Rasulullah saw. (Al-Saqr, Al Qardhawi)
2. Kita dilarang memilih-milih hari atau malam yg tertentu sahaja untuk melakukan ibadat khusus. (Hadis Nabi saw)
3. Tidak ada fadilat KHAS yg ditujukan pada bulan Rejab, yg ada Cuma fadilat umum kepada ke empat-empat bulan haram. (Al-Saqr, Al-Qardhawi)
4. Tidak ada solat dan zikir khas untuk bulan Rejab (Al-Saqr, Al-Qaradhawi).
5. Bulan Rejab seperti bulan-bulan Haram yg lain disunatkan melakukan Puasa sunat dan banyakkan bertaubat. (Imam Al-Sya'rawi)
6. Keadah berpuasa di dalam bulan-bulan haram ialah:
- Hari yg ke 9, 10, 11 di dalam bulan Muharam (Syeikh Abdul Aziz bin Bazz)
- Berpuasa hari Khamis, Jumaat, Sabtu (Hanafiah - Al-Zuhaily)
- Berpuasa pada bulan Rejab tidak sepenuhnya dan Sya'ban tidak sepenuh bulan (Al-Qardhawi)
- Berpuasa pada hari Assyura' (10 Muharam) dan Hari Arafah (9 Zulhijjah).
7. Rejab tidak mempunyai kelebihan dari bulan-bulan yg lain, kecuali kelebihan sebagai bulan-bulan Haram. (Syed Sabiq)
8. Tidak boleh HANYA berpuasa dibulan Rejab sahaja, dimana 3 bulan-bulan yg Haram yg lain tidak langsung diberi keutamaan melakukan puasa (MazhabHanbali- Al-Jaziry)
9. Tidak ada dalil yg mengatakan bahawa menziarah kubur didalam bulan Rejab mempunyai kelebihannya.
0 comments:
Post a Comment