Salam....
Dah lama x update blog....skrg ni ada kat rmh..bolehlah nk coret2 skt kat blog ni....sekejap jer rasa ramadhan berlalu...sekarang dah di hari2 terakhir ramadhan....sayu plk rasa hati...sayu meninggalkan ramadhan...adakah msh dipangjangkan umur utk bertemu ramadhan pada tahun hadapan..dan adakah ramadhan tahun ni diterima oleh Allah...masih byk kekhilafan dlm diri ini....
Raya tahun ni agak sayu dan sedih...beraya di kampung dgn ayah dan mok de jer...adik beradik yg lain xada...k.ma di jepun..abg ju dan abg bd raya rmh isteri msg2....tahun ni tahun ke ke5 beraya tanpa mak disisi...sayunya rasa hati....pelbagai masalah sejak akhir2 ni timbul...terasa diri lemah untuk menempuhnya...tp dikuatkan jua...bila dilanda ujian teringat teringat kata2 yg seorg shbt berikan....
"Bila kau memandang segalanya dr Tuhanmu....yang menciptakan segalanya...yg menimpakan ujian..yg menjadikan hatimu sakit...yg membuatkan keinginanmu terhalang...serta menyusahkan hidupmu...pasti akan damailah hatimu..kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya utk sesuatu yg sia2...bukan Allah tidak tahu derita hidupmu...retaknya hatimu...tp mungkin itulah yg Dia mahukan..kerana Dia tahu..hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak dan mudah utk akrab dan dekat dgnNya...."
Dalam Al-Quran pun ada menyebut dalam surah al-Baqarah ayat 155....
maksudnya: Dan kami pasti akan menguji kamu dgn sedikit ketakutan..kelaparan..kekurangan harta..jiwa..dan buah-buahan...dan sampaikanlah khabar gembira kpd org2 yg sabar...
Bila direnung kembali...ujian yg Allah berikan cuma sedikit jk dibandingkan ujian2 umat2 terdahulu...sebagaimana disebutkan dlm surah al-Baqarah ayat 214...
maksudnya:ataukah kamu mengira bahawa kamu akan msk syurga padahal belum dtg padamu ujian seperti yg dialami org2 terdahulu sebelum kamu..mereka ditimpa kemelaratan..penderitaan dan digoncang dgn pelbagai ujian..sehingga Rasul dan org2 beriman yg bersamanya berkata,"bilakah datang pertolongan Allah?" Ingatlah..sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat...
Diharapkan diri ini tetap sabar dan tabah dlm menempuh segala ujian..Allah menguji hambaNya mengikut kemampuan hambaNya...insyaAllah...diberi kekuatan dlm menempuh hari2 seterusnya....
0 comments:
Post a Comment