Allah membuka hati ana untuk mengutarakan isu ini di sini pada hari ini... dan ana rasa ini merupakan isu yang penting yang mesti dibincangkan...
kita dapat lihat hari ini, semakin ramai muslimah yang peka terhadap kewajipan menutup aurat... semakin ramai muslimah yang memakai tudung labuh, memakai sarung tangan dan kaki...
Tetapi masalahnya, pakaian yang digunakan untuk menutup aurat itu, seperti tudung dan sarung kaki, sangat nipis hingga menampakkan warna kulit. Tudung, jika dilihat secara kasar, memang labuh hingga menutupi bahagian dada, tapi sayangnya, kain yang digunakan nipis sehingga menampakkan belakang leher. sarung kaki juga nipis sehingga menampakkan warna kulit.
Aurat dari sudut bahasa adalah kekurangan atau sesuatu yang dianggap buruk.
, ini bermaksud anggota tubuh manusia yang dapat menimbulkan malu.Mungkin ada yang salah faham. mereka menyangka dengan 'meletakkan' sahaja pakaian yang patut ke atas anggota yang perlu ditutup sudah di anggap menutup aurat... ana rasa we really need to perbetulkan tanggapan seumpama ini.. Tidak ada faedahnya kalau seseorang itu memakai tudung tapi aurat masih kelihatan.
Jadi ana rasa kita perlu lebih sensitif dalam bab-bab aurat ni..mari kita tengok apa sebenarnya ciri-ciri pakaian menurut Islam:-
1-Tidak menampakkan lekuk-lekuk tubuh ataupun yang tembus pandangan(nipis)
Rasulullah (SAW) bersabda:
"Dua golongan termasuk penghuni neraka yang belum pernah aku lihat seperti mereka;iaitu sekumpulan orang-orang yang pada diri mereka terdapat cemeti seperti ekor sapi.Mereka memukul manusia dengan cemeti itu,dan para wanita yang berpakaian tapi seperti telanjang,membuka kain penutup dan berjalan melenggang-lenggok, di atas kepalanya seperti mahkota penyanyi yang melenggang lenggok .Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mendapat baunya.Sesungguhnya bau syurga dapat diperolehi dengan cara begini dan begitu." (Riwayat Muslim)
2-Tidak membuka pakaian untuk dilihat dikhalayak ramai(fesyen)
Rasulullah (SAW) bersabda maksudnya:
"Diriwayatkan dari Ibnu Umar ia berkata,'Rasulullah (SAW) bersabda,"Barangsiapa yang mengenakan pakaian untuk dipertontonkan di dunia, maka Allah akan memakaikan pakaian kehinaan pada hari kiamat."
(Riwayat Ahmad,Daud dan Ibnu Majah)
3-Tidak boleh memakai wangi-wangian
"Dari Abu Hurairah r.a berkata,"Rasulullah (SAW) bersabda:'Janganlah kamu melarang hamba-hamba Allah yang wanita mendatangi masjid Allah, tetapi hendaklah mereka pergi dalam keadaan tidak wangi."
(Riwayat Abu Daud)
-memadailah pakaian tersebut bersih dan tidak berbau busuk.(jgn timbul fitnah pula pd muslimah Islam...)
4-Tidak menyerupai pakaian orang kafir
"Rasulullah (SAW) bersabda:"Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka."
(Riwayat Muslim)
5-Tidak menyerupai pakaian lelaki
"Dari Anas r.a berkata.bahawa Rasulullah (SAW) melaknat orang lelaki yang menterupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki."
6-Tidak boleh memakai pakaian yang ada gambar
Saidatina Aisyah berkata:"Rasulullah baru pulang dari suatu tempat.Aku menutup pintuku dengan permaidani yang ada gambar kuda bersayap.Baginda memerintahkan agar menurunkannya,maka aku segera menurunkannya"
-terutama gambar makhluk yang hidup(gambar penuh,seluruh anggota)
Namun pemakaian wanita Islam zaman sekarang banyak yang tidak menunjukkain identiti muslimah yang sebenar,tudung pula macam2 fesyen terkini..ada tudung arinilah..tudung bawallah..yang terbaru tudung ekin(mawi)...dan banyak lagilah jenis2 tudung ni..tak salah pakai tudung2 tu tapi pilihlah yg betul2 tutup aurat...
Macam-macam jenis manusia di akhir zaman ni
Yang pakai tudung labuh...ada yang jarang pulak..nampak leher..kita memanglah tak perasan tapi mintalah kawan tolong tengokkan dan tegur..sama-samalah tegur menegur kearah kebaikan...
Tepuk dada..tanya iman...kalu tanya selera...ikut selera semua nak cantik dan bergaya
Diri ana pun banyak kekurangan diri..tapi kita sama-sama koleksi diri dan saling tegur-menegur..
Ana suka dengan ayat "matlamat tidak menghalalkan cara"....matlamat dah baik tapi cara pulak tak betul...
1 comments:
hm,betul tu kak. terkadang tu macam pelik jugak. nk kata x tahu, tp belajar agama. tu yg belajar, lau yg x belajar, min baabil aula la kan. huhu~
Post a Comment