Sempena pilihanraya di Manek Urai(N41) 14 Julai nanti, mari kita lihat tafsiran surah al-anfal ayat 5 hingga 8: Tarbiah Kemenanagan.
Terjemahan surah al-Anfal ayat 5-8:-
(5)Sebagaimana Tuhanmu menyuruhmu pergi dari rumahmu dengan kebenaran, padahal Sesungguhnya sebahagian dari orang-orang yang beriman itu tidak menyukainya.
(6)Mereka membantahmu tentang kebenaran sesudah nyata (bahwa mereka pasti menang), seolah-olah mereka dihalau kepada kematian, sedang mereka melihat (sebab-sebab kematian itu).
(7)Dan (ingatlah), ketika Allah menjanjikan kepadamu bahwa salah satu dari dua golongan (yang kamu hadapi) adalah untukmu, sedang kamu menginginkan bahwa yang tidak mempunyai kekekuatan senjatalah untukmu, dan Allah menghendaki untuk membenarkan yang benar dengan ayat-ayat-Nya dan memusnahkan orang-orang kafir.
(8)Agar Allah menetapkan yang hak (Islam) dan membatalkan yang batil (syirik) walaupun orang-orang yang berdosa (musyrik) itu tidak menyukainya.
Sebab penurunan ayat:
Sebelum peperangan Badar meletus,Rasulullah s.a.w bermesyuarat bersama dengan beberapa orang sahabatnya.Antara mereka ialah Abu Bakar,Umar,al-Miqdad bin 'Amru dan Sa'd bin Mu'adh.Dalam mesyuarat berkenaan,Rasulullah s.a.w memberitahu tentang serangan yang akan dilancarkan terhadap rombongan dagang Quraisy.Walaupun begitu,rombongan dagang berkenaan sempat mengelakkan diri dan tentera Muslimin terpaksa pula berdepan dengan pasukan musyrikin yang datang daripada Makkah.Pda saat inilah,keempat-empat sahabat tadi berikrar memberi taat setia kepada Rasulullah s.a.w sambil berkata: Bertindaklah wahai Rasulullah! sebagaimana Allah perintahakn ke atas kamu! Sesungguhnya kami bersama-sama dengan kamu.Demi Allah! kami tidak akn memperlakukan kamu sebagaimana Nabi Musa a.s. diperlakukan oleh kaumnya.Mereka berkata:Pergilah kamu dengan Tuhankamu di medan perang.Kami menunggu di sini.Sebaliknya kami memberi penegasan: kamu ke medan perang.Kami menunggu di sini.Sebaliknya kami memberi penegasan:Pergilah kamu bersama-sama dengan Tuhan kamu di medan perang.Kami bersama denganmu dan Tuhan mu,akan turut berperang.Walaupun keempat-empat orang sahabat memberi kesetiaan untuk bersama dengan Rasulullah s.a.w., terdapat segelintir daripada para sahabat yang kurang menyenangi peperangan ini.Mereka lebih suka berdepan dengan rombongan dagang berbanding daripada bertempur dengan musuh yang lengkap dengan peralatan senjata.Rombongan dagang pula lebih mudah untuk ditewaskan kerana kurang kelengkapan senjata dan mereka pasti memperoleh harta rampasan perang yang banyak.
Pengajaran Ayat:-
1- Manausia lebih suka menerima sesuatu itu dengan cara mudah.Dengan hanya mencurah sedikit tenaga sahaja, mereka dapat meraih laba yang besar.Namunbegitu, manusia perlu menerima ketetapan Allah. Sekiranya Dia menetapkan untuk memperoleh kemenangan dengan cara kesukaran walaupun terpaksa mengorbankan nyawa, maka kemenangan itu mestilah dituntut mengikut suasana yang telah ditetapkan olehNya. Inilah akidah dan keyakinan yang wajib dipegang sebagai tarbiah daripada Allah s.w.t.
2- Melalui tarbiah ini juga, Allah s.w.t mengajar kepada umat Islam supaya meyakini bahawa kemenangan ataupun kekalahan dalam perjuangan adalah ketetapan daripada Allah. Meskipun, musuh mempunyai kekuatan dan persenjataan yang canggih, namun tentera muslimin tetap memperoleh kemenangan yang bergaya. Kemenangan ini terhasil daripada hubungan yang berterusan dengan Allah s.w.t. Dengan kemenangan ini, musuh yang menganggap tentera muslimin sebagai lemah terpaksa mengakui kesilapan tanggapan itu. Sebaliknya, tentera muslimin yang menjangkakan kekalahan telah memperoleh kejayaan.
3- Kejayaan yang dikurniakan oleh Allah itu,tarbiah di
4- Kemenangan yang diperoleh oleh pihak muslimin memberi inspirasi dan rangsangan kepada para pejuang Islam untuk mengakui bahawa secara hakikinya kemenangan adalah kurniaan Allah. Persediaan kebendaaan dan kelengkapan yang sering menjadi ukuran kejayaan, dibuktikan dalam peperangan Badar, bahawa semua itu adalah wasilah sahaja. Sebaliknya, kemenangan sejati adalah di bawah tadbir dan urusan Allah dan dikurniakan kepada golongan yang ikhlas, sabar, jujur, sanggup berkorban kerana berjuang pada jalan Allah s.w.t.
5- Yang layak mengecap nikmat kemenangan ini adalah mereka yang memahami matlamat dan inti pati tarbiah. Jiwa tarbiah adalah jiwa yang kuat bergantung kepada Allah s.w.t. Hanya jiwa ini yang bersedia untuk menyambut kemenangan. Sebaliknya, jiwa yang kotor dan masih terbelenggu dengan cara hidup da pegangan yang bercanggah dengan kehendak dan akidah Islam, merupakan jiwa yang kontang daripada ma’unah Allah. Bagaimana jiwa seperti ini boleh dikurniakan kemenangan sedangkan kemenangan hanya berhak diterima oleh jiwa yang bersih. Bukan jiwa yang tercemar dengan noda danaya(kekotoran) dan khotoya(dosa). Terbukti para sahabat telah berjaya melepasi tarbiah itu sehingga diberi kemenangan oleh Allah s.w.t.
0 comments:
Post a Comment