Adalah disunatkan berpuasa di bulan Sya`ban sebagaimana yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu `anha berkata: Maksudnya: "Adalah Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam berpuasa sehingga kami mengatakan baginda tidak berbuka, dan baginda berbuka sehingga kami mengatakan baginda tidak berpuasa. Saya tidak pernah melihat Rasulullah (SAW) menyempurnakan puasa satu bulan kecuali pada bulan Ramadan dan saya tidak pernah melihat baginda berpuasa lebih banyak daripadanya pada bulan Sya`ban." (Hadith riwayat Bukhari)
Rasulullah (SAW) memperbanyakkan berpuasa pada bulan ini adalah disebabkan oleh beberapa perkara sebagaimana yang diriwayatkan daripada Usamah bin Zaid berkata:
Maksudnya: "Wahai Rasulullah! Aku belum pernah melihat engkau berpuasa satu bulan daripada bulan-bulan sebagaimana (banyaknya) engkau berpuasa di bulan Sya`ban", Baginda bersabda: "Demikian itu kerana bulan Sya`ban, bulan yang manusia lalai (kerana terletak) di antara bulan Rejab dan bulan Ramadhan, dan ia adalah bulan di mana diangkat padanya amalan-amalan manusia kepada Allah Rabbul `Alamin, maka aku suka supaya diangkat amalanku sedang aku di dalam keadaan berpuasa." (Hadith riwayat An-Nasa'i)
Soalan :Apakah hukum berpuasa sunat selepas 15 Syaaban ?
Jawapan:Berkata Imam as-Syawkani (Nailul Awthor, Jld 3/243),"jumhur ulama' mengharuskan puasa sunat selepas 15 Sya'ban kerana larangannya datang dari hadis dhoif.
Selamat menunaikan ibadat puasa di bulan sya'ban..semoga permulaan puasa dibulan sya'ban menambah amal ibadat di bulan Ramadhan...
0 comments:
Post a Comment