"Tika kesusahan datang..moga Allah kuatkan hati..tika sendirian dalam perjuangan..moga Allah hantarkan malaikat membantu..tika hati dilanda gelisah..moga Allah curahkan ketenangan..tika kebuntuan,moga Allah memberi petunjuk...Ya Allah..jadikan kami hamba yang sabar agar perjuangan dapat diteruskan..."


Kadang-kadang perjuangan adalah sesuatu yang kita perlukan dalam hidup kita. Jika Tuhan membiarkan kita hidup tanpa sebarang dugaan dan rintangan, itu mungkin akan melumpuhkan kita. Kita mungkin tidak akan menjadi kuat, tabah dan yakin menempuh segala rintangan untuk meneruskan kehidupan..


ANUGERAH….


Saya mohon kekuatan….

Dan Tuhan memberi saya kesulitan-kesulitan untuk membuat saya kuat.


Saya memohon kebijaksanaan…

Dan Tuhan memberi saya persoalan untuk diselesaikan.


Saya memohon kemakmuran…

Dan Tuhan memberi saya otak dan tenaga untuk bekerja.


Saya memohon keteguhan hati…

Dan Tuhan membari saya bahaya untuk diatasi.


Saya memohon CINTA….

Dan Tuhan memberi saya orang-orang bermasalah untuk ditolong.


Saya memohon kemurahan dan kebaikan hati..

Dan Tuhan memberi saya kesempatan-kesempatan.


Saya tidak memperoleh yang saya inginkan,

Saya mendapatkan segala yang saya perlukan.


MANUSIA bahagia bila dia mampu membuka mata untuk menyedari bahawa dia memiliki banyak keistimewaan yang bererti. Manusia mampu bahagia bila dia mahu membuka mata hati untuk menyedari batapa dia dicintai. Manusia mampu bahagia bila dia mahu mebuka diri agar orang lain boleh mencintainya dengan tulus…


MANUSIA tidak bahagia kerana tidak mahu membuka hati, berusaha meraih yang tidak dapat diraih, memaksa untuk mendapatkan segala yang diinginkan, tidak mahu menerima dan mensyukuri apa yang ada. Manusia buta kerana egois dan hanya memikirkan diri, tidak sedar bahwa dia begitu dicintai, tidak sedar bahawa saat ini, apa yang ada adalah baik, selalu berusaha meraih lebih dan tidak mahu sedar kerana serakah.


ADA teman yang begitu mencintai, namun tidak diendahkan, kerana memilih, menilai dan menghakimi sendiri. Memilih teman dan mencari-cari, padahal di depan mata ada teman yang sejati. Telah memiliki segala yang terbaik, namun serakah, ingin dirinya paling diperhatikan, paling disayang, selalu menjadi pusat perhatian, selalu dinombor satukan. Padahal, semua manusia memiliki peranan, hebat, dan nombor satu dalam satu hal tapi belum tentu dalam hal lain, dicintai oleh satu orang belum tentu oleh orang lain.


KEBAHAGIAAN bersumber dari dalam diri kita sendiri. Jikalau berharap daripada orang lain, bersedialah untuk dikhianati. Kita akan bahagia bila kita menrima diri apa adanya, mencintai dan menghargai diri sendiri, mahu mencintai orang lain dan mahu menerima orang lain.


PERCAYALAH kepada ALLAH, dan bersyukurlah kepada-NYA, bahawa kita selalu diberikan yang terbaik sesuai usaha kita, tak perlu berkeras hati. DIA akan memberi kita disaat yang tepat apa yang kita perlukan, meskipun bukan hari ini, masih ada esok hari. Berusahalah dan berbahagialah kerana kita dicintai begitu ramai orang….


Kubermohon kepada Allah semoga tabah dalam segala ujian....ujian adalah tarbiah dan tanda kasih sayang dari Allah.....


Dimana kecantikan lelaki dan dimana kegagahan wanita........Mari sama-sama renungkan....

KECANTIKAN LELAKI


Kecantikkan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal

Tetapi pada murni nurani

Lelaki yang cantik….

Adalah lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan

Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran

Adalah lelaki yang memberi madu setelah menerima racun

Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada

Adalah lelaki yang baik sangka

Adalah lelaki yang tidak pernah putus asa

Kecantikkan lelaki adalah berdiri di atas kemuliaan hati

Seluruh kecantikkan yang ada pada Muhammad yang umi

Adalah kecantikkan sempurna bagi seorang lelaki


KEGAGAHAN WANITA


Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan

Tetapi pada kekuatan perasaan

Perempuan yang gagah….

Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan

Adalah perempuan yangtidak takut pada kemiskinan

Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan

Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguhnya iman

Seluruh kegagahan ini ada pada Khadijah yang ehsan

Adalah kegagahan yang sempurna bagi seorang wanita.