MUSLIMAH PEMBANGUN UMMAH

DIMANA BUMI DI PIJAK...DI SITU ISLAM DI JUNJUNG...


wahai dikau...renunglah engkau akan nasib diri
wahai qalbu...sedarkah engkau akan gerak hati
wahai akal...terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi
andai ini merupakan Ramadhan yang terakhir kali
buatmu sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
kematian...adalah sesuatu yang pasti

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
biarpun anak tekak kering kehausan air
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjai...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh, minda, dan qalbu...bersatu memperhamba diri
mengadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau persiakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dipersia begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan pesta-pestaan
berterawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
oleh itu duhai Ilahi...kasihanilah daku hamba-MU ini

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupai mereka yang tersayang
ayuh ke mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih berkat dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal bersedia batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

duhai Ilahi...
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati-hati kami
menyuluhi diri ke jalan menuju redha serta kasihsayang mu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

namun saudara...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
samada Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali
hanya yang termampu bagi seorang hamba itu
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA
andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita....


Selamat Menyambut Ramadhan ..............

pada 8 dan 9hb Ogos..ana rasa cuti yang cukup terisi..pada tarikh tersebut ana mengikuti dua program yang berbeza..pada 8 Ogos ana mengikuti program Imam Muda anjuran pentadbiran asrama..nampak program biasa2 jer tapi banyak input baru yang dapat..kita mungkin berapa cakna sgt soal remeh-temeh dalam solat,tapi itulah yang sebenarnya yang melengkapkan solat kita..program ni buat di masjid Putra seharian..kat bawah ni antara gambar yang diambil waktu program tersebut..

Apa yang menarik hati ana..suasana di Masjid Putra tersebut..setiap wanita yang memakai t-shirt dan seluar dikehendaki memakai jubah..jubah ni diwajibkan memakai sebagai tanda hormat pada masjid..tapi kat tempat lain xbuat pun..kan bagus kalau semua masjid buat macam ni...tapi lagi bagus kalau setiap wanita fikirkan sendiri bahawa menutup aurat itu adalah wajib..tapi banyak mane yang betul2 peka...

Apa yang menarik hati ana lagi adalah sebelah Masjid Putra ni ada satu masjid..orang panggil masjid besi..salah seorang ustazah yang mengajar di masjid Putra ni ada kata..setiap waktu paling ramai jemaah dalam satu saf jer…itulah akhir zaman,masjid hanya dibuat sebagai boneka dan perhiasan..cantik..tapi tak ada jemaah yang ramai untuk solat..kat bawah ni gambar masjid besi tu...

Waktu keluar dari masjid Putra bila dah habis program..ana cukup terkejut bila melihat ramai sangat orang...bukan untuk solat..tapi ambil gambar di hadapan masjid Putra ni...sekadar ambil gambar..tak dinafikan masjid ni memang cantik..tapi terharu bila lihat manusia sekarang melihat masjid dengan pandangan begitu..yang sedihnya dengan pakaian yang tidak sopan..yealah didalam masjid kena pakai jubah..tapi kat luar tak diwajibkan..jadi kita nampaklah macam2 jenis manusia yang ada..

keesokkan harinya,9hb ana masuk program dakwah talk pulak yang bertajuk "krisis murtad barah ummah islamiah"..program cukup2 memberi input..ahli2 panel yang dijemput adalah orang2 yang dikira baru masuk Islam...antaranya Ust Kamarul Zaman Noor Mohamed,Brother Lim Jooi Soon dan Ust Ann Wang Seng...program begini amat2 diperlukan untuk dilaksanakan dimana2 IPTA...begitu banyak input yang dapat..malah kita diajar cara mendekati orang bukan Islam dengan cara yang betul..program ni juga kita dapat tahu lebih lanjut asal-usul agama2 lain serta mengetahui apa yang terkandung sebenarnya dalam kitab2 mereka...sebenarnya ada video nk letak tapi lambat sangat prosesnya..nntlah balik rumah ana letak..


setakat itu sajelah..sekadar perkongsian bersama...moga dapat manfaat bersama...

"Tika kesusahan datang..moga Allah kuatkan hati..tika sendirian dalam perjuangan..moga Allah hantarkan malaikat membantu..tika hati dilanda gelisah..moga Allah curahkan ketenangan..tika kebuntuan,moga Allah memberi petunjuk...Ya Allah..jadikan kami hamba yang sabar agar perjuangan dapat diteruskan..."


Kadang-kadang perjuangan adalah sesuatu yang kita perlukan dalam hidup kita. Jika Tuhan membiarkan kita hidup tanpa sebarang dugaan dan rintangan, itu mungkin akan melumpuhkan kita. Kita mungkin tidak akan menjadi kuat, tabah dan yakin menempuh segala rintangan untuk meneruskan kehidupan..


ANUGERAH….


Saya mohon kekuatan….

Dan Tuhan memberi saya kesulitan-kesulitan untuk membuat saya kuat.


Saya memohon kebijaksanaan…

Dan Tuhan memberi saya persoalan untuk diselesaikan.


Saya memohon kemakmuran…

Dan Tuhan memberi saya otak dan tenaga untuk bekerja.


Saya memohon keteguhan hati…

Dan Tuhan membari saya bahaya untuk diatasi.


Saya memohon CINTA….

Dan Tuhan memberi saya orang-orang bermasalah untuk ditolong.


Saya memohon kemurahan dan kebaikan hati..

Dan Tuhan memberi saya kesempatan-kesempatan.


Saya tidak memperoleh yang saya inginkan,

Saya mendapatkan segala yang saya perlukan.


MANUSIA bahagia bila dia mampu membuka mata untuk menyedari bahawa dia memiliki banyak keistimewaan yang bererti. Manusia mampu bahagia bila dia mahu membuka mata hati untuk menyedari batapa dia dicintai. Manusia mampu bahagia bila dia mahu mebuka diri agar orang lain boleh mencintainya dengan tulus…


MANUSIA tidak bahagia kerana tidak mahu membuka hati, berusaha meraih yang tidak dapat diraih, memaksa untuk mendapatkan segala yang diinginkan, tidak mahu menerima dan mensyukuri apa yang ada. Manusia buta kerana egois dan hanya memikirkan diri, tidak sedar bahwa dia begitu dicintai, tidak sedar bahawa saat ini, apa yang ada adalah baik, selalu berusaha meraih lebih dan tidak mahu sedar kerana serakah.


ADA teman yang begitu mencintai, namun tidak diendahkan, kerana memilih, menilai dan menghakimi sendiri. Memilih teman dan mencari-cari, padahal di depan mata ada teman yang sejati. Telah memiliki segala yang terbaik, namun serakah, ingin dirinya paling diperhatikan, paling disayang, selalu menjadi pusat perhatian, selalu dinombor satukan. Padahal, semua manusia memiliki peranan, hebat, dan nombor satu dalam satu hal tapi belum tentu dalam hal lain, dicintai oleh satu orang belum tentu oleh orang lain.


KEBAHAGIAAN bersumber dari dalam diri kita sendiri. Jikalau berharap daripada orang lain, bersedialah untuk dikhianati. Kita akan bahagia bila kita menrima diri apa adanya, mencintai dan menghargai diri sendiri, mahu mencintai orang lain dan mahu menerima orang lain.


PERCAYALAH kepada ALLAH, dan bersyukurlah kepada-NYA, bahawa kita selalu diberikan yang terbaik sesuai usaha kita, tak perlu berkeras hati. DIA akan memberi kita disaat yang tepat apa yang kita perlukan, meskipun bukan hari ini, masih ada esok hari. Berusahalah dan berbahagialah kerana kita dicintai begitu ramai orang….


Kubermohon kepada Allah semoga tabah dalam segala ujian....ujian adalah tarbiah dan tanda kasih sayang dari Allah.....


Dimana kecantikan lelaki dan dimana kegagahan wanita........Mari sama-sama renungkan....

KECANTIKAN LELAKI


Kecantikkan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal

Tetapi pada murni nurani

Lelaki yang cantik….

Adalah lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan

Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran

Adalah lelaki yang memberi madu setelah menerima racun

Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada

Adalah lelaki yang baik sangka

Adalah lelaki yang tidak pernah putus asa

Kecantikkan lelaki adalah berdiri di atas kemuliaan hati

Seluruh kecantikkan yang ada pada Muhammad yang umi

Adalah kecantikkan sempurna bagi seorang lelaki


KEGAGAHAN WANITA


Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan

Tetapi pada kekuatan perasaan

Perempuan yang gagah….

Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan

Adalah perempuan yangtidak takut pada kemiskinan

Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan

Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguhnya iman

Seluruh kegagahan ini ada pada Khadijah yang ehsan

Adalah kegagahan yang sempurna bagi seorang wanita.

Adalah disunatkan berpuasa di bulan Sya`ban sebagaimana yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu `anha berkata: Maksudnya: "Adalah Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam berpuasa sehingga kami mengatakan baginda tidak berbuka, dan baginda berbuka sehingga kami mengatakan baginda tidak berpuasa. Saya tidak pernah melihat Rasulullah (SAW) menyempurnakan puasa satu bulan kecuali pada bulan Ramadan dan saya tidak pernah melihat baginda berpuasa lebih banyak daripadanya pada bulan Sya`ban." (Hadith riwayat Bukhari)

Rasulullah (SAW) memperbanyakkan berpuasa pada bulan ini adalah disebabkan oleh beberapa perkara sebagaimana yang diriwayatkan daripada Usamah bin Zaid berkata:
Maksudnya: "Wahai Rasulullah! Aku belum pernah melihat engkau berpuasa satu bulan daripada bulan-bulan sebagaimana (banyaknya) engkau berpuasa di bulan Sya`ban", Baginda bersabda: "Demikian itu kerana bulan Sya`ban, bulan yang manusia lalai (kerana terletak) di antara bulan Rejab dan bulan Ramadhan, dan ia adalah bulan di mana diangkat padanya amalan-amalan manusia kepada Allah Rabbul `Alamin, maka aku suka supaya diangkat amalanku sedang aku di dalam keadaan berpuasa." (Hadith riwayat An-Nasa'i)
Soalan :Apakah hukum berpuasa sunat selepas 15 Syaaban ?

Jawapan:Berkata Imam as-Syawkani (Nailul Awthor, Jld 3/243),"jumhur ulama' mengharuskan puasa sunat selepas 15 Sya'ban kerana larangannya datang dari hadis dhoif.
Selamat menunaikan ibadat puasa di bulan sya'ban..semoga permulaan puasa dibulan sya'ban menambah amal ibadat di bulan Ramadhan...

Alhamdulillah….berakhirnya konvokesyen pada 14 Julai, maka tamatlah sesi diploma di Universiti Darul Iman Malaysia(UDM kampus kusza)..hari ni nak bertolak ke USIM pulak…ambik Ijazah Quran Sunnah kat sane..tak tahulah,sementara @ kekal kat sane..ape2pun masuk dulu..


Harapan di hati moga keputusan ke Jordan bulan 9 nanti memberi sinar baru buat diri..hati ni nak sangat sambung di sana..harap2 2 tahun jelah..kalau 4 tahun..rasenya xpergi kot…tapi masih dalam perbincangan lagi..


Mungkin lepas ni..kuranglah jenguk ke blog ni…kepada semua pengunjung doakan ana yea..moga terus istiqamah dalam perjuangan ni…Ana doakan semoga semua dalam keadaan berbahagia selalu di bawah payungan dan panji Islam…


Salam ukhwah & perjuangan bt semua….

Sempena pilihanraya di Manek Urai(N41) 14 Julai nanti, mari kita lihat tafsiran surah al-anfal ayat 5 hingga 8: Tarbiah Kemenanagan.


Terjemahan surah al-Anfal ayat 5-8:-


(5)Sebagaimana Tuhanmu menyuruhmu pergi dari rumahmu dengan kebenaran, padahal Sesungguhnya sebahagian dari orang-orang yang beriman itu tidak menyukainya.


(6)Mereka membantahmu tentang kebenaran sesudah nyata (bahwa mereka pasti menang), seolah-olah mereka dihalau kepada kematian, sedang mereka melihat (sebab-sebab kematian itu).


(7)Dan (ingatlah), ketika Allah menjanjikan kepadamu bahwa salah satu dari dua golongan (yang kamu hadapi) adalah untukmu, sedang kamu menginginkan bahwa yang tidak mempunyai kekekuatan senjatalah untukmu, dan Allah menghendaki untuk membenarkan yang benar dengan ayat-ayat-Nya dan memusnahkan orang-orang kafir.


(8)Agar Allah menetapkan yang hak (Islam) dan membatalkan yang batil (syirik) walaupun orang-orang yang berdosa (musyrik) itu tidak menyukainya.


Sebab penurunan ayat:


Sebelum peperangan Badar meletus,Rasulullah s.a.w bermesyuarat bersama dengan beberapa orang sahabatnya.Antara mereka ialah Abu Bakar,Umar,al-Miqdad bin 'Amru dan Sa'd bin Mu'adh.Dalam mesyuarat berkenaan,Rasulullah s.a.w memberitahu tentang serangan yang akan dilancarkan terhadap rombongan dagang Quraisy.Walaupun begitu,rombongan dagang berkenaan sempat mengelakkan diri dan tentera Muslimin terpaksa pula berdepan dengan pasukan musyrikin yang datang daripada Makkah.Pda saat inilah,keempat-empat sahabat tadi berikrar memberi taat setia kepada Rasulullah s.a.w sambil berkata: Bertindaklah wahai Rasulullah! sebagaimana Allah perintahakn ke atas kamu! Sesungguhnya kami bersama-sama dengan kamu.Demi Allah! kami tidak akn memperlakukan kamu sebagaimana Nabi Musa a.s. diperlakukan oleh kaumnya.Mereka berkata:Pergilah kamu dengan Tuhankamu di medan perang.Kami menunggu di sini.Sebaliknya kami memberi penegasan: kamu ke medan perang.Kami menunggu di sini.Sebaliknya kami memberi penegasan:Pergilah kamu bersama-sama dengan Tuhan kamu di medan perang.Kami bersama denganmu dan Tuhan mu,akan turut berperang.Walaupun keempat-empat orang sahabat memberi kesetiaan untuk bersama dengan Rasulullah s.a.w., terdapat segelintir daripada para sahabat yang kurang menyenangi peperangan ini.Mereka lebih suka berdepan dengan rombongan dagang berbanding daripada bertempur dengan musuh yang lengkap dengan peralatan senjata.Rombongan dagang pula lebih mudah untuk ditewaskan kerana kurang kelengkapan senjata dan mereka pasti memperoleh harta rampasan perang yang banyak.


Pengajaran Ayat:-


1- Manausia lebih suka menerima sesuatu itu dengan cara mudah.Dengan hanya mencurah sedikit tenaga sahaja, mereka dapat meraih laba yang besar.Namunbegitu, manusia perlu menerima ketetapan Allah. Sekiranya Dia menetapkan untuk memperoleh kemenangan dengan cara kesukaran walaupun terpaksa mengorbankan nyawa, maka kemenangan itu mestilah dituntut mengikut suasana yang telah ditetapkan olehNya. Inilah akidah dan keyakinan yang wajib dipegang sebagai tarbiah daripada Allah s.w.t.

2- Melalui tarbiah ini juga, Allah s.w.t mengajar kepada umat Islam supaya meyakini bahawa kemenangan ataupun kekalahan dalam perjuangan adalah ketetapan daripada Allah. Meskipun, musuh mempunyai kekuatan dan persenjataan yang canggih, namun tentera muslimin tetap memperoleh kemenangan yang bergaya. Kemenangan ini terhasil daripada hubungan yang berterusan dengan Allah s.w.t. Dengan kemenangan ini, musuh yang menganggap tentera muslimin sebagai lemah terpaksa mengakui kesilapan tanggapan itu. Sebaliknya, tentera muslimin yang menjangkakan kekalahan telah memperoleh kejayaan.

3- Kejayaan yang dikurniakan oleh Allah itu,tarbiah di medan tempur menjadikan orang-orang Islam dihormati sebagai umat yang kuat. Umat Islam dapat membentuk sebuah Negara Islam yang berdaulat. Musuh-musuh politiknya, melihat Negara Islam ini menjadi saingan baru dalam era politik keimanan atau kekufuran. Negara Islam yang baru dibentuk ini mula mendapat perhatian,penghormatan dan digeruni oleh banyak pihak.

4- Kemenangan yang diperoleh oleh pihak muslimin memberi inspirasi dan rangsangan kepada para pejuang Islam untuk mengakui bahawa secara hakikinya kemenangan adalah kurniaan Allah. Persediaan kebendaaan dan kelengkapan yang sering menjadi ukuran kejayaan, dibuktikan dalam peperangan Badar, bahawa semua itu adalah wasilah sahaja. Sebaliknya, kemenangan sejati adalah di bawah tadbir dan urusan Allah dan dikurniakan kepada golongan yang ikhlas, sabar, jujur, sanggup berkorban kerana berjuang pada jalan Allah s.w.t.

5- Yang layak mengecap nikmat kemenangan ini adalah mereka yang memahami matlamat dan inti pati tarbiah. Jiwa tarbiah adalah jiwa yang kuat bergantung kepada Allah s.w.t. Hanya jiwa ini yang bersedia untuk menyambut kemenangan. Sebaliknya, jiwa yang kotor dan masih terbelenggu dengan cara hidup da pegangan yang bercanggah dengan kehendak dan akidah Islam, merupakan jiwa yang kontang daripada ma’unah Allah. Bagaimana jiwa seperti ini boleh dikurniakan kemenangan sedangkan kemenangan hanya berhak diterima oleh jiwa yang bersih. Bukan jiwa yang tercemar dengan noda danaya(kekotoran) dan khotoya(dosa). Terbukti para sahabat telah berjaya melepasi tarbiah itu sehingga diberi kemenangan oleh Allah s.w.t.








الوقت كالسيف

MUJAHIDAH ISLAM

My photo
Tiada terjangkau kudrat diri untuk menjadi sekojar al-kauthar milik Rasulullah..hanya sekadar setitis mata air..sejernih salsabila buat penebus dahaga sang musafir di padang pasir..
DA'IE IBARAT TIRAM DILAUT..DIHIRIS PEPASIR TERCALARLAH IA..SUNGGUHPUN TERLUKA..TETAP TERPENDAM..SUNGGUHPUN PEDIH..TETAPI DISIMPAN..NAMUN AKHIRNYA DIBALAS MUTIARA..

Total Pageviews

UKHWAH FILLAH

MUSLIMAH PEMBANGUN UMMAH

MUSLIMAH PEMBANGUN UMMAH





Powered by Blogger.

Followers