MUSLIMAH PEMBANGUN UMMAH

DIMANA BUMI DI PIJAK...DI SITU ISLAM DI JUNJUNG...

Berdasarkan riwayat Abu Ayyub al-Ansari baginda bersabda:"Barangsiapa yang berpuasa ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari dalam bulan syawal, maka seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun seluruhnya."-riwayat muslim,daud,tirmizi dan ibn majah.


Namun terdapat sedikit kekeliruan dari pihak muslimat dalam mengerjakan ibadah puasa 6 ni....persoalannya.....


Bolehkah puasa qadha' digabungkan sekali dengan puasa sunat?

Pandangan pertama:

Menggunakan perbahasan qawa-id feqah (Bahawa setiap amalan adalah dengan apa yang dia niatkan) tidak membenarkan digabungkan dua ibadah : wajib dan sunat digabungkan sekali ; dalam hal ini puasa qadha' mesti dibuat dahulu kemudian baru diikuti dengan puasa sunat seperti puasa syawal.(Imam Syafi’e)

Contohnya jika seorang wanita ada 10 hari puasa qadha' Ramadhan. Apabila tiba syawal dia dikehendaki menyempurnakan puasa qadha' dahulu sebelum dibolehkan berpuasa sunat 6 hari syawal; dia tidak boleh berpuasa dibulan syawal dengan mengggabungkan dua niat dalam satu puasa (yakni puasa qadha' dan puasa sunat).

Pandangan kedua:

Membolehkan puasa sunat dan qadha' digabungkan dalam satu.

Dr Wahbah azZuhaili (Fiqh Islami wa'adillatuh) menjelaskan: seseorang yang berpuasa qadha' dibulan syawal beroleh double bonus atau triple bonus yakni dia boleh pahala puasa qadha', juga pahala puasa sunat syawal sekaligus dan jika dia berpuasa pada hari isnin/khamis; dia juga mendapat pahala sunat isnin khamis.

Ini juga pandangan Imam Nawawi dan Ibn Hazm (al Muhalla): menurut Ibn Hazmin, nas yang menegah dari Rasulullah saw tidak ada apabila baginda menyuruh kita berpuasa enam supaya kita menyempurnakan puasa qadha' terlebih dahulu.

Imam Nawawi menjelaskan, antara amalan Aisyah RA ialah beliau tidak melakukan puasa qadha' pada bulan Syawal, malah menyempurnakan puasa sunat syawal sahaja dan menghabiskan puasa qadha'nya di bulan-bulan lain. Ini juga satu cara.

Jawapannya: boleh; jika menggunakan kaedah Ibn Hazm dan Wahbah Zuhaili; kita berniat puasa qadha' dalam bulan syawal dan sekaligus mendapat double bonus; dan jika puasa itu jatuh pada Isnin/khamis; layak mendapat triple bonus secara automatik.

......Selamat Berpuasa..........


Assalamualaikum....

Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin diucapkan pd semua yg berkunjung kat blog ni....syukran krn sudi singgah walau jarang2 update...mohon maaf jika ada salah dan silap...

Hari ni dah masuk raya ke7...malam ni nak balik usim dah...raya tahun ni nak kate meriah..taklah meriah sangat..tapi oklah..semua ada,k.ma jer xde..raya kat jepun...calling2 jelah..tahun depan semua xde..masing2 beraya rumah mak mertua..k.ma pun xde..mst sunyi...almaklumlah..adik beradik xramai...

ni nak kongsi hari raya tahun ni.........




(gambar atas ni k.ma beraya kat jepun...baju oren tu..baju merah tu aqilah..anak sedara ke2)


(ni amar..anak sedara ke4...besarnyer kad raya dia..)

(ni family abg ke2..tema merah tahun ni....)

(ni family abg pertama...byk afifah n aisyah dpt duit raya tahun ni...)

(pagi raya..lps solat raya...g rmh tok....)

(rmh mak ngah)

sekadar kongsian...moga Ramadhan yang ditinggalkan adalah Ramadhan yg terbaik yg telah kt kerjakan..semoga bertemu Ramadhan tahun depan..insyaAllah...

Dalam Sahihain disebutkan, dari Aisyah radhiallahu 'anha, ia berkata :

"Bila masuk sepuluh (hari terakhir bulan Ramadhan Rasulullah saw mengetatkan kainnya menjauhkan diri dari menggauli isterinya), menghidupkan malamnya dan membangunkan Keluarganya ." Demikian menurut Hadis Riwayat Al-Bukhari.


Adapun lafaz dari Sahih Muslim berbunyi :

"Menghidupkan malam(nya), membangunkan keluarganya, dan bersungguh-sungguh serta mengetatkan kainnya.


Dalam riwayat lain, Imam Muslim meriwayatkan dari Aisyah r.a :"Rasulullah s.a.w bersungguh-sungguh dalam sepuluh (hari) akhir (bulan Ramadhan), hal yang tidak beliau lakukan pada bulan lainnya. "Rasulullah s.a.w mengkhususkan sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dengan amalan-amalan yang tidak beliau lakukan pada bulan-bulan yang lain, di antaranya:


-Menghidupkan malam:

Ini kemungkinan bahawa baginda menghidupkan seluruh alamnya, dan kemungkinan pula baginda menghidupkan sebahagian besar daripadanya.

Dalam Sahih Muslim dari Aisyah r.a, ia berkata:

"Aku tidak pernah mengetahui Rasulullah saw solat malam hingga pagi. " Diriwayatkan dalam hadits marfu' dari Abu Ja'far Muhammad bin Ali

:

"Barangsiapa mendapati Ramadhan dalam keadaan sihat dan sebagai orang muslim, lalu puasa pada siang harinya dan melakukan solat pada sebahagian malamnya, juga menundukkan pandangannya, menjaga kemaluan, lisan dan tangannya, serta menjaga solatnya secara berjamaah dan bersegera berangkat untuk solat Jumaat; sungguh ia telah puasa sebulan (penuh), menerima pahala yang sempurna, mendapatkan Lailatul Qadar serta mendapat hadiah dari Tuhan Yang Mahasuci dan Maha tinggi. " Abu Ja 'far berkata: Hadiah yang tidak serupa dengan hadiah-hadiah para penguasa. (HR. Ibnu Abid-Dunya).


Rasulullah saw membangunkan keluarganya untuk solat pada malam-malam sepuluh hari terakhir, sedang pada malam-malam yang lain tidak.

Dalam hadits Abu Dzar radhiallahu 'anhu disebutkan:

"Bahwasanya Rasulullah saw melakukan solat bersama mereka (para sahabat) pada malam dua puluh tiga (23), dua puluh lima (25), dan dua puluh tujuh (27) dan disebutkan bahawasanya beliau mengajak untuk (solat) keluarga dan isteri-isterinya pada malam dua puluh tujuh (27) saja.”Ini menunjukkan bahwa baginda sangat menekankan dalam membangunkan mereka pada malam-malam yang diharapkan turun Lailatul Qadar di dalamnya.


At-Thabarani meriwayatkan dari Ali radhiallahu 'anhu :

"Bahwasanya Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam membangunkan keluarganya pada sepuluh akhir dari bulan Ramadhan, dan setiap anak kecil mahupun orang tua yang mampu melakukan solat. "


Dan dalam hadith sahih diriwayatkan :

"Bahawasanya Rasulullah saw mengetuk (pintu) Fatimah dan Ali radhiallahu 'anhuma pada suatu malam dan berkata:

Tidakkah kalian bangun lalu mendirikan sollat ?" (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Beliau juga membangunkan Aisyah r.a pada malam hari, bila telah selesai dari tahajudnya dan ingin melakukan (solat) witir.


Dan diriwayatkan adanya targhib (dorongan) agar salah seorang suami-isteri membangunkan yang lain untuk melakukan solat, serta memercikkan air di wajahnya bila tidak bangun). (Hadits riwayat Abu Daud dan lainnya, dengan sanad sahih.)


Dalam kitab Al-Muwaththa' disebutkan dengan sanad sahih, bahawasanya Umar r.a melakukan solat malam seperti yang dikehendaki Allah, sehingga apabila sampai pada pertengahan malam, ia membangunkan keluarganya untuk solat dan mengatakan kepada mereka: "Solat! solat!" Kemudian membaca ayat ini :

"Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. " (Thaha: 132).

Bahwasanya Nabi sallallahu 'alaihi wasallam mengetatkan kainnya. Maksudnya beliau menjauhkan diri dari menggauli isteri-isterinya. Diriwayatkan bahawasanya baginda tidak kembali ke tempat tidurnya sehingga bulan Ramadhan berlalu.


Dalam hadith Anas radhiallahu 'anhu disebutkan :

"Dan beliau melipat tempat tidurnya dan menjauhi isteri-isterinya (tidak menggauli mereka). Rasulullah saw beri'tikaf pada malam sepuluh terakhir bulan Ramadhan. Orang yang beri'tikaf tidak diperkenankan mendekati (menggauli) isterinya berdasarkan dalil dari nash serta ijma'. Dan "mengetatkan kain" ditafsirkan dengan bersungguh-sungguh dalam beribadah.

Mengakhirkan berbuka hingga waktu sahur. Diriwayatkan dari Aisyah dan Anas radhiallahu 'anhuma, bahwasanya Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam pada malam-malam sepuluh (akhir bulan Ramadhan) menjadikan makan malam (berbuka)nya pada waktu sahur.


Dalam hadits marfu' dari Abu Sa'id radhiallahu 'anhu, ia berkata :

"Janganlah kalian menyambung (puasa). Jika salah seorang dari kamu ingin menyambung (puasanya) maka hendaknya ia menyambung hingga waktu sahur (saja). " Mereka bertanya: "Sesungguhnya engkau menyambungnya wahai Rasulullah ? "Beliau menjawab:

"Sesungguhnya aku tidak seperti kalian. Sesungguhnya pada malam hari ada yang memberiku makan dan minum. "(HR. Al-Bukhari)


Ini menunjukkan apa yang dibukakan Allah atas baginda dalam puasanya dan kesendiriannya dengan Tuhannya, oleh sebab munajat dan zikirnya yang lahir dari kelembutan dan kesucian baginda.Kerana itulah sehingga hati baginda dipenuhi Al-Ma'ariful Ilahiyah (pengetahuan tentang Tuhan) dan Al-Minnatur Rabbaniyah (anugerah dari Tuhan) sehingga mengenyangkannya dan tak lagi memerlukan makan dan minum.


-Mandi antara Maghrib dan Isya':-

Ibnu Abi Hatim meriwayatkan dari Aisyah radhiallahu 'anha :

"Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam jika bulan Ramadhan (seperti biasa) tidur dan bangun. Dan manakala memasuki sepuluh hari terakhir beliau mengetatkan kainnya dan menjauhkan diri dari (menggauli) isteri-isterinya, serta mandi antara Maghrib dan Isya."


Ibnu Jarir rahimahullah berkata, mereka menyukai mandi pada setiap malam dari malam-malam sepuluh hari terakhir. Di antara mereka ada yang mandi dan menggunakan wangian pada malam-malam yang paling diharapkan turun Lailatul Qadar.

Karana itu, dianjurkan pada malam-malam yang diharapkan di dalamnya turun Lailatul Qadar untuk membersihkan diri, menggunakan wangian dan berhias dengan mandi (sebelumnya), dan berpakaian bagus, seperti dianjurkannya hal tersebut pada waktu solat Jumaat dan hari-hari raya.Dan tidaklah sempurna berhias secara lahir tanpa diikuti dengan berhias secara batin. Yakni dengan kembali (kepada Allah), taubat dan mensucikan diri dari dosa-dosa. Sungguh, berhias secara lahir sama sekali tidak berguna, jika ternyata batinnya rosak.


Allah tidak melihat kepada rupa dan tubuhmu, tetapi Dia melihat kepada hati dan amalmu. Karana itu, barangsiapa menghadap kepada Allah, hendaknya ia berhias secara lahiriah dengan pakaian, sedang batinnya dengan taqwa.


Allah Ta'ala berfirman :

"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. "

(Al-A'raaf: 26).


-I'tikaf.

Dalam Sahihain disebutkan, dari Aisyah radhiallahu 'anha :

Bahawasanya Nabi saw sentiasa beri'tikaf pada sepuluh hari terakhir dari Ramadhan, sehingga Allah mewafatkan beliau. "Nabi saw melakukan i'tikaf pada sepuluh hari terakhir yang di dalamnya dicari Lailatul Qadar untuk menghentikan berbagai kesibukannya, mengosongkan fikirannya dan untuk mengasingkan diri demi bermunajat kepada Tuhannya, berzikir dan berdoa kepada-Nya.


Adapun makna dan hakikat i'tikaf adalah:

Memutuskan hubungan dengan segenap makhluk untuk menyambung penghambaan kepada AI-Khaliq. Mengasingkan diri yang disyari'atkan kepada umat ini iaitu dengan i'tikaf di dalam masjid-masjid, khususnya pada bulan Ramadhan, dan lebih khusus lagi pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. Sebagaimana yang telah dilakukan Nabi saw.


Orang yang beri'tikaf telah mengikat dirinya untuk taat kepada Allah, berzikir dan berdoa kepada-Nya, serta memutuskan dirinya dari segala hal yang menyibukkan diri dari pada-Nya. Ia beri'tikaf dengan hatinya kepada Tuhannya, dan dengan sesuatu yang mendekatkan dirinya kepada-Nya. Ia tidak memiliki keinginan lain kecuali Allah dan redha-Nya. Semoga Allah memberikan taufik dan inayah-Nya kepada kita.Amin...





الوقت كالسيف

MUJAHIDAH ISLAM

My photo
Tiada terjangkau kudrat diri untuk menjadi sekojar al-kauthar milik Rasulullah..hanya sekadar setitis mata air..sejernih salsabila buat penebus dahaga sang musafir di padang pasir..
DA'IE IBARAT TIRAM DILAUT..DIHIRIS PEPASIR TERCALARLAH IA..SUNGGUHPUN TERLUKA..TETAP TERPENDAM..SUNGGUHPUN PEDIH..TETAPI DISIMPAN..NAMUN AKHIRNYA DIBALAS MUTIARA..

Total Pageviews

UKHWAH FILLAH

MUSLIMAH PEMBANGUN UMMAH

MUSLIMAH PEMBANGUN UMMAH





Powered by Blogger.

Followers