MUSLIMAH PEMBANGUN UMMAH

DIMANA BUMI DI PIJAK...DI SITU ISLAM DI JUNJUNG...

(gambar hiasan)

Sahabatku....

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah….? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita…..

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat… Kerana dia juga seorang manusia, Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…..

Sebagai kekuatan Jadilah kita sahabatnya itu…. Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin
sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan….. Kita tidak tahu…. Tetapi….jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu…..

HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih
sayang,ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi
mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain
tanpa mengharapkan balasan.

Harakah Islamiyyah sedunia sependapat betapa besarnya peranan tarbiyah

dalam menjamin kemurnian dan memahami matlamat Islam sepanjang masa, kerana

pergantungannya yang kuat dari aspek tarbiyah dan memenuhi syarat-syarat

kemenangan kepada janji Allah SWT.


Tujuh elemen-elemen penting tarbiyyah:-


1-Tarbiyah Ruhiyyah :

Iaitu mendidik ahli supaya iltizam dengan amalan ibadah sehingga dapat

merasakan kelazatan hasil mengerjakan ibadah itu serta dapat mencari

kekuatan hati melaluinya. Juga untuk mempertingkatkan muhasabah dan

muraqabah sebagai paksi kepada gerakerja yang baik, menanamkan kesabaran

yang tinggi dalam amal jamaie, sensitif kepada dosa dan mungkar, bersemangat

jihad dan bercita-cita untuk syahid.


2-Tarbiyah Thaqafiyyah :

Menanamkan budaya membaca (tidak dihadkan kepada buku-buku haraki sahaja

tetapi meluaskan skop bahan bacaan), berjumpa dengan tokoh-tokoh ilmuwan,

menghadiri persidangan-persidangan dan seminar-seminar akademik dan sosial,

membudayakan perbincangan di kalangan ahli dengan tidak menunggu hanya pada

waktu usrah atau tamrin sahaja supaya ahli mempunyai daya intelektual yang

tinggi dan berpengetahuan am yang luas.


3-Tarbiyah Harakiyyah :

Melengkapkan ahli dengan ilmu teknik-teknik pengurusan moden, di samping

konsep-konsep dan adab-adab berjemaah yang lain.


4-Tarbiyyah Siasiyyah :

Meningkatkan pengetahuan dan pembacaan politik mengenai perkembangan politik

tempatan dan antarabangsa, di samping memahami konsep dan falsafah khilafah

Islamiyyah dan kepimpinan ulama' yang lebih mendalam dan praktikal kepada

dunia semasa.


5-Tarbiyyah Kendiri (Self-Development) :

Mengenalpasti dan mengembangkan potensi individu-individu ahli yang matang

dalam sikap, tindakan dan keputusan, berfikiran kreatif, kritikal,

analitikal dan terbuka, bermotivasi tinggi, berakhlak baik dan terpuji,

bersikap berani, berkeyakinan diri dan 'adaptable' dalam semua suasana dan

keadaan.


6-Tarbiyyah Badaniyyah (Jasmani) :

Melatih ahli memberi perhatian kepada kesihatan badan, mempunyai kecergasan

dan stamina yang tinggi, menjalani latihan fizikal untuk membentuk generasi

yang tahan lasak dan bersedia menghadapi usaha-usaha musuh yang mungkin

menggunakan kekerasan.


7-Tarbiyyah Kekeluargaan Islam :

Mendidik ahli dalam memilih calon pasangan hidup yang selari dengan kriteria

yang dikehendaki oleh Islam dan berpengetahuan mengenai pembentukan dan

amalan-amalan keluarga Islam.


Rasulullah saw bersabda maksudnya: "Siapa yang menjurusi satu jalan untuk

mencari ilmu nescaya Allah akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga." (Sahih

Muslim)


....SAMA2 LAH KITA TARBIYAH DIRI HIASI PERIBADI....

Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.

Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.

Jangan sesekali tangan yang menggoncang dunia..juga menggoncang iman lelaki…

Ramai orang sudah mengetahui bahawa berdakwah adalah tugas setiap individu, tetapi mereka tidak mahu melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah. Dalam konteks dakwah, di antara kekeliruan yang sering berlaku ialah seseorang itu menanti kesempurnaan diri sebelum mahu memulakan dakwah. Inilah faktor yang menyebabkan seseorang yang mampu mencegah kemungkaran tidak mahu bangun untuk melakukannya, kerana dia merasakan amalannya belum cukup mantap dan masih terdapat banyak kelemahan pada dirinya.


Berkaitan dengan isu ini Imam Said bin Jubair berkata, “Jika seseorang itu tidak mahu mengajak kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar sehinggalah dia berada keadaannya sudah sempurna, maka tidak akan ada sesiapa pun yang mengajak kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar.” Imam Malik amat bersetuju dengan kenyataan Imam Said bin Jubair ini dan sebagai tanda sokongannya, beliau manambah, “Dan siapakah di

antara kita yang lengkap dan sempurna?” Imam Al-Hasan pula berkata, “Siapakah di antara kita yang melaksanakan kesemua perkara yang diserukan-Nya? Syaitan amat menyukai apabila manusia terpedaya oleh sikap ini, sehingga akhirnya tidak ada sesiapa pun yang mahu mengajak kepada yang makruf dan mencegah

yang mungkar.”


Pada dasarnya, kewajipan berdakwah dituntut ke atas setiap orang yang mukalaf lagi berdaya. Syarat berdaya atau mampu perlu difahami dengan betul. Pada hakikatnya, Islam mengakui tahap-tahap kemampuan seseorang individu itu berbeza daripada individu lain. Rasulullah SAW bersabda dengan maksud, “Barang siapa antara kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah dicegah dengan tangannya. Jika tidak berdaya, hendaklah dicegah dengan kata-katanya, dan jika tidak berdaya, hendaklah dicegah dengan hatinya, dan mencegah dengan hati adalah tanda selemah-lemah iman.” – riwayat Muslim.


Apabila mencegah kemungkaran, kadar minima yang dituntut ialah mengingkari dengan hati. Perkara ini disentuh dalam kitab Dalilul Falihin, “Mencegah dengan hati bermaksud membenci kemungkaran dengan hati, disertai dengan azam untuk mencegahnya dengan lisan ataupun dengan perbuatan apabila dia mampu nanti. Membenci maksiat dengan hati hukumnya ialah wajib ke atas setiap individu, dan sesiapa yang menyetujui kemungkaran bererti dia bersekongkol dengannya.”


Iman memerlukan bukti, dan salah satu antara bukti-buktinya ialah membenci maksiat. Tanpanya, iman berkecai di hati. Rasulullah SAW bersabda dengan maksud, “Tidak ada selepas itu iman, walaupun sebesar biji sawi,” - riwayat Bukhari dan Muslim. Hati yang tidak mengingkari kemungkaran boleh membawa kepada kebinasaan. Sahabat Rasulullah SAW yang bernama Abdullah ibn Masud menegaskan, “Binasalah mereka yang tidak membezakan yang makruf dengan yang mungkar, dengan hatinya.”


Samalah-samalah kita muhasabah diri..



Allah membuka hati ana untuk mengutarakan isu ini di sini pada hari ini... dan ana rasa ini merupakan isu yang penting yang mesti dibincangkan...

kita dapat lihat hari ini, semakin ramai muslimah yang peka terhadap kewajipan menutup aurat... semakin ramai muslimah yang memakai tudung labuh, memakai sarung tangan dan kaki...

Tetapi masalahnya, pakaian yang digunakan untuk menutup aurat itu, seperti tudung dan sarung kaki, sangat nipis hingga menampakkan warna kulit. Tudung, jika dilihat secara kasar, memang labuh hingga menutupi bahagian dada, tapi sayangnya, kain yang digunakan nipis sehingga menampakkan belakang leher. sarung kaki juga nipis sehingga menampakkan warna kulit.

Aurat dari sudut bahasa adalah kekurangan atau sesuatu yang dianggap buruk.

, ini bermaksud anggota tubuh manusia yang dapat menimbulkan malu.Mungkin ada yang salah faham. mereka menyangka dengan 'meletakkan' sahaja pakaian yang patut ke atas anggota yang perlu ditutup sudah di anggap menutup aurat... ana rasa we really need to perbetulkan tanggapan seumpama ini.. Tidak ada faedahnya kalau seseorang itu memakai tudung tapi aurat masih kelihatan.

Jadi ana rasa kita perlu lebih sensitif dalam bab-bab aurat ni..mari kita tengok apa sebenarnya ciri-ciri pakaian menurut Islam:-

1-Tidak menampakkan lekuk-lekuk tubuh ataupun yang tembus pandangan(nipis)

Rasulullah (SAW) bersabda:

"Dua golongan termasuk penghuni neraka yang belum pernah aku lihat seperti mereka;iaitu sekumpulan orang-orang yang pada diri mereka terdapat cemeti seperti ekor sapi.Mereka memukul manusia dengan cemeti itu,dan para wanita yang berpakaian tapi seperti telanjang,membuka kain penutup dan berjalan melenggang-lenggok, di atas kepalanya seperti mahkota penyanyi yang melenggang lenggok .Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mendapat baunya.Sesungguhnya bau syurga dapat diperolehi dengan cara begini dan begitu." (Riwayat Muslim)

2-Tidak membuka pakaian untuk dilihat dikhalayak ramai(fesyen)

Rasulullah (SAW) bersabda maksudnya:

"Diriwayatkan dari Ibnu Umar ia berkata,'Rasulullah (SAW) bersabda,"Barangsiapa yang mengenakan pakaian untuk dipertontonkan di dunia, maka Allah akan memakaikan pakaian kehinaan pada hari kiamat."

(Riwayat Ahmad,Daud dan Ibnu Majah)

3-Tidak boleh memakai wangi-wangian

"Dari Abu Hurairah r.a berkata,"Rasulullah (SAW) bersabda:'Janganlah kamu melarang hamba-hamba Allah yang wanita mendatangi masjid Allah, tetapi hendaklah mereka pergi dalam keadaan tidak wangi."

(Riwayat Abu Daud)

-memadailah pakaian tersebut bersih dan tidak berbau busuk.(jgn timbul fitnah pula pd muslimah Islam...)

4-Tidak menyerupai pakaian orang kafir

"Rasulullah (SAW) bersabda:"Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka."

(Riwayat Muslim)

5-Tidak menyerupai pakaian lelaki

"Dari Anas r.a berkata.bahawa Rasulullah (SAW) melaknat orang lelaki yang menterupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki."

6-Tidak boleh memakai pakaian yang ada gambar

Saidatina Aisyah berkata:"Rasulullah baru pulang dari suatu tempat.Aku menutup pintuku dengan permaidani yang ada gambar kuda bersayap.Baginda memerintahkan agar menurunkannya,maka aku segera menurunkannya"

-terutama gambar makhluk yang hidup(gambar penuh,seluruh anggota)

Namun pemakaian wanita Islam zaman sekarang banyak yang tidak menunjukkain identiti muslimah yang sebenar,tudung pula macam2 fesyen terkini..ada tudung arinilah..tudung bawallah..yang terbaru tudung ekin(mawi)...dan banyak lagilah jenis2 tudung ni..tak salah pakai tudung2 tu tapi pilihlah yg betul2 tutup aurat...kan ada yang jenis besar,labuh..kenapalah pilih yang kecik jgk..fesyen..fesyen...dah lah kecik boleh main silang2 pulak tu...namun tudung-tudung sebegitu memang menjadi trend zaman sekarang ni....ada yang kata.."kira oklah sekurang-kurangnya tutup aurat..daripada tak pakai tudung langsung..betul tak?".Ada betulnya jugak..tapi bila hati dah terbuka untuk tutup aurat..tutuplah betul2..Islam tak boleh dimain-mainkan..nak mula2 pakai pun biarlah tutup bahagian depan dgn sempurna dulu...

Macam-macam jenis manusia di akhir zaman ni kan...

Yang pakai tudung labuh...ada yang jarang pulak..nampak leher..kita memanglah tak perasan tapi mintalah kawan tolong tengokkan dan tegur..sama-samalah tegur menegur kearah kebaikan...

Tepuk dada..tanya iman...kalu tanya selera...ikut selera semua nak cantik dan bergaya kan...

Diri ana pun banyak kekurangan diri..tapi kita sama-sama koleksi diri dan saling tegur-menegur..

Ana suka dengan ayat "matlamat tidak menghalalkan cara"....matlamat dah baik tapi cara pulak tak betul...


terima kasih kepada iwaana atas award ini....syukran(",)


kisah ini sangat menarik utk diceritakan, terutamanya ketika dalam tazkirah2 ringkas. perumpamaan yg baik dan dapat diterima akal akan lebih diingati dan dimanfaatkan oleh para pendengar..


Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.Si guru berkata, "Saya punya permainan...Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka berserulah "Pemadam!"Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Si guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian sang guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka berserulah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Si guru tersenyum kepada murid-muridnya."Anak-anak, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membedakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita lewat berbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya."" Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi karena terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kalian terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kalian tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika.""Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend,materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.""Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Faham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "faham cikgu...


"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada di tengah tanpa memijak karpet?"Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain. Akhirnya si Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar.""Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat."" Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan...""Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda.""Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan.


""Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (perang pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita.."Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak,..cikgu?" tanya mereka"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi..


Apa lagi yg tercengang2 tu?? ayuh kita kejutkan umat Islam lain yg masih tertidur!!!


Nama-nama Hari Akhirat:-

1-Al-Quariah (penggegar)
2-As-Sa'iqah (petir azab)
3-Al-Waqiah (kejadian yang besar)
4-As-Syah (suara yang memekakkan telinga)
5-Thammat Al-Kubra (malapetaka yang besar)
6-Al-Ghasyiah (kejadian yang dahsyat)
7-Al-Haqqah (yang pasti datang)
8-Ar-Rajpah (gempa bumi)

Nama-nama Syurga:-

1-Syurga Firdaus
2-Syurga Adnin
3-Syurga Khuldi
4-Syurga Naim
5-Syurga Darul Salam
6-Syurga Makwa
7-Syurga Jalaal
8-Syurga Maqam wal Qarar

Lapisan neraka (dari atas ke bawah):-

1-Jahannam (utk ahli tauhid yang a'si>derhaka)
2-Ladza (utk org nasrani)
3-Hutomah (utk org yahudi)
4-Sa'ir (utk sobi'in)
5-Saqar (utk org kafir majusi)
6-Jahim (utk org kafir musyrik)
7-Hawiyah (utk org munafik)

Ummuhatul Mukminin:-

1-Siti Khadijah bt Khuwailid
2-Saodah bt Zam'ah
3-Siti Aisyah bt Abu Bakar As-Sidiq
4-Hafsah bt Umar Al-Khattab
5-Zainab Al-Jahsyi
6-Ummu Salamah Al-Makhzum
7-Juwairiah bt Al-Harits
8-Sofiah bt Israliah
9-Ummu Habibah
10-Maimunah Al-Haris
11-Mariah Al-Qibtiah

sekadar ingatan bersama...


' Rabbana hablana min azwajina wa zurriyyatina kurrata a'yun waja'alna lilmuttaqina imama'

Usai solat Isya' di Masjid Gamal,

Saya : Pijo, besar nanti Pijo nak jadi apa?
Pijo : Macam-macam Pijo nak jadi.
Saya : Ha, abang tau, Pijo mesti nak jadi ultraman kan? Tak pun power rangers..
Pijo : Tak nak lah..Pijo tak nak jadi tu. Tipu je semua tu. Mana ada ultraman wujud.
Saya : Jadi, Pijo nak jadi doktor macam abah Pijo ke?
Pijo : Tak tau..
Saya : Habis tu Pijo nak jadi apa?
Pijo : Macam-macam Pijo nak jadi, tapi yang paling paling paling paling Pijo nak jadi ialah Hafizul Quran..
Saya : Err.. (senyap)
Pijo : Aah, Pijo nak hafal Quran banyak-banyak!

Bertubuh kecil, berjubah suci putih, berkopiah kekuning-kuningan, ceramah baginya adalah santapan harian, bagai mendengar lagu, sentiasa keawangan bertemu tuhan. Berahinya hanya pada Al-Quran. Si kecil itu adalah Hafizul Aiman. Berjiwa besar ingin menggapai Hamlatul Quran. Bagaimana kawan-kawan lain ketika seumur Pijo? Saya masih teringat bagaimana saya meraung menangis merayu pada mama supaya dibelikan video tape Ultraman dan Masked Rider satu masa dahulu ketika seusia Hafizul Aiman. Ragam anak kecil manja pada seorang mama yang terlalu penyayang, dibelikan semua. Juga, tetap segar dalam kotak ingatan ini, setiap akhir bulan bagai satu kewajiban untuk membeli komik, bukan satu bahkan lebih dari 6 buah sebulan. Kagum? haha.. Segan bila nak dibandingkan dengan Pijo. kan? Jika kita merasakan Pijo bernasib baik kerana disenyawakan oleh dua aktivis dakwah, maka suasana keluarga mereka sentiasa penuh hidayah, barulah terlahirnya anak-anak yang tertarbiah, bagai cerita seindah cerpen Islamik Syauqatulwardah. Maka disinilah akan ada suara-suara rintihan,"Kenapalah keluarga aku tak macam tu? Huh.." Jangan merintih sekarang jika tidak dilahirkan dalam sebuah keluarga berlatar masyarakatkan ustaz-ustazah mahupun kiyai atau juga hafiz-hafizah, jangan merintih dengan apa yang tiada.Keluarga kita adalah yang terbaik untuk kita, yang disediakan oleh Allah untuk kita, yang mengajarkan kita kehidupan. Yang merintih itu mereka yang diracuni novel-novel bernuansakan islamik keterlaluan, mengimpikan suatu yang mustahil dicapai ,sehingga menyalahkan taqdir kehidupan. Jangan begitu kawan.Biarlah salasilah kita bukan daripada jalur-jalur duat penggiat dakwah, abaikan semua itu. Biarkan kita yang mula mewariskan dan yang memulakan kemuliaan pada jalur salasilah kita. Biar kita yang mewariskan tarbiyah itu. Melahirkan kader-kader bermutu, pejuang agama yang gitu.
Inilah yang kita perlu mulakan. Menarik ramai orang menyertai jemaah terkadang hanya menghasilkan 'peserta' dakwah tetapi bukan pejuang dakwah. Dengan kuantiti, Islam pada sejarah tidak pernah melonjak menang, tetapi dengan pewarisan dakwah atau tarbiah itulah yang akan melahirkan pejuang-pejuang berkualiti yang akan duduk di saf-saf hadapan memainkan peranan dengan aktif. Bukankah para 'anbia wal mursalin' itu hadir dengan pengikut-pengikut yang sedikit. Tapi, sedikitnya bilangan kader itu, tetap berkesinambungan lantaran wujudnya pewarisan dakwah ini? Sehinggakan konsep pewarisan tarbiyah dan dakwah itu terabadi dalam Al-Quran.Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya:

"Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam"
(Surah al-Baqarah [2]:132)

Hentikan rintihan mulakan langkah perubahan, kitalah yang akan mewarnai salasilah kita dengan keizzahan Islam, semaikan pada jiwa kita iman, perbaiki niat, perbanyakkan amal.

Bingkisan dari laman www.iluvislam.com
sebagai renungan bersama...

- Apabila diuji, mereka sesekali tidak lemah dan tidak mudah berputus asa
- Jika dikritik, jiwanya sentiasa tenang dan tidak sesekali gusar dan takut
- Bila ditohmah, mereka sabar dan tabah dalam menghadapi ujian tersebut
- Jiwa mereka sentiasa kental dan kuat dalam menghadapi cabaran
- Mereka tidak pernah membenci orang lain walaupun hatinya disakiti
- Mereka boleh dinasihati dan ditegur dan tidak mudah melenting
- Bersikap lapang dada apabila apabila pandangannya tidak diterima dan ditolak
- Mengakui kesilapan diri dan bersikap pemaaf
- Tidak mudah merajuk dan mengalah
- Bersikap lemah lembut dan memudahkan orang lain
- Mempunyai azam dan cita-cita yang tinggi, jiwanya sentiasa optimis dan istiqamah
- Merendah diri dan tawaduk, tidak sombong dan tidak pernah merasa bongkak
- Bersikap tegas dan tidak keras
- Berpandangan jauh dan terbuka

Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan dari manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang daie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna.
Sifat-sifat yang perlu ada pada diri kita ialah:

1-Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)
Dakwah berat tanggungjawab dan tugas - perlukan badan yang sihat dan kuat.
Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.
Pesanan al-Banna:
Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan.

2-Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.
Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai iaitu sensitif, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.

3-Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)
Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.
Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.
Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.
Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kesah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

4-Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)
Walaupun kaya, perlu bekerja.
Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi.
Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.
Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).
Menjauhi riba dalam semua lapangan.
Menyimpan untuk waktu kesempitan.
Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.
Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.

5-Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)
Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.
Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.
Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

6-Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)
Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.
Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.
Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).

7-Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.
Dai mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

8-Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)
Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.
Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.
..Aku adalah makhluk baru.. menjadi saksi kepada manusia.

9-Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)
Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan.
Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

10-Berguna untuk orang lain (Nafi’un li ghairihi)
Dai umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain. Dai adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada dai.
Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.
Dai merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

Zainah Anwar, Nori Abdullah, Marina Mahathir keliru lagi mengelirukan - Oleh Muhammad Azamin (petikan dari HarakahDaily)

Saya sering terbaca di laman web dan di akhbar tempatan, pandangan ZainAnwar, Nori Abdullah dan Marina Mahathir yang sedikit sebanyak mengelirukan khalayak pembaca dan barangkali diri mereka sendiri.Umum mengetahui, bahawa ketiga-tiganya adalah pendukung kuat 'Sisters in Islam' yang prinsipnya mempertahankan kebebasan hak individu.Terkini, tulisan Zainah Anwar dalam akhbar berbahasa Inggeris di bawah tajuk 'Seeking justice for Muslim women' yang memperkatakan diskriminasiterhadap wanita Islam dan menyatakan bahawaNegara Malaysia mengamalkan aparteid agama (religious apartheid). Polemik ini pada asalnya dimulakan oleh Marina Mahathir apabila pandangannya tersiar di laman web Malaysiakini.com.Dakwa beliau, undang-undang untuk wanita bukan Islam (sivil) mempunyai kesamarataan dan adil jika dibandingkan dengan undang-undang syariah untuk wanita Islam menjurus kepada sebaliknya.Ingin dinyatakan bahawa adalah sesuatu yang aneh bagi seorang yang berlatarbelakangkan jurusan kewartawanan dan hubungan antarabangsa sepertiZainah Anwar dan sebagai seorang Islam, dalam hujahnya tidak menyatakan kes-kes ketidak-adilan secara terperinci dan dalil-dalil al-Quran atau Hadis sebagai rujukan yang mana khalayak pembaca atau ahli- ahli dalam bidangnya boleh menguji, membahas, mengkoreksi serta membincangkannya.Begitu juga di laman web 'Sisters in Islam', segala pandangannya tidak dikukuhkan dengan dalil-dalil yang boleh menyokongnya dan hanyamenyertakan jenis surah dan letak duduk ayatnya sahaja.
Dalam displin ilmu, apa jua sahaja ilmu, ia mesti disandarkan dengan rujukan, fakta dan huraian terperinci tentang sesuatu isu, tetapi tidak didapati dalam kenyataan dan pandangan mereka ini.Setelah di perhatikan secara asasnya tulisan serta pandangan Zainah Anwar, Marina Mahathir mahupun 'Sisters in Islam' adalah menjurus kepada buahfikiran mereka sendiri yang berlandaskan emosi semata-mata tanpa merujuk kepada apa-apa fakta.Seperkara yang unik dan ganjil terhadap Zainah Anwar dan Marina Mahathir juga 'Sisters in Islam' ialah setelah melemparkan tohmahan, kritikan, tuduhan dan ketidakpuasan hati, tidak pula memberi saranan-saranan, cadangan-cadangan mahupun idea-idea yang dirasakan bernas bagi memperbetulkan ketidak adilan (jika benar) terhadap wanita Islam.Tidak berhajat untuk mengupas panjang atau membariskan semua kenyataan mereka ini untuk dipatahkan hujah, memadai dikutip beberapa bait-bait perkataan dilaman web 'Sisters in Islam' di bawah tajuk Pakaian dan Wanita Islam iaitu :-1. Masalah pakaian wanita memang selalu merupakan perkara yang penting dalam pelaksanaan Syariah Islam, baik di negara ini mahupun di luar negara.Malah ada pihak-pihak tertentu secara berlebih-lebihan menganggap cara berpakaian tertentu itu mencerminkan iman seseorang.2. Salah satu kesan obsesi yang demikian itu adalah banyaknya usaha yang dilakukan bagi menguatkuasakan keimanan melalui cara-cara kuku besi. Paksaan bercanggah dengan semangat al- Quran yang menyatakan bahawa tidak terdapat paksaandi dalam agama (Surah al-Baqarah, 2:256; Surah Yunus, 10:99-100; Surah al-Ghashiyah, 88:22)".3. Kaum wanita telah diberitahu bahawa suatu cara berpakaian yang tertentu akan melindungi mereka dari kejahatan. Namun hakikat sosial menunjukkan bahawa cara berpakaian tidaklah mampu melindungi kaum wanita dari keganasan nafsu lelaki". Jelas kelihatan di dalam kenyataan tersebut ia bersifat sembrono,melulu dan kabur yang diasaskan secara emosi semata-mata.Lihatlah petikan yang pertama (1), ada pihak-pihak tertentu secara berlebih-lebihan menganggap cara berpakaian tertentu itu mencerminkan imanseseorang. Siapakah yang dimaksudkan 'pihak-pihak tertentu' mtersebut? Para ulama, ustaz, ustazah, pihak berkuasa, kerajaan, rakyat?Atau yang dimaksudkan 'pihak -pihak tertentu' ialah Allah SWT sendiri, yang mewahyukan perintah menutup aurat tersebut dalam ayat 59 Surah Al-Ahzab yang mana Allah berfirman :- "Wahai Nabi (Muhammad s.a.w.), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita- wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa merekakeluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang beriman) maka dengan itu mereka tidak diganggu. dan(ingatlah) Allah maha pengampun lagi maha pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu)."Ini kata-kata Allah, bukannya rekaan, permintaan atau pemberitahuan kaum lelaki kepada kaum wanita.Sekiranya Tuhan yang ingin dipertanggunjawabkan, maka saya pulangkan kembali untuk khalayak pembaca menilai sendiri sikap dan pendirian mereka ini.Petikan kedua (2), menguatkuasakan keimanan melalui cara-cara kuku besi. Paksaan bercanggah dengan semangat al-Quran yang menyatakan bahawatidak terdapat paksaan di dalam agama (Surah al-Baqarah, 2:256; Surah Yunus, 10:99-100; Surah al-Ghashiyah, 88:22)".Benarkah iman seseorang dikuatkuasakan dengan cara kuku besi? Jika benarlah, tentulah Zainah Anwar orang yang pertama dihukum penjara, denda atau dicakar mukanya dengan kuku kerana tidak bertudung.Tetapi lihatlah betapa bebasnya Zainah Anwar dengan gaya tersendiri malah berupaya menuduh pula Islam dan pengamalnya secara sesuka hati.Berkaitan tentang kenyataan "paksaan bercanggah dengan semangat al-Quran yang menyatakan bahawa tidak terdapat paksaan di dalam agama (Surah al-Baqarah, 2:256; Surah Yunus, 10:99-100; Surah al-Ghashiyah, 88:22)".Saya berpendapat bahawa Zainah Anwar atau 'Sisters in Islam' telah tersalah raba tentang surah yang dimaksudkan. Surah-surah tersebut memberi kefahaman bahawa 'Islam tidak memaksa orang bukan Islam memeluk agama Islam. Ditujukan kepada umat Islam agar tidak memaksa orang bukan Islam menganuti agama ini.Sila lihat sirah petikan surah al-Baqarah ayat 256 yang bermaksud "tiada paksaan dalam agama."Adalah suatu kebiadapan apabila seseorang memutarbelitkan maksud atau tafsiran ayat tersebut demi kepentingan diri dan cuba menyesuaikan ayat tersebut dengan prinsip dangkal yang mereka miliki.Manakala petikan (3) pula ialah "Namun hakikat sosial menunjukkan bahawa cara berpakaian tidaklah mampu melindungi kaum wanita dari keganasannafsu lelaki."Sekiranya pandangan ini bersandarkan hukum logic semata-mata, apalah gila dan mabuknya mematuhi peraturan jalan raya seperti penunggang motosikal perlu memasang lampu pada siang hari sedangkan terbukti kemalangan motosikal semakin lama semakin meningkat malah bertambah buruk dan Malaysiaadalah salah satu negara yang terburuk kadar kemalangannya.Fakta meningkat keganasan, kemalangan bukanlah menjadi satu alasan (escapism) untuk mengabaikan peraturan atau tidak perlu kepada peraturantersebut.Harus diingat bahawa hukum pakaian Islam bagi wanita Islam, bukan merupakan satu arahan dari mimpi kaum lelaki yang apabila terjaga keesokan hari lantas memerintahkan kaum wanita berpakaian comel agar boleh membendung nafsu lelaki.Hukum ini adalah perintah dan arahan Allah SWT kepada semua umat Islam baik lelaki mahupun wanita dan dipandu serta ditegas pula oleh hadis Rasulullah s.a.w.Terpulanglah kepada Zainah Anwar, Nori Abdullah dan Marina Mahathir untuk mengabaikan perintah Tuhan kerana percaya kepada kebebasan hak (sedangkan hak individu pun adalah kepunyaan Allah).
Cuma untuk episod-episod yang mendatang, janganlah mengheret khalayak pembaca dengan buah fikiran yang berpusing-pusing tak berkesudahan.Teringat seorang tua berkata: "Punca anak kecil merengek dan menangis kerana lapar, dahaga dan sakit. Selain itu hanya sekadar inginkan perhatian dan jangan dilayan sangat, nanti bertambah mengada-ngadanya."Saya pulangkan semula kepada sesiapa untuk mencantas hujah.Yang terbaik datang daripada yang Maha Esa manakala yang buruk, silap dan lemah datang daripada saya sendiri.

Petikan dari seorang sahabat..

"Manusia yang hidup untuk dirinya sendiri..usianya amatlah pendek..bermula dari hari kelahirannya dan tamat ketika maut..akan tetapi..bagi mereka yang hidup untuk PERJUANGAN..usianya panjang..sepanjang perjuangan itu..bermula dari hari diciptakan ADAM..berakhirnya ketika Dia memusnahkan alam."

salam perjuangan buat semua sahabat-sahabat...
moga dengan adanya blog ni kita dapat sama-sama berkongsi ilmu...
salam ukhwah fillah..

الوقت كالسيف

MUJAHIDAH ISLAM

My photo
Tiada terjangkau kudrat diri untuk menjadi sekojar al-kauthar milik Rasulullah..hanya sekadar setitis mata air..sejernih salsabila buat penebus dahaga sang musafir di padang pasir..
DA'IE IBARAT TIRAM DILAUT..DIHIRIS PEPASIR TERCALARLAH IA..SUNGGUHPUN TERLUKA..TETAP TERPENDAM..SUNGGUHPUN PEDIH..TETAPI DISIMPAN..NAMUN AKHIRNYA DIBALAS MUTIARA..

Total Pageviews

UKHWAH FILLAH

MUSLIMAH PEMBANGUN UMMAH

MUSLIMAH PEMBANGUN UMMAH





Powered by Blogger.

Followers