MUSLIMAH PEMBANGUN UMMAH

DIMANA BUMI DI PIJAK...DI SITU ISLAM DI JUNJUNG...

Bulan Rejab merupakan salah satu bulan dari 12 bulan-bulan Islam. Bulan Rejab mengandungi peristiwa-peristiwa bersejarah kepada orang Islam dimana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa dari tangan tentera Salib dan juga ada orang Islam yang berpendapat bahawa bulan inilah berlakunya peristiwa Isra' dan mi'raj Nabi Muhammad saw. Tidak kurang juga ramai yang melihat bulan Rejab ini sebagai satu bulan spiritual dimana mereka mempertingkatkan ibadat sunat khususnya ibadat puasa.


Tarikan dan seruan yg ditiup kedalam jiwa umat Islam Nusantara terutamanya untuk melakukan ibadat kebanyakkannya dipengaruhi oleh penyebaran beberapa hadis-hadis yg mengandungi Fadilat-Fadilat beribadat didalam bulan ini. Jelas terlihat dari segi jualan buku-buku kecil yg mengandungi fadilat-fadilat bulan Islam begitu laris dipasaran menjelang bulan Rejab. Begitu juga dizaman era Internet ini (ICT), e-mail yg di forwardkan mengandungi 'cut & paste' dari fadilat-fadilat Rejab yg terkandung didalamnya.

Rata-rata tarikan (fadilat-fadilat) inilah merupakan faktor penarik kepada kebiasaan orang awam untuk melakukan ibadat sunat. Injeksi faktor ini dapat kita lihat dengan jelas penerapannya didalam budaya Melayu-Islam seperti rangkap-rangkap sya'ir dibawah ini:


Rejab bulan menabur benih

Sya'ban bulan menyiram tanaman

Ramadan bulan menuai


Rejab menyuci badannya

Sya'ban menyucikan hati

Ramadan menyucikan rohnya


Rejab bulan marghfirah

Sya'ban bulan syafaat

Ramadan bulan menggandakan kebajikan


Rejab bulan taubat

Sya'ban bulan muhibbah

Ramadan dilimpahi pahala amalan seperti hujan mencurah banyaknya


Rejab digandakan 70 pahala

Sya'ban diganda 700 pahala

Ramadan diganda 1000 pahala


Mungkin timbul beberapa persoalan yg tersimpan didalam lubuk hati kita: -mengapa bulan Rejab sahaja yg dipilih mempunyai kelebihannya?

Pernah atau tidak kita terfikir yg mungkin berita-berita ini ditokok tambah oleh manusia biasa yg bercakap atas nama Nabi saw?


Mengapa didalam bulan ini terdapat solat-solat khas, zikir-zikir khas dan juga waktu-waktu khas untuk melakukan peribadatan? Disini kita ingin membawa beberapa penjelasan dari ulama'-ulama' muktabar dan kontemporari mengenai kesahihan fadilat yg terdapat didalam bulan itu sendiri, dan apakah sebenarnya fadilat yg terkandung didalam Rejab.


Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan 'Haram' didalam Islam. Dalilnya terdapat didalam Firmah Allah swt didalam Surah Al-Taubah ayat 9:


"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua

belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia

menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati.

Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka

janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati

itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik

seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan

ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa."


Menurut Tafsir Jalalain, yg dimaksudkan dengan "diantaranya empat bulan yg di hormati" ialah:

"Empat bulan Haram - Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab"


Allah swt telah mengurniakan kepada manusia 4 bulan haram. Bulan-bulan ini sebagaimana yg disepakati oleh semua ulama' ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Umat Islam adalah diharamkan pergi berperang didalam bulan-bulan ini, kecualilah jika mereka diugut. Didalam bulan ini terdapatnya ibadat Haji dijalankan (Zulhijjah), dimana pada hari Arafah disunatkan bagi mereka yg tidak menunaikan haji melakukan ibadat puasa. Rasulullah saw juga menggalakan umat Islam melakukan puasa sunat pada hari Asyura' (10 hb Muharam).

Apakah terdapatnya kesahihan fadilat khas berpuasa didalam bulan Rejab?

Disini dinyatakan pandangan para ulama' mengenai kesahihan fadilat Rejab.


1. Sheikh Atiyah Al-Saqr.


a. Kebanyakkan fadilat Rejab terkandung didalam Hadis yg sangat Lemah dan Palsu.


Bekas Ketua Lajnah Fatwa Al-Azhar mengatakan bahawa setiap fadilat sesuatu perkara itu harus dilihat dari segi nas yg sahih dan beliau melihat bahawa hadis-hadis yg didatangkan mengenai fadilat didalam bulan Rejab kebanyakkannya adalah lemah dan palsu, katanya:

"Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberi fadilat kepada beberapa bulan dan

tempat, tetapi tidak thabit untuk masa (zaman) dan untuk tempat

melainkan dengan dalil yg qath'i (nyata) dan tidak thabit sehingga

tidak mendusta keatas Nabi Muhammad saw, dan banyak hadis-hadis

timbul mengenai fadilat bulan Rejab, dimana statusnya antara Dha'if

dan Maudhu', dan tidak thabit dari pembawanya (naqal)."

Menurut Al-Saqr lagi bahawa:


"Al-Hafiz Ahmad bin Ali bin Mohammad bin Hajar Asqalaani meletakkan

didalam risalahnya dengan topiknya : Penjelasan yg datang didalam

Fadilat Rejab, pengumpulan jumhur Hadis menyebut mengenai Fadilat-

Fadilat Rejab, Puasa dan Solat didalamnya. Ia dikelaskan sebagai

Lemah dan Maudhu"


b. Fadilat Rejab berada bersama dengan Fadilat bulan-bulan haram yg lain.


Fadilat Rejab secara umumnya berada didalam Fadilat bulan-bulan Haram

sebagaimana Firman Allah didalam surah Taubah:36 dan terdapat juga

Hadis Sahih mengenai Hijatul Wada', didalamnya dinyatakan nama

bulan bulan tersebut, iaitu : Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram, dan

yg tunggal ialah Rejab. Dimasa itu orang Islam ditegah melakukan

kezaliman, peperangan dan juga dilarang melakukan maksiat kepada Allah swt.


c. Berpuasa hari pertama atau yg lain sama sahaja fadilatnya.


Berkata Al-Saqr lagi bahawa:

"Amalan Soleh didalam bulan Rejab adalah sebagaimana ganjarannya

didalam bulan-bulan Haram, yg didalamnya terdapat puasa, SAMA sahaja

[berpuasa] hari pertama atau pun hari akhir. Berkata Ibnu

Hajar : 'Sesungguhnya bagi bulan Rejab tidak terdapatnya hadis

mengenai fadilat khas berpuasa, tidak terdapat yg Sahih atau

Hasan'. "


Beliau memetik beberapa hadis da'if dan palsu, diantaranya ialah:

i. "Sesungguhnya didalam syurga ada sebuah sungai yg dipanggil Rejab,

warna airnya sangat putih dari susu, manisnya lebih manis dari madu,

barangsiapa yg berpuasa sati hari dari bulan Rejab, maka Allah akan

memberi ia minum dari sungai itu" - hadis ini Dha'if.


ii. "Barangsiapa berpuasa sehari didalam bulan Rejab seolah-olah dia

berpuasa satu bulan, dan siapa yg berpuasa didalamnya 7 hari maka

akan ditutup 7 pintu-pintu neraka, dan barangsiapa yg berpuasa 8

hari maka 8 pintu-pintu syurga akan terbuka, dan barangsiapa yg berpuasa

10 hari, maka akan digantikan dosa dengan kebaikan" - hadis ini

Dha;if.


iii. Terdapat sebuah hadis yg panjang mengandungi fadilat berpuasa

rejab menurut hari, dan didalamnya terkandung matan :

:"Rejab bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku" -

Hadis ini palsu.


d. Tidak ada solat khas didalam Rejab.


Daripada Hadis yg tidak diterima (ghair maqbulah) mengenai solat :

"Barangsiapa yg solat Maghrib di awal malam dari bulan Rejab, kemudian

diikuti oleh solat 20 rakaat selepasnya, dia membaca pada setiap

rakaat Al-Fatihah dan Qulhu Allahu Ahad sekali dan dia memberi salam

kepadanya 10 kali salam, Allah akan menjaga dirinya, keluarganya,

hartanya dan anaknya, dan akan diselamatkan dari azab kubur, dan

perjalanan di sirat bagaikan buraq, tanpa hisab dan azab." - Itu

adalah hadis Maudhu'


e. Menziarah kubur pada bulan Rejab tiada nasnya:


Mengenai fadilat menziarah kubur pada bulan Rejab, Sheikh Atiyah Al-

Saqr mengatakan bahawa perbuatan ini tidak ada dalilnya didalam

Islam. Beliau menyarankan agar lebih elok melihat mengenai sejarah-

sejarah yg berlaku dibulan Rejab dan mengambil tauladan daripadanya.


"Ini adalah manusia yg prihatin, dan wanita dari kumpulan tertentu,

mereka menziarahi kubur pada hari Jumaat pertama didalam bulan

Rejab, tidaklah ada asalnya didalam agama, dan ganjaran yg besar daripada

ziarah tersebut, dan bukanlah hari ini. Adalah lebih aula didalam

bulan Rejab ini kita mengingati kembali sejarah yg berlaku kepadanya

seperti penaklukan Tabuk, mengingati Salahuddin Al-Ayyubi

menyelamatkan Jerusalem (Al-Qudus) dari tangan tentera Salib (Rejab 583H, 1187M).

Orang Arab dan Islam menyucikan Masjid Al-Aqsa dari Ketua Pasukan

Pakatan. Kita mengingatkan kembali peristiwa Isra' dan Mi'raj iaitu

pengajaran darinya, dimana orang Islam menganggapnya berlaku didalam

bulan Rejab. Allah yg Maha Mengetahui."


2] Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi


a. Fadilat Rejab sama dengan fadilat bulan-bulan haram yg lain

Dr. Yusuf Al-Qardhawi mengatakan bahawa fadilat Rejab adalah sama

seperti yg terdapat didalam 3 bulan-bulan Haram yg lain. Katanya:


"tidaklah ada kesahihan didalam bulan Rejab, melainkan ia merupakan

salah satu dari bulan-bulan haram, bahawa Allah swt telah menyebut

didalam kitabnya - didalamnya ada 4 bulan haram - Al-Taubah:36.

Iaitu Rejab, Zulqaedah, Zulhijah dan Muharram....Itulah bulan-bulan yg

mempunyai fadilat. Tidak terdapat Hadis Sahih bahawa Rejab khusus

mengatakan Rejab lebih afdal, melainkan Hadis Hasan: Sesungguhnya

Nabi saw banyak berpuasa didalam Sya'ban.."


b. Hadis-Hadis mengenai fadilat Rejab kebanyakkannya lemah dan palsu.


Beliau juga menyatakan bahawa hadis-hadis mengenai fadilat-fadilat

khas Rejab kebanyakkan merupakan Hadis Palsu atau pun yg sangat Lemah tarafnya:


"Hadis ini dimaklumkan sebagai sebuah hadis yg mengandungi fadilat

Rejab - "Rejab bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan

umatku"..... Hadis ini mungkar dan sangat-sangat Dhaif, bahkan

beberapa ulama' mengatakan hadis ini Palsu! .... yakni penipu..Maka

bukanlah kepadanya nilai saintifik dan bukanlah mempunyai nilai

agama. Disitu ada hadis yg mengatakan terdapat Fadilat Rejab kepada

sesiapa yg bersolat begini dan ia mendapat begini, dan sesiapa yg

meminta beristigfar sekali kepadanya maka ia akan mendapat ganjaran

begini.... Ini semua adalah berlebih-lebihan, dan

semuanya adalah pembohongan. Dari ini satu tanda satu penipuan

didalam Hadis yg memasukkan perkara yg berlebih-lebihan...."


c. Ganjaran yg dijanjikan tidak sepadan dengan amalannya.


Pada beliau ganjaran-ganjaran yg dinyatakan didalam Hadis Palsu itu

adalah sesuatu yg berlebih-lebihan. Ini merupakan satu pendustaan yg

amat besar. Menurut beliau ganjaran sesuatu ibadat itu mestilah

setimpal dengan bentuk ibadat itu sendiri. Katanya :


"Berkata ulama' : Janji untuk mendapatkan ganjaran yg besar diatas

perkara yg biasa, atau ugutan kepada azab yg pedih keatas dosa kecil?

Ia menunjukkan bahawa ini merupakan Hadis yg bohong."


d. Umat Islam perlu mengetahui jenis-jenis hadis yg Palsu


Dr Yusuf Qardhawi menyatakan bahawa sebagai seorang Islam kita wajib

mengetahui mengenai hadis yg diberikan kepada kita. Tidak ada alasan

yg boleh kita berikan kerana terdapatnya buku-buku yg banyak

dipasaran mengenai taraf sesuatu hadis. Kata beliau :


"Ulama' telah memberi amaran contohnya keatas Hadis Palsu dan Bohong

ini, dan melarang manusia terhadapnya...sesungguhnya telah datang

hadis :"Barangsiapa mereka-reka Hadis difikirkan, sesungguhnya ia

menipu, maka dia adalah pembohong....."(Riwayat Muslim didalam

muqadimahnya yg Sahih),

tetapi mereka tidak mengetahui bahawa ia adalah Hadis Palsu, maka ia

wajib mengetahui, mengetahui hadis itu dari sumbernya .... maka

disana ada Kitab Hadis yg Muktamad, di sana ada kitab khas untuk

mengetahui Hadis Palsu, contoh Al-Maqasid Al-Hasanah, karangan Al-Shakhaawi dsb ..."


3. Ibnu Hajar Al-Asqalani


Ibnu Hajar mengatakan adalah menjadi satu kesalahan menetapkan sesuatu

hari atau bulan itu khas untuk melakukan amalan. Kenyataan ini dapat

di lihat didalam fatwa Shiekh Al-Saqr mengenai fadilat Rejab

dengan memetik kata-kata Ibnu Hajar:


"Ibnu Hajar didalam makalahnya ada menyebut berkenaan dengan terdapat hadis-hadis yg melarang berpuasa Rejab sepenuhnya, maka beliau berkata :

Larangan ini terpulanglah kepada sesiapa yg berpuasa memuliakan Jahiliyyah, sebagaimana jika dia berpuasa dengan qasad(niat) yg bukan menjadikan penekanan atau mengkhususkan mengenai hari-hari yg dia berpuasa, atau pada malan tertentu dia berqiamullail, maka beliau percaya yg dilakukan itu adalah sunnah, maka ini adalah pekerjaan yg baik atas apa yg diletakkan dan tidak mengapa baginya. Maka jika ianya di khaskan atau menjadi suatu ketetapan, maka ia adalah DITEGAH (Mahzhur), dan makna penegahan itu dialam hadis Nabi saw bersabda :"Jangan mengkhaskan hari Jumaat untuk berpuasa dan jangan [mengkhaskan] malamnya berqiamullail". - riwayat Muslim. Jika mempercayai puasanya atau puasa ini ebih baik dari puasa lainya yg didalamnya terkandung


  1. Sesungguhnya jika orang Islam mengkhaskan puasa di setiap hari kemuliaan awam secara tahunan.
  2. Menjadikan ia seperti kefarduan ramadhan, atau menjadikan ia sunat sebagai sunat yg kekal.
  3. Kerana puasa ini mempunyai fadilat khas dan puasa-puasa yg lainnya kalau dengan itu apa yg dijelaskan oleh Rasulullah saw, : berkata Ibnu Dihya : "Puasa adalah amalan kebajikan"., Tidak terdapat fadilat berpuasa didalam Rejab maka perkara itu ditegah darinya. Tamat apa yg dinaqalkan oleh Ibnu Hajar."


4. Dr. Sayid Saabiq


Menurut seorang tokoh Ikhwan Dr Sayid Saabiq didalam membicarakan bab

puasa sunat, mengatakan bahawa :

"Puasa Rejab, bukanlah ada padanya fadilat yg berlebih dari bulan-

bulan lain, melainkan sesungguhnya ia dari bulan-bulan yg haram".

Ini bermaksud bahawa bulan-bulan haram ini mempunyai fadilat-fadilat

yg sama. Pendapat juga di sokong oleh mazhab Hanbali yg mengatakan

menetapkan bulan Rejab sahaja untuk berpuasa sunat adalah makruh.

Hadis-hadis fadilat Rejab yg palsu atau dhaif

Dibawah ini disenaraikan beberapa contoh hadis-hadis palsu berkenaan

dengan fadilat Rejab:


a. Barang siapa yg mengerjakan solat Maghrib pada permulaan malam Rejab kemudian dia mengerjakan 20 rakaat dengan membaca surah Al-Fatihah dan Qul Hu Allahhu Ahad pada tiap-tiap rakaat satu kali dan dia memberi salam pada solat ini dengan 10 salam, maka tahukah kamu apa ganjaranya? -Hadis ini Maudhu' (palsu)

*Diriwayatkan oleh Al-Jauzaqanniy dari Anas, kemudian beliau berkata hadis ini adalah Palsu.


b. Barang siapa yg melakukan solat pada malam Nisfi Rejab 14 rakaat dengan membaca Alhamdu 1 kali pada rakaat, Qul Hu Allahhu Ahad 20 kali, Qul A'uuzu Birabbil Falaq 3 kali, Qul A'uuzu Birabbin Nas 3 kali kemudian apabila dia selesai bersolat hendaklah ia berselawat keatas ku 10 kali kemudian dia bertasbih, bertahmid dan bertahlil 30 kali, maka Allah akan mengutuskan kepadanya 1000 malaikat.

-Hadis ini Mawdhu' (palsu) *Dalam sanadnya terdapat beberapi Rawi yang majhul.


c. Barang siapa yg berpuasa sehari pada bulan Rejab (ganjarannya) sama dengan puasa sebulan.


-Hadis sangat Dhaif.

*Diriwayatkan oleh Al-Khathiib dari Abi Dzar.

*Dalam sanadnya ada rawi yg bernama: Al-Furaat bin As-Saaib, dia adalah seorang rawi yg Matruk.

*Ibnu Hajar Al-Asqalaaniy telah menjelaskan bahawa para ahli hadis telah sepakat, bahawa hadis ini diriwayatkan dari jalan Al-Furaat bin As-Saaib, sedangkan rawi ini adalah seorang yg Dhaif.

d. Barang siapa yg berpuasa 3 hari pada bulan Rejab, dituliskan baginya ganjaran puasa satu bulan dan barang siapa yg berpuasa 7 hari pada bulan Rejab maka Allah tutupkan daripadanya 7 pintu-pintu api neraka. Dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari pada bulan Rejab maka Allah membuka baginya 8 buah pintu dari pintu-pintu syurga, dan barang siapa yg berpuasa separuh dari bulan Rejab maka dia akan di hisab dengan hisab yg mudah.


-Hadis ini Maudhu' (palsu)

*Tidak disahkan hadis ini kerana rawi yg bernama Abaan merupakan rawi yg Matruk.

*Selain dari itu ada rawi yg bernama Amar bin Al-Azhar yg sangat suka memalsukan hadis.


e. Barang siapa yg berpuasa satu hari pada bulan Rejab dan bangun pada malam harinya mengerjakan solat malam maka Allah akan membangkitkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan aman, dan dia berjalan di atas sirat dalam keadaan Tahlil dan Takbir.

-Hadis ini Maudhu' (palsu)

*Dalam sanadnya ada rawi yg bernama Ismaail, dia adalah seorang rawi yg suka berdusta.


f. Barang siapa yg menghidupkan satu malam dari bulan Rejab mengerjakan solat malam dan berpuasa padanya satu hari, maka Allah memberi makan kepadanya dari buah-buahan Syurga.

-Hadis ini Mawdhu' (palsu) *Dalam Kitab Al-Laaly dijelaskan bahawa hadis ini diriwayatkan oleh Hussain bin Ali. Kemudian diterangkan bahawa hadis ini Maudhu'.

Bagaimana beramal didalam bulan ini?


a. Shiekh Mahmud Al-Sya'rawi didalam menjawab satu pertanyaan mengenai apakan bulan dari bulan-bulan 'am yg afdal manusia berpuasa selepas bulan Ramadan, beliau memetik hadis berikut diriwayatkan oleh Musnad Ahmad :


"Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah saw, katanya : Bulan mana kamu perintahkanku berpuasa selepas Ramadan? Maka Rasulullah saw berkata : Jika aku berpuasa selepas Ramadan, maka berpuasalah dibulan Haram, maka sesungguhnya didalamnya dari Taubat Allah swt keatas satu kaum, dan terdapat taubat didalamnya untuk satu kaum yg lain"

Jelas disini menunjukkan bulan-bulan haram ini disunatkan berpuasa dan juga terdapatnya keampunan Allah swt didalam bulan-bulan ini.


b. Bekas Mufti besar Arab Saudi, Shiekh Abdul Aziz Bin Baaz apabila ditanya berpuasa pada bulan-bulan haram, Beliau menjawab:

"Bulan Muharam dari segi syara' dibolehkan berpuasa dengannya dan begitu juga Sya'ban, disana terdapatnya 10 Zulhijjah, bukanlah ada dalil disah keatasnya, akan tetapi berpuasa dengannya TANPA ber'itiqad yg khusus (khas) atau pribadi, maka tidaklah menjadi masalah."

Bagi bulan Allah Al-Haram tersebut, Rasulullah saw pernah bersabda : ((Seafdal-afdal berpuasa selepas ramadhan ialah dibulan Allah Al-Haram)). Maka adalah baik bagi berpuasa, atau berpuasalah pada 9, 10 dan 11, itulah yg baik, begitu juga dengan Sya'ban dimana Nabi saw berpuasa dengannya"


c. Seorang Ulama' Islam dari negara Syria yg terkenal pada masa kini, Dr Wahbah Zuhaily mengatakan bahawa, kebanyakkan imam empat mazhab (Syafiie,Hambali, Maliki dan Hanafi) bersetuju mengenai terdapatnya amalan berpuasa sunat didalam bulan-bulan haram ini, cuma ia berbeza pendapat mengenai cara implementasinya. kata Dr Wahbah Zuhaily :

"Keutamaan berpuasa pada bulan-bulan ini terdapat disisi Mazhab Maliki dan Syafiie, dan mazhab Hambali berpuas hati dengan keputusan sendirinya memberi keutamaan berpuasa dibulan Haram, pada mereka itulah puasa yg afdal selepas Ramadhan, telah bersabda Rasulullah saw : ((Seafdal solat ialah pertengahan malam, dan seafdal puasa selepas bulan Ramadhan ialah di bulan Allah Al-Haram)). Seafdal puasa dibulan haram ialah Hari Al-Asyura', sebagaimana diantaranya. Dan berkata mazhab Hanafiah : Sunat berpuasa didalam bulan-bulan Haram, iaitu berpuasa 3 hari dari semuanya iaitu :- Hari Khamis, Jumaat dan Sabtu."


d. Shiekh Abdul Rahman Al-Jaziry didalam buku Kitab Fikh Empat Mazhab juga memetik persetujuan 4 mazhab ini mengenai puasa dibulan- bulan haram,kata nya:

"Mengenai sunat berpuasa dibulan Rejab dan Sya'ban, Imam-imam ini telah bersetuju dengannya, cuma terdapat khilaf dengan hanbali.........

Hambali : Menetapkan puasa Rejab (secara tunggal) adalah makruh,

melainkan jika ia berbuka (tidak berpuasa) secara selang-seli, maka

tidaklah Makruh."


e. Panelist fatwa IslamOnline, Shiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, ketika diminta memberi fatwa mengenai apakah berpuasa didalam bulan Rejab itu sunat atau bid'ah, beliau telah menjawab :

"Berpuasa didalam bulan rejab adalah maqbul dan mustahab, keatas semua

perkara. Tetapi bukanlah datang dari Rasulullah saw bahawa beliau

berpuasa satu bulan penuh, melainkan bulan Ramadhan. Beliau banyak

berpuasa didalam bulan Sya'ban, tetapi tidak berpuasa sepenuhnya,

dan itulah sunnah nabawiyyah ... Beliau berpuasa dan berbuka disetiap

bulan, seperti riwayat mengatakan : ((Beliau berpuasa sehingga kami

mengatakan beliau tidak berbuka, Beliau berbuka sehingga kami mengatakan beliau tidak

berpuasa)) (Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud).


Maka beberapa golongan manusia berpuasa seluruh bulan Rejab, sebagaimana yg kita lihat sebelum ini, Aku telah lihat beberapa orang berpuasa bulan Rejab, Sya'ban,

Ramadhan dan 6 hari didalam bulan Syawal, dan menamakannya "Al-Ayyam

Al-Baidh", selepas berbuka, mereka akan menjadi perayaan pada hari

yg ke 8 dari Syawal....Hasil dari puasa ini ialah 3 bulan

Beliau tegas mengatakan bahawasanya disunatkan berpuasa pada bulan-

bulan haram, tetapi tidak lah sepenuh bulan Rejab dan Sya'ban,

kerana ini tidak dilakukan oleh Rasulullah saw, atau sahabat-sahabatnya

ataupun para ulama' Salaf.


Puasa-Puasa sunat yg lain


Syeikh Muhammad Mutawali Al-Sya'rawi didalam fatwanya menjawab

persoalan mengenai puasa-puasa sunat, beliau telah menyenaraikan 8

jenis puasa yg beliau sifat sebagai :"Puasa yg orang Islam lakukan

bagi mendekatkan diri kepada Allah"


Puasa-puasa sunat (suka rela):

  1. Hari Arafah (9 Zulhijjah kepada mereka yg tidak menunaikan Haji.
  2. Hari Asyura', disitu ada hari 9 atau mana-mana hari 9 atau 10 Muharam.
  3. 6 hari didalam bulan Syawal.
  4. Hari-hari Putih didalam bulan-bulan Arab (islam) iaitu :- hari ke 13,14 dan 15.
  5. Berpuasa pada hari Isnin dan Khamis didalam setiap minggu.
  6. Berpuasa didalam bulan-bulan haram iaitu :- Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.
  7. Berpuasa mana-mana dari 9 hari dari bulan Zulhijjah, dari 1 hingga 9 Zulhijjah.
  8. Berpuasa penuh didalam Sya'ban atau dengan banyaknya. "

Para Fuqaha' berpendapat jika seseorang itu ingin melakukan puasa sunat, tetapi dia masih mempunyai baki puasa wajib, hendaklah ia mengqada'kannya. Bahkan jika ia mempunyai kifarat dan nazar, maka hendaklah dia melakukannya puasa itu dahulu.


Kesimpulan :

1. Hadis-Hadis Bulan-Bulan Rejab kebanyakkannya adalah Maudhu' (Palsu). Pendustaan terhadap Rasulullah saw. (Al-Saqr, Al Qardhawi)

2. Kita dilarang memilih-milih hari atau malam yg tertentu sahaja untuk melakukan ibadat khusus. (Hadis Nabi saw)

3. Tidak ada fadilat KHAS yg ditujukan pada bulan Rejab, yg ada Cuma fadilat umum kepada ke empat-empat bulan haram. (Al-Saqr, Al-Qardhawi)

4. Tidak ada solat dan zikir khas untuk bulan Rejab (Al-Saqr, Al-Qaradhawi).

5. Bulan Rejab seperti bulan-bulan Haram yg lain disunatkan melakukan Puasa sunat dan banyakkan bertaubat. (Imam Al-Sya'rawi)

6. Keadah berpuasa di dalam bulan-bulan haram ialah:

- Hari yg ke 9, 10, 11 di dalam bulan Muharam (Syeikh Abdul Aziz bin Bazz)

- Berpuasa hari Khamis, Jumaat, Sabtu (Hanafiah - Al-Zuhaily)

- Berpuasa pada bulan Rejab tidak sepenuhnya dan Sya'ban tidak sepenuh bulan (Al-Qardhawi)

- Berpuasa pada hari Assyura' (10 Muharam) dan Hari Arafah (9 Zulhijjah).

7. Rejab tidak mempunyai kelebihan dari bulan-bulan yg lain, kecuali kelebihan sebagai bulan-bulan Haram. (Syed Sabiq)

8. Tidak boleh HANYA berpuasa dibulan Rejab sahaja, dimana 3 bulan-bulan yg Haram yg lain tidak langsung diberi keutamaan melakukan puasa (MazhabHanbali- Al-Jaziry)

9. Tidak ada dalil yg mengatakan bahawa menziarah kubur didalam bulan Rejab mempunyai kelebihannya.

10. AWASI lah dari terlibat menyebarkan HADIS-HADIS PALSU, kerana ditakuti kita adalah sebahagian dari mereka yg MENDUSTAKAN Rasulullah saw. (Na'uzubillahhu min zalik).

Dalam mempertingkat amalan-amalan kita kepada Allah swt, seringkali disajikan dengan pelbagai-bagai amalan yg kelihatan banyak fadilatnya. Malah ada juga kedapatan beberapa fadilat-fadilat yg sangat rapuh dalilnya, bahkan ia menjadi pegangan sebahagian umat Islam pada hari ini. Bagi persoalan-persoalan seperti fadilat Rejab atau bulan-bulan yg lain, kita mesti kembali kepada 'role model' atau contoh kita, iaitu Rasulullah saw sebagaimana firman Allah swt di dalam surah Al-Ahzab ayat 21:


"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" [Al-Ahzab - 21].


Akhir kata, Selamat menyambut kedatangan bulan-bulan Haram sebagaimana yg telah diajarkan oleh Rasulullah saw.

PRESIDEN PAS
-YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

TIMBALAN PRESIDEN
-YB Ustaz Nasharudin Mat Isa

NAIB-NAIB PRESIDEN
1)-Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
2)-YB Salahuddin Ayub
3)-YB Dato' Haji Mahfuz Omar

KETUA DEWAN ULAMA'
-YB Dato' Ustaz Haji Harun Taib

KETUA DEWAN PEMUDA
-Ustaz Nasrudin Hassan

TIMBALAN KETUA DEWAN PEMUDA
-Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani

NAIB KETUA DEWAN PEMUDA
-Sdr Ahmad Sabki Yusof

KETUA DEWAN MUSLIMAT
-Ustazah Nuridah Mohd Salleh

TIMBALAN KETUA DEWAN MUSLIMAT
-YB Hajjah Siti Zailah Mohd Yusof

NAIB KETUA DEWAN MUSLIMAT
-YB Senator Mumtaz Md Nawi


ketika orang ramai sibuk menuju ke muktamar PAS yg ke 55(4-6hb).ana pula sibuk bersiap jalan-jalan ke Indoneia(4-8hb)..sedih tak dapat ke muktamar..tapi nak buat macam mana..tarikh bertembung..lagipun semua dah lengkap..tunggu pergi jer..sekadar kongsian bersama selama beberapa hari disana..macam-macam ragam manusia ada disana..dan banyak pengajaran buat diri sendiri..

Nilai mata wang disana lebih rendah dari kita..bila sebut memang banyak..tp nilainya kecil jer..contohnya 2000 rupiah=rm0.72 sen..30000 rupiah=rm10.74..1000000 rupiah=rm358..duk indon ni kaya kita..ditangan berjuta2..di bawah ni antara contoh duit indon..50000 rupiah=rm17.80..
Antara tempat jualan yang murah dijakarta adalah Tanah Abang..sini macam2 ada..harga pun murah..tapi di Bandung lagi murah iaitu di Pasar Baru,kain sembahyang yg biasanya berharga rm100 lbh disini dlm rm50..jubah2 pun murah..Ana ke jakarta dan Bandung jer..mungkin ada tempat2 lain yg lebih murah..

Disini..kebanyakan rakyatnya hidup susah..macam-macam ragam manusia nak cari rezeki..ada yg
menjual dijalanan,ada yg menyanyi..yg minta sedekah pun ramai..kanak-kanak pulak tu..masa depan mereka entah macam mana..kita cukup bersyukur mempunyai kehidupan yang sempurna sekarang ni..Alhamdulillah..yg menyentuh ana..ada budak-budak kecil perempuan yg membawa payung tanpa memakai selipar..mencari mana2 yg memerlukan payung ketika hujan..mereka rela berhujan..dengan meminjamkan payung tersebut mereka akan dapat wang..tiada had..seikhlas hati berapa sahaja orang berikan,mereka ambil..

Rumah-rumah di
sana cukup padat..yealah rakyat di indon lebih kurang dalam 120 juta..berganda2 berbanding Malaysia..jalan raya tak lengang dari kenderaan..tapi,apa yang baiknya rakyat indon ni..mereka cukup sabar di jalan raya..jauh bandingannya dari kita ketika bawa kenderaan..kereta dan motor berhimpit dalam satu jalan yang sama,mereka bawa kereta cukup cermat..rempit2 ni memang tak ade la... (ni antara kawasan perumahan disana)

Semasa di Jakarta,antara tempat yang dilawati adalah
Taman Mini..disini macam2 jenis rumah ada(bentuk rumah mengikut kawasan masing2)..antaranya rumah Jawa seperti di bawah ni..


Di bandung,kebanyakan rakyatnya petani..ada yang tanam teh,padi,jagung..dan macam2 lagi lah..padi di Bandung adalah padi gred terbaik di indon,harganya juga lebih mahal..makanan di bandung agak manis berbanding di jakarta..semua manis..selera ana agak kurang disini. (sawah padi..yg belakang tu jalan keretapi,angkut semua hasil pertanian) (ladang teh)

Di bandung antara tempat yang harus dilawati adalah dikawasan gunung berapi..kawasannya agak jauh dari bandar bandung..agak pedalaman dalam hutan..atas bukit..nak ke masuk kawasan ni dikenakan bayaran 50000 rupiah..mahal jugak tu..
Balik dari kawasan gunung berapa ni..ana demam..risau jugak..sekarang ni wabak H1 N1 ni tengah berleluasa..takut jgk...2 hari demam di bandung..balik ke rumah..terus pergi klinik check..alhamdulillah..demam biasa..

Pengalaman suka duka di indon..banyak pengajaran dan ilmu yang dapat..kenal negara orang dan lihat pelbagai ragam,kesusahan..keperitan umat seagama...yang jarang dapat lihat di negara sendiri...









الوقت كالسيف

MUJAHIDAH ISLAM

My photo
Tiada terjangkau kudrat diri untuk menjadi sekojar al-kauthar milik Rasulullah..hanya sekadar setitis mata air..sejernih salsabila buat penebus dahaga sang musafir di padang pasir..
DA'IE IBARAT TIRAM DILAUT..DIHIRIS PEPASIR TERCALARLAH IA..SUNGGUHPUN TERLUKA..TETAP TERPENDAM..SUNGGUHPUN PEDIH..TETAPI DISIMPAN..NAMUN AKHIRNYA DIBALAS MUTIARA..

Total Pageviews

UKHWAH FILLAH

MUSLIMAH PEMBANGUN UMMAH

MUSLIMAH PEMBANGUN UMMAH





Powered by Blogger.

Followers