ANDA PARA DAEI ! APA WARNA DIRI ANDA?

"Saya tak reti la nak `masuk' dengan budak kelas saya,diorang ni
payah skit nak dakwahkan, ade ke patut kata saya ni mat skema".Rungut
seorang daei di sebuah kampus.

"Pening saya,ade ke saya di katakan emosional,pada hal saya rasa saya
ok je, entahlah sahabat2 saya ni,tak paham betul!" Bentak pendakwah
muda di satu institusi tinggi.

Begitulah serba sedikit rencah dalam dairi seorang pendakwah,rungutan
mula muncul apabila berdepan dengan kerencaman sikap manusia yang
terkadang kala menaikkan kemarahan.Namun, bagi pendakwah itulah bayaran
yang perlu dibayar apabila terjun dalam medan pengislahan umat kini.
Manusia rencam dan complicated …

Secara umumnya, manusia boleh dibahagikan mengikut warna diri yang
berbeza. Pelajaran yang saya kutip dalam pengajian ilmu Color
Vibration Therapy (CVT) membahagikan warna diri kepada empat bahagian
utama iaitu Putih ,Merah Jambu ,Hijau dan Biru. Setiap manusia secara
azalinya telah ditetapkan oleh Allah SWT dengan warna dirinya yang
tersendiri dan ekslusif.Dan warna tersebut diterjemahkan dengan sifat
semulajadi individu tersebut.

Warna putih melambangkan Spiritual atau sifat kerohanian, manakala
merah jambu (pink) melambangkan Emotional. Hijau pula melambangkan
mental dan biru melambangkan fizikal. Jika di lihat dari sudut seerah
Nabawiyyah keempat2 warna ini diwakilkan melalui empat khulafa'
arrasyidin dizaman Nubuwwah.

Putih dinisbahkan kepada Saidina Abu Bakar r.a , merah jambu
dinisbahkan kepada Saidina Umar alkhattab r.a, manakala hijau
dinisbahkan Saidina Uthman Ibn Affan r.a dan biru mewakili warna
Saidina Ali r.a. Kita maklum bahawa keempat sahabat terutama Nabi SAW
ini mempunyai karakteristik yang berbeza dan masing-masing menampakkan
competitive advantages yang tersendiri. Malahan, kisah mereka juga
dapat menonjolkan sifat dan sikap peribadi mereka sebagai qudwah
hasanah kepada umat Islam.

Dalam dakwah kegagalan mengenali diri sendiri sebagai pendakwah dan
sasaran (mad'u) akan menatijahkan mekanisme dan pendekatan yang kurang
efektif. Kerana itu Dr Abdul karim Zaidan dalam buku Usuul adda'wah
menekankan tiga arkanuddakwah ini di fahami dan diperkemasi oleh para
daei.Kenali diri dan mad'u anda! Begitulah mungkin penekanan yang
hendak disebutkan oleh Dr Kareem Zaidan.

Dengan memahami warna diri dan mad'u anda akan mencari titik
keserasian atau paling tidak membina titik homofili bersama mad'u.
Bahkan ianya tidak terungkai dari tiga penekanan dalam institusi usrah
iaitu TAARUF (kenal),TAFAHUM (faham) dan TAKAFUL (Bantu). Bagaimana
nak faham kalau tidak kenal, dan bagaimana nak tolong kalau tidak
memahami?. Natijah memahami sifat seseorang akan menyebabkan kita
matang dalam melayani kerenah dan mampu mengawal sifat negatifnya
dengan memberikan rangsangan optimistic dalam minda para mad'u tentang
kesyumulan manhaj Islam.

Namun,bagi para daei sifat yang selayaknya perlu disediakan dalam
diri, bahkan keempat-empat warna itu sesuai digabungjalinkan dan
dipraktikan mengikut masa dan tempatnya. Ada masanya emosi perlu
disertakan, mental perlu diseimbangkan , ruhiyyah perlu diperteguhkan
dan tenaga fizikal perlu diperkuatkan. Penggunaannya perlu sesuai dan
sepadan dengan keperluan semasa, kerana itu daei perlu faham waqi'.
Stephen R.Covey juga menyebut dalam karya masyhur: 7 Habits The Most
Effective Person tentang sifat orang yang hebat antaranya "Seek to be
understand then to be understood" (Baca: Cuba memahami sebelum mahu
difahami).Dan itulah sifat yang perlu ada bagi daei!

Mengenali warna diri bermakna kita berusaha mengenali sifat dan sikap
semulajadi serta sifat dominant yang ada dalam diri seseorang yang
telah ditetapkan oleh Allah sejak azali. Ia sedikit sebanyak
memberikan kita hint untuk mendekati sasaran dengan lebih efektif
dengan memahami geraklaku dan tatakerja si mad'u.Dan itulah petanda
awal kecemerlangan daei. Mengenali mad'u dengan betul ! Bahkan kita
perlu mengenali kerenah dan perangai pelbagai lapisan masyarakat.
Hayatilah Buku Thariqquda'wah : Baina Asaleh wal inhiraf ( Jalan
dakwah antara keaslian dan penyelewengan) karangan Ust Mustafa
Masyhur, juga kitab Aafaat Ala Thariq (Wabak sepanjang Jalan) karangan
Dr Assayed Muhammad Noh dalam memahami gelagat (behaviour) dalam
dakwah. Anda tentu akan mendapat sesuatu.

Ingatlah pesan Imam Hasan Al-Banna : Jadilah kamu umpama pepohon
buah-buahan. Ia sering dilempar manusia barangan tiada berharga.Namun,
diakhirnya dia (baca: pohon buah) itu akan menghasilkan buah yang akan
memberi manfaat kepada makhluk. Apapun, doa saya kepada semua daei,
teruskan tugas anda mengislah umat agar ia menjadi saham yang boleh
dipersembahkan kepada Allah swt di akhirat kelak. Hidup ini sekali
didunia maka nikmatilah ia dengan nikmat perjuangan Islam ! Ayuh
kenali diri dan mad'u anda!


sumber dr seorg sahabat....