MUSLIMAH PEMBANGUN UMMAH

DIMANA BUMI DI PIJAK...DI SITU ISLAM DI JUNJUNG...

Bulan Rejab merupakan salah satu bulan dari 12 bulan-bulan Islam. Bulan Rejab mengandungi peristiwa-peristiwa bersejarah kepada orang Islam dimana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa dari tangan tentera Salib dan juga ada orang Islam yang berpendapat bahawa bulan inilah berlakunya peristiwa Isra' dan mi'raj Nabi Muhammad saw.

Tidak kurang juga ramai yang melihat bulan Rejab ini sebagai satu bulan spiritual dimana mereka mempertingkatkan ibadat sunat khususnya ibadat puasa.


Allah swt telah mengurniakan kepada manusia 4 bulan haram. Bulan-bulan ini sebagaimana yg disepakati oleh semua ulama' ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Umat Islam adalah diharamkan pergi berperang didalam bulan-bulan ini, kecualilah jika mereka diugut. Didalam bulan ini terdapatnya ibadat Haji dijalankan (Zulhijjah), dimana pada hari Arafah disunatkan bagi mereka yg tidak menunaikan haji melakukan ibadat puasa. Rasulullah saw juga menggalakan umat Islam melakukan puasa sunat pada hari Asyura' (10 hb Muharam).


Apakah terdapatnya kesahihan fadilat khas berpuasa didalam bulan Rejab?

Disini dinyatakan pandangan para ulama' mengenai kesahihan fadilat Rejab.


(1)Sheikh Atiyah Al-Saqr:.


Bekas Ketua Lajnah Fatwa Al-Azhar mengatakan bahawa setiap fadilat sesuatu perkara itu harus dilihat dari segi nas yg sahih dan beliau melihat bahawa hadis-hadis yg didatangkan mengenai fadilat didalam bulan Rejab kebanyakkannya adalah lemah dan palsu, katanya:


"Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberi fadilat kepada beberapa bulan dan

tempat, tetapi tidak thabit untuk masa (zaman) dan untuk tempat

melainkan dengan dalil yg qath'i (nyata) dan tidak thabit sehingga

tidak mendusta keatas Nabi Muhammad saw, dan banyak hadis-hadis

timbul mengenai fadilat bulan Rejab, dimana statusnya antara Dha'if

dan Mawdhu', dan tidak thabit dari pembawanya (naqal)."


Menurut Al-Saqr lagi bahawa:

"Al-Hafiz Ahmad bin Ali bin Mohammad bin Hajar Asqalaani meletakkan

didalam risalahnya dengan topiknya : Penjelasan yg datang didalam

Fadilat Rejab, pengumpulan jumhur Hadis menyebut mengenai Fadilat-

Fadilat Rejab, Puasa dan Solat didalamnya. Ia dikelaskan sebagai

Lemah dan Maudhu"


(2)Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi


Fadilat Rejab sama dengan fadilat bulan-bulan haram yg lain

Dr. Yusuf Al-Qardhawi mengatakan bahawa fadilat Rejab adalah sama

seperti yg terdapat didalam 3 bulan-bulan Haram yg lain. Katanya:

"tidaklah ada kesahihan didalam bulan Rejab, melainkan ia merupakan

salah satu dari bulan-bulan haram, bahawa Allah swt telah menyebut

didalam kitabnya - didalamnya ada 4 bulan haram - Al-Taubah:36.

Iaitu Rejab, Zulqaedah, Zulhijah dan Muharram....Itulah bulan-bulan yg

mempunyai fadilat. Tidak terdapat Hadis Sahih bahawa Rejab khusus

mengatakan Rejab lebih afdal, melainkan Hadis Hasan: Sesungguhnya

Nabi saw banyak berpuasa didalam Sya'ban.."


(3) Dr. Sayid Saabiq


Menurut seorang tokoh Ikhwan Dr Sayid Saabiq didalam membicarakan bab

puasa sunat, mengatakan bahawa :

"Puasa Rejab, bukanlah ada padanya fadilat yg berlebih dari bulan-

bulan lain, melainkan sesungguhnya ia dari bulan-bulan yg haram".

Ini bermaksud bahawa bulan-bulan haram ini mempunyai fadilat-fadilat

yg sama. Pendapat juga di sokong oleh mazhab Hanbali yg mengatakan

menetapkan bulan Rejab sahaja untuk berpuasa sunat adalah makruh


Kesimpulan :

1. Hadis-Hadis Bulan-Bulan Rejab kebanyakkannya adalah Mawdhu' (Palsu). Pendustaan terhadap Rasulullah saw. (Al-Saqr, Al Qardhawi)

2. Kita dilarang memilih-milih hari atau malam yg tertentu sahaja untuk melakukan ibadat khusus. (Hadis Nabi saw)

3. Tidak ada fadilat KHAS yg ditujukan pada bulan Rejab, yg ada Cuma fadilat umum kepada ke empat-empat bulan haram. (Al-Saqr, Al-Qardhawi)

4. Tidak ada solat dan zikir khas untuk bulan Rejab (Al-Saqr, Al-Qaradhawi).

5. Bulan Rejab seperti bulan-bulan Haram yg lain disunatkan melakukan Puasa sunat dan banyakkan bertaubat. (Imam Al-Sya'rawi)

6. Keadah berpuasa di dalam bulan-bulan haram ialah:

- Hari yg ke 9, 10, 11 di dalam bulan Muharam (Syeikh Abdul Aziz bin Bazz)

- Berpuasa hari Khamis, Jumaat, Sabtu (Hanafiah - Al-Zuhaily)

- Berpuasa pada bulan Rejab tidak sepenuhnya dan Sya'ban tidak sepenuh bulan (Al-Qardhawi)

- Berpuasa pada hari Assyura' (10 Muharam) dan Hari Arafah (9 Zulhijjah).

7. Rejab tidak mempunyai kelebihan dari bulan-bulan yg lain, kecuali kelebihan sebagai bulan-bulan Haram. (Syed Sabiq)

8. Tidak boleh HANYA berpuasa dibulan Rejab sahaja, dimana 3 bulan-bulan yg Haram yg lain tidak langsung diberi keutamaan melakukan puasa (MazhabHanbali- Al-Jaziry)

9. Tidak ada dalil yg mengatakan bahawa menziarah kubur didalam bulan Rejab mempunyai kelebihannya.

Assalamualaikum....

Lama sangat tidak menulis @ menghantar apa2 post di blog ni...fikiran buntu dan agak serabut..alhamdulillah..semalam habislah elsp3 dan alsp3..selama sebulan lebih di kampus..pelajar u lain sibuk cuti..kami disini..terpaksa berkortban utk program wajib universiti.sempat balik ke rumah sekejap jer,tu pun sbb reunion..lps tu kembali semula ke kampus..amat letih drive dr ngr9 ke dungun...nsb baik ada second driver..erm...sayang cuti panjang universiti ni byk tertinggal program2 negeri..

banyak jg kenangan waktu elsp n alsp ni..yg penting improve bahasa..tp rasa mcm x brp improve jer..byk main2...erm...bila la nk berubah ni...result pun dah keluar..alhamdulillah..ada peningkatan....lps elsp3 n alsp3 ni...ada alsp1 n elsp1 plk...tertinggal masa mula2 msk usim dulu...sjk masuk usim...rasanya penuh dengan program...yg bestnya program ilmiah byk...skrg minggu memperingati Gaza..byk program yg dijalankan...harap2 kesedaran tu timbul dihati setiap muslim..bila ada prgrm2 mcm ni..baru lah ada kesedaran kembali..kalau x..dibuai keindahan duniawi dan yg difikirkan hny utk diri sendiri....

sepanjang sebulan lebih ni jgk..seorg shbt ana telah melangsungkan perkahwinan..dilandaskan atas satu perjuangan..alhamdulillah..smg berbahagia hingga akhir hayat....

semoga hari2 mendatang lebih baik dr hari2 sebelumnya...rasa kurang sgt ilmu...dan kelemahan yg paling besar agak kurang yakin utk bercakap dihadapan orang(public speaking)...diharap kekuatan itu dpt dipupuk..insyaAllah....






Assalamualaikum....

Perkongsian bersama...diambil dari youtube....


Oleh... Hassan Al Banna

Guru kami, Syeikh Ahmad Yusuf Najati sangat gemar memilih tajuk-tajuk karangan yang menarik. Dia menghibur kami dengan kelakarnya yang menarik itu. Apabila dia merasa penat memeriksa karangan kami, dia pun berkata, 'Ambillah karangan-karangan awak ini wahai para ulamak dan sebarkan. Duhai kaum ku, hendaklah kamu mempunyai maksud atau tujuan. Bunga-bunga bahasa yang elok ialah yang ringkas (yakni sesuatu karangan itu elok apabila ia pendek, padat dan berisi). Demi Allah, saya tidak menilai karangan awak berdasarkan panjang atau pendeknya. Kami pun ketawa mendengar kata-katanya itu.


Kemudian, kami pun membahagi-bahagikan karangan-karangan di kalangan para penuntut. 1927 ialah tahun akhir pengajian saya di Darul Ulum. Salah satu tajuk karangan yang Syeikh Najati beri kepada kami ialah 'Apakah cita-cita awak selepas tamat pengajian nanti? Dan cara cara yang awak hendak gunakan untuk mencapai cita-cita awak itu.'


Berikut ialah jawapan yang saya beri:
'Saya berpendapat seorang yang baik akan mencari kebahagiaan dan panduan dengan berkhidmat kepada manusia. Dia merasa seronok apabila dia berupaya menghilangkan kesusahan orang dan membuat orang lain gembira. Dia sanggup berkorban untuk pembaharuan masyarakat sebagai keuntungan hakiki bagi dirinya. Dia berjihad bagi menghadapi kesukaran dan kesusahan dengan tabah dalam menegakkan kebenaran dan hidayat. Dia cuba menyelamatkan hati manusia dengan merasai penyakitnya. Dia mengkaji ciri-ciri yang mengakibatkan kemerosotan akhlak dan masyarakat. Dia berusaha untuk menegakkan peraturan masyarakat Islam yang lebih baik. Dia bersifat kasih sayang kepada manusia. Dia berusaha sebanyak mungkin untuk meringankan penderitaan manusia dan mencipta suasana yang boleh membantu mereka menjalani kehidupan yang bahagia. Dia juga berusaha memimpin mereka yang telah sesat ke jalan yang benar.

'Saya yakin tindakan yang tidak bermanafaat kepada orang lain dan juga dirinya ialah tindakan yang salah dan tidak berguna. Tindakan yang paling baik ialah tindakan yang bermanafaat kepada diri sendiri, saudara mara, rakan taulan dan juga negara. Tindakan yang memberi manafaat kepada umum ialah tindakan yang hebat dan mulia. Pendapat-pendapat saya ini telah mendorong saya memilih kerjaya di bidang pendidikan kerana para pendidik adalah sumber cahaya (keilmuan) bagi rakyat. Mereka menghapuskan kejahilan dan menyebarkan cahaya ilmu di seluruh dunia. Para pendidik ini seumpama lilin yang sedang menyala sambil memberi cahaya kepada orang lain. Saya yakin cita-cita tertinggi yang dapat dicapai manusia ialah mencari keredhaan Allah dengan cara yang diterima dan dirahmati Nya. Seorang manusia yang ingin mencapai cita-cita tertinggi ini akan mendapati dirinya berada di persimpangan jalan. Setiap jalan mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Dia bolehlah memilih salah satu dari keduanya.

'Jalan yang pertama ialah falsafah sufi yang sebenar. Dasar jalan ini ialah keikhlasan amalan dan menjauhkan diri dari kesibukan sebarang makhluk yang baik dan tidak baik. Jalan ini lebih dekat dan selamat dari jalan-jalan yang lain.
Jalan yang satu lagi ialah pendidikan (tarbiyah) dan dakwah. Jalan ini sama seperti jalan pertama tadi di segi keikhlasan dan amalan. Perbezaan jalan ini dari jalan pertama tadi ialah:
1.. dari segi hubungannya dengan manusia;
2.. dari segi kajian terhadap manusia dan institusi-institusi manusia;
3.. dari segi penglibatannya di dalam kegiatan-kegiatan masyarakat;
4.. dan dari segi menyediakan penawar untuk penyakit-penyakit masyarakat.
'Inilah jalan yang lebih mulia di sisi Allah. Al-Quran menggelarnya jalan yang terpuji. Rasulullah s.a.w. sendiri menyebut kepentingan dan kelebihan jalan ini, Selepas merantau di dalam alam sufi, saya kini memilih jalan yang kedua kerana ia lebih mulia dan lebih penting. Saya juga yakin bahawa seseorang yang telah mencapai
ketinggian ilmu dan berpandangan jauh sudah tentu memilih jalan yang kedua.
'Saya dapati kaum ku sudah tidak mempedulikan agamanya lantaran pergolakan politik yang sedang dilaluinya dan juga kerana keadaan masyarakatnya yang terpengaruh dengan Barat. Mereka telah lupa kepada pencapaian-pencapai an gemilang nenek moyangnya. Berbagai aliran fahaman bukan Islam telah bercampur baur dengan agama Islam yang tulen itu sehingga menghasilkan fahaman-fahaman yang penuh kekeliruan Islam, di dalam bentuknya yang jelas, tulen dan mudah itu telah hilang dari pandangan. Di samping itu, terdapat pula tabir khurafat yang menyekat pertumbuhan flkiran kita. Ringkasnya, umat Islam sedang meraba-raba di dalam kegelapan jahiliyah. Golongan terpelajar dan para belia pula tenggelam di dalam jurang keraguan. Sikap ini merosakkan mereka. Iman mereka menjadi lemah dan mereka pun cenderung ke arah fahaman atheisma (mulhid).
'Saya yakin manusia, di segi fitrahnya, adalah saling berkasih sayang. Dia akan mencari sesuatu yang menjadi sasaran kasih sayangnya. Tumpuan kasih sayang saya ialah seorang sahabat. Dia bersemadi di dalam diri saya seumpama roh saya sendiri. Saya menumpukan kasih sayang saya kepadanya (yakni Ahmad Afandi Sakri). Dia begitu berkesan dalam persahabatan saya.


'Keyakinan saya di dalam perkara ini semua adalah mendalam dan jelas. Hanya yang perlu ialah untuk melihat ia menjadi kenyataan. Cita-cita saya terbahagi kepada dua bahagian:
1.. Cita-cita khas: Kebahagiaan keluarga dan saudara mara serta kesetiaan kepada para sahabat tercinta sentiasa mendapat keutamaan di dalam hati saya.
2.. Cita-cita umum: Saya ingin menjadi guru dan pemimpin. Saya ingin mendidik kanak-kanak pada siang hari dan mendakwah ibu bapa mereka pada waktu malam melalui perbincangan dan syarahan di sekitar agama. Ini boleh juga dilakukan dengan mengarang buku-buku dan melawat berbagai tempat.
'Untuk mencapai cita-cita yang pertama (yakni cita-cita khas), saya telah meneliti sesuatu itu dengan baik. Untuk melaksanakan cita-cita yang kedua, saya telah menyediakan dua senjata akhlak iaitu ketegasan dan pengorbanan. Kedua senjata ini perlu bagi seorang tokoh pembaharuan. Bahkan rahsia kejayaan berada pada kedua senjata ini. Tokoh pembaharuan yang ada dua senjata ini tidak akan menghadapi kegagalan yang mungkin menjejaskan maruah atau mendatangkan malu kepadanya. Di samping itu, ia juga memerlukan kepada cara praktik (amali) iaitu meneruskan pengajian. Saya juga telah menghubungi peribadi-peribadi yang sependapat dengan saya dan menyokong orang-orang yang berpendapat demikian. Badan saya lemah, namun begitu saya sudah biasa dengan kerja keras yang berterusan. Saya telah menyerahkan kehidupan saya kepada Allah. Saya berdo'a kepada Allah agar Dia menerima usaha saya ini dan memberi saya kekuatan untuk melaksanakan tugas saya. Semoga jasmani dan rohani saya mendapat bantuan Allah agar saya menjalankan tugas saya ini. Semoga Allah memberi saya keberkatan dan rahmat seperti yang terdapat di dalani firman-Nya: (Muhammad: 7) Maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. "


'Ini adalah satu perjanjian di antara saya dan Allah dan guru saya menjadi saksi kepada perjanjian ini. Saya membuat keputusan ini seorang diri. Tiada sesiapa yang mempengaruhi saya kecuah perasaan saya sendiri. Keputusan ini adalah hasil dari kesungguhan saya kepada Allah Yang mengetahui rahsia hati manusia..' Guru saya, Hasan Yusuf Najati memeriksa karangan saya itu dan memberi markah yang sangat baik iaitu tujuh setengah daripada sepuluh.


Dalam karangan tersebut, saya menyebut sahabat saya, Ahmad Afandi Sakri yang sama-sama berkongsi perasaan dengan saya. Dia telah berhenti berniaga dan menutup kedainya kerana hendak sama-sama bergiat dengan saya. Dia masuk berkhidmat dengan Lembaga Pelajaran Buhairah agar saya dapat bersamanya apabila saya tamat pengajian nanti.


Apa cita2 kita???

Salam....(sesak dgn manusia...)

Hari last book fair 28/3..ana & shbt2 ke sana...selama bertahun2 kempunan utk kesana..dulu blj di trg x berpeluang utk prg..alhamdulillah thn ni dpt jgk prg..assignment mmg byk lg,tp semangat nk prg tu meluap2..bt krj dlm bas pun jd...1 hari berjalan2 kat sana mmg xpuas..ada lg tmpt yg xprg..xsempat..

Tp sempatlah jgk dptkan bbrp buku..yg paling seronok dpt beli buku yg baru nk dirasmikan pd ptg tu..penulis buku "cinta di rumah Hassan Al-Banna"..beliau menerbitkan buku terbaru iaitu.."persembahan cinta Isteri Hassan Al-Banna" dan ada 2 lg buku terbaru beliau...sempat mengenali dan bergambar dgn penulis buku tersebut.."Muhammad Lili Nur Aulia"...dah lama nk mengenali pengarang buku tersebut..akhirnya dipertemukan jg....

(buku karangan beliau....)
(buku2 lain yg dibeli....)

semoga tahun depan berkesempatan lg utk prg....insyaAllah...

ANDA PARA DAEI ! APA WARNA DIRI ANDA?

"Saya tak reti la nak `masuk' dengan budak kelas saya,diorang ni
payah skit nak dakwahkan, ade ke patut kata saya ni mat skema".Rungut
seorang daei di sebuah kampus.

"Pening saya,ade ke saya di katakan emosional,pada hal saya rasa saya
ok je, entahlah sahabat2 saya ni,tak paham betul!" Bentak pendakwah
muda di satu institusi tinggi.

Begitulah serba sedikit rencah dalam dairi seorang pendakwah,rungutan
mula muncul apabila berdepan dengan kerencaman sikap manusia yang
terkadang kala menaikkan kemarahan.Namun, bagi pendakwah itulah bayaran
yang perlu dibayar apabila terjun dalam medan pengislahan umat kini.
Manusia rencam dan complicated …

Secara umumnya, manusia boleh dibahagikan mengikut warna diri yang
berbeza. Pelajaran yang saya kutip dalam pengajian ilmu Color
Vibration Therapy (CVT) membahagikan warna diri kepada empat bahagian
utama iaitu Putih ,Merah Jambu ,Hijau dan Biru. Setiap manusia secara
azalinya telah ditetapkan oleh Allah SWT dengan warna dirinya yang
tersendiri dan ekslusif.Dan warna tersebut diterjemahkan dengan sifat
semulajadi individu tersebut.

Warna putih melambangkan Spiritual atau sifat kerohanian, manakala
merah jambu (pink) melambangkan Emotional. Hijau pula melambangkan
mental dan biru melambangkan fizikal. Jika di lihat dari sudut seerah
Nabawiyyah keempat2 warna ini diwakilkan melalui empat khulafa'
arrasyidin dizaman Nubuwwah.

Putih dinisbahkan kepada Saidina Abu Bakar r.a , merah jambu
dinisbahkan kepada Saidina Umar alkhattab r.a, manakala hijau
dinisbahkan Saidina Uthman Ibn Affan r.a dan biru mewakili warna
Saidina Ali r.a. Kita maklum bahawa keempat sahabat terutama Nabi SAW
ini mempunyai karakteristik yang berbeza dan masing-masing menampakkan
competitive advantages yang tersendiri. Malahan, kisah mereka juga
dapat menonjolkan sifat dan sikap peribadi mereka sebagai qudwah
hasanah kepada umat Islam.

Dalam dakwah kegagalan mengenali diri sendiri sebagai pendakwah dan
sasaran (mad'u) akan menatijahkan mekanisme dan pendekatan yang kurang
efektif. Kerana itu Dr Abdul karim Zaidan dalam buku Usuul adda'wah
menekankan tiga arkanuddakwah ini di fahami dan diperkemasi oleh para
daei.Kenali diri dan mad'u anda! Begitulah mungkin penekanan yang
hendak disebutkan oleh Dr Kareem Zaidan.

Dengan memahami warna diri dan mad'u anda akan mencari titik
keserasian atau paling tidak membina titik homofili bersama mad'u.
Bahkan ianya tidak terungkai dari tiga penekanan dalam institusi usrah
iaitu TAARUF (kenal),TAFAHUM (faham) dan TAKAFUL (Bantu). Bagaimana
nak faham kalau tidak kenal, dan bagaimana nak tolong kalau tidak
memahami?. Natijah memahami sifat seseorang akan menyebabkan kita
matang dalam melayani kerenah dan mampu mengawal sifat negatifnya
dengan memberikan rangsangan optimistic dalam minda para mad'u tentang
kesyumulan manhaj Islam.

Namun,bagi para daei sifat yang selayaknya perlu disediakan dalam
diri, bahkan keempat-empat warna itu sesuai digabungjalinkan dan
dipraktikan mengikut masa dan tempatnya. Ada masanya emosi perlu
disertakan, mental perlu diseimbangkan , ruhiyyah perlu diperteguhkan
dan tenaga fizikal perlu diperkuatkan. Penggunaannya perlu sesuai dan
sepadan dengan keperluan semasa, kerana itu daei perlu faham waqi'.
Stephen R.Covey juga menyebut dalam karya masyhur: 7 Habits The Most
Effective Person tentang sifat orang yang hebat antaranya "Seek to be
understand then to be understood" (Baca: Cuba memahami sebelum mahu
difahami).Dan itulah sifat yang perlu ada bagi daei!

Mengenali warna diri bermakna kita berusaha mengenali sifat dan sikap
semulajadi serta sifat dominant yang ada dalam diri seseorang yang
telah ditetapkan oleh Allah sejak azali. Ia sedikit sebanyak
memberikan kita hint untuk mendekati sasaran dengan lebih efektif
dengan memahami geraklaku dan tatakerja si mad'u.Dan itulah petanda
awal kecemerlangan daei. Mengenali mad'u dengan betul ! Bahkan kita
perlu mengenali kerenah dan perangai pelbagai lapisan masyarakat.
Hayatilah Buku Thariqquda'wah : Baina Asaleh wal inhiraf ( Jalan
dakwah antara keaslian dan penyelewengan) karangan Ust Mustafa
Masyhur, juga kitab Aafaat Ala Thariq (Wabak sepanjang Jalan) karangan
Dr Assayed Muhammad Noh dalam memahami gelagat (behaviour) dalam
dakwah. Anda tentu akan mendapat sesuatu.

Ingatlah pesan Imam Hasan Al-Banna : Jadilah kamu umpama pepohon
buah-buahan. Ia sering dilempar manusia barangan tiada berharga.Namun,
diakhirnya dia (baca: pohon buah) itu akan menghasilkan buah yang akan
memberi manfaat kepada makhluk. Apapun, doa saya kepada semua daei,
teruskan tugas anda mengislah umat agar ia menjadi saham yang boleh
dipersembahkan kepada Allah swt di akhirat kelak. Hidup ini sekali
didunia maka nikmatilah ia dengan nikmat perjuangan Islam ! Ayuh
kenali diri dan mad'u anda!


sumber dr seorg sahabat....

Assalamualaikum....

8 Mac 2010..genap 4 tahun mak meninggal dunia...rasa macam baru semalam..8 Mac 2006 slps waktu asar mak meninggal dunia tanpa keluarga disisi..malah mak bersama dengan sahabat2 1 perjuangan..waktu tu tinggal 7 hari lagi nk ambil result SPM...xdapat diungkapkan dgn kata2..ayah dan adik beradik penyuluh semangat..hari2 yg ditempuh bagaikan kosong tanpa sokongan dan dorongan seorang yg bergelar ibu...namun diri dikuatkan dan berazam menyambung rantai perjuangan yg mak tinggalkan..kereta kancil peninggalan mak dah merata tempat berjalan,memudahkan pergerakan dan gerak kerja dakwah..insyaAllah akan dijaga dan digunakan dgn sebaiknya...doa sentiasa dipanjatkan semoga dikau tenang dan aman di sana...amin....bagi yg masih mempunyai ibu/mak..sayangilah ibumu...dikau akan menyesal apabila ibumu sudah tiada disisi...

Renung-renungkanlah....

Semasa kita berumur 1 tahun, Ibu menyuap kita makan & memandikan kita
Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam
Semasa kita berumur 3 tahun, Ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk
kita Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai
Semasa kita berumur 4 tahun, Ibu membelikan kita crayon
Kita membalas budinya dengan menconteng dinding dirumah
Semasa kita berumur 5 tahun, Ibu membelikan kita baju baru untuk Hari Raya
Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak


Apabila kita berumur 7 tahun, Ibu menghantar kita ke sekolah
Kita membalas budinya dengan menjerit , " SAYA TAK MAHU PERGI SEKOLAH"
Semasa kita berumur 10 tahun, Ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, membawa kita
shopping, menghantar kita ke rumah kawan dll
Kita tidak langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih, setiap
kali Ibu menghantar kita
Apabila kita berumur 11 tahun, Ibu membelikan kita sebiji bola sepak
Kita membalas budi Ibu, dengan menendang bola dan memecahkan cermin tingkap
rumah jiran kita
Semasa kita berumur 12 tahun, Ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak
menonton TV
Kita membalas budi Ibu dengan asyik menonton TV, sebaik sahaja Ibu keluar dari
rumah Apabila kita berumur 13 tahun, Ibu menegur fesyen rambut kita yang
kurang sopan
Kita membalas budi Ibu dengan berkata bahawa Ibu tak ada "TASTE"


Apabila kita berumur 16 tahun, Ibu inginkan dakapan setelah penat dan baru balik
bekerja sehari suntuk
Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita dan bersendirian di dalam bilik
Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, Ibu menangis gembira
Kita membalas budi Ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam, kerana
enjoy & celebrate dengan kawan-kawan
Apabila kita berumur 19 tahun Ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menhantar
kita ke universiti, mengangkat beg kita dengan kasih sayang- sampai ke hostel
kita
Kita membalas budi Ibu, dengan bersalaman dengan Ibu di luar dorm- takut malu
dilihat kawan-kawan
Apabila kita berumur 20 tahun, Ibu bertanya dengan rasa prihatin- kita ada
boyfriend/girlfriend ke?
Kita membalas budi Ibu dengan berkata--- " Ibu ni kepohlah!!"


Apabila kita berumur 21 tahun, Ibu bertanya apa cita-cita kita
Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " saya tak mahu jadi macam ibu!!"
Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal
dirumah sendiri- Ibu membelikan baju untuk kita memulakan kerja baru
Kita membalas budi Ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu tidak
cantik kerana Ibu yang belikan
Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumahtangga- Ibu menangis gembira dan
berkata betapa Ibu kasih dan sayang pada kita
Kita membalas budi Ibu dengan berpindah 300 kilometre jauh dari Ibu
Apabila kita berumur 27 tahun, Ibu menalipon dan memberi nasihat tentang
penjagaan bayi- anak kita
Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " Zaman sekarang lain Ibu..!!!!"


Apabila kita berumur 40 tahun, Ibu menalipon dan memaklumkan majlis kenduri di
kampung
Kita membalas budi Ibu, dengan berkata- " saya sibuk!!!!"
Apabila kita berumur 50 tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih
sayang Kita membalas budi Ibu dengan datang melawat Ibu sekali dengan membawa
sedikit buah apple-dan merungut tentang kesibukan bekerja dan terpaksa balik
segera


Dan kemudian , pada suatu hari, Ibu meninggal dunia.
Dan tidaklah kita sempat untuk membalas segala jasa-jasa Ibu.
Ingat--- selagi Ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah Ibu--- dan jika Ibu sudah
meninggal dunia, ingatlah jasa ibu.

....Al-Fatihah....

الوقت كالسيف

MUJAHIDAH ISLAM

My photo
Tiada terjangkau kudrat diri untuk menjadi sekojar al-kauthar milik Rasulullah..hanya sekadar setitis mata air..sejernih salsabila buat penebus dahaga sang musafir di padang pasir..
DA'IE IBARAT TIRAM DILAUT..DIHIRIS PEPASIR TERCALARLAH IA..SUNGGUHPUN TERLUKA..TETAP TERPENDAM..SUNGGUHPUN PEDIH..TETAPI DISIMPAN..NAMUN AKHIRNYA DIBALAS MUTIARA..

Total Pageviews

UKHWAH FILLAH

MUSLIMAH PEMBANGUN UMMAH

MUSLIMAH PEMBANGUN UMMAH





Powered by Blogger.

Followers