MUSLIMAH PEMBANGUN UMMAH

DIMANA BUMI DI PIJAK...DI SITU ISLAM DI JUNJUNG...

Salam....(sesak dgn manusia...)

Hari last book fair 28/3..ana & shbt2 ke sana...selama bertahun2 kempunan utk kesana..dulu blj di trg x berpeluang utk prg..alhamdulillah thn ni dpt jgk prg..assignment mmg byk lg,tp semangat nk prg tu meluap2..bt krj dlm bas pun jd...1 hari berjalan2 kat sana mmg xpuas..ada lg tmpt yg xprg..xsempat..

Tp sempatlah jgk dptkan bbrp buku..yg paling seronok dpt beli buku yg baru nk dirasmikan pd ptg tu..penulis buku "cinta di rumah Hassan Al-Banna"..beliau menerbitkan buku terbaru iaitu.."persembahan cinta Isteri Hassan Al-Banna" dan ada 2 lg buku terbaru beliau...sempat mengenali dan bergambar dgn penulis buku tersebut.."Muhammad Lili Nur Aulia"...dah lama nk mengenali pengarang buku tersebut..akhirnya dipertemukan jg....

(buku karangan beliau....)
(buku2 lain yg dibeli....)

semoga tahun depan berkesempatan lg utk prg....insyaAllah...

ANDA PARA DAEI ! APA WARNA DIRI ANDA?

"Saya tak reti la nak `masuk' dengan budak kelas saya,diorang ni
payah skit nak dakwahkan, ade ke patut kata saya ni mat skema".Rungut
seorang daei di sebuah kampus.

"Pening saya,ade ke saya di katakan emosional,pada hal saya rasa saya
ok je, entahlah sahabat2 saya ni,tak paham betul!" Bentak pendakwah
muda di satu institusi tinggi.

Begitulah serba sedikit rencah dalam dairi seorang pendakwah,rungutan
mula muncul apabila berdepan dengan kerencaman sikap manusia yang
terkadang kala menaikkan kemarahan.Namun, bagi pendakwah itulah bayaran
yang perlu dibayar apabila terjun dalam medan pengislahan umat kini.
Manusia rencam dan complicated …

Secara umumnya, manusia boleh dibahagikan mengikut warna diri yang
berbeza. Pelajaran yang saya kutip dalam pengajian ilmu Color
Vibration Therapy (CVT) membahagikan warna diri kepada empat bahagian
utama iaitu Putih ,Merah Jambu ,Hijau dan Biru. Setiap manusia secara
azalinya telah ditetapkan oleh Allah SWT dengan warna dirinya yang
tersendiri dan ekslusif.Dan warna tersebut diterjemahkan dengan sifat
semulajadi individu tersebut.

Warna putih melambangkan Spiritual atau sifat kerohanian, manakala
merah jambu (pink) melambangkan Emotional. Hijau pula melambangkan
mental dan biru melambangkan fizikal. Jika di lihat dari sudut seerah
Nabawiyyah keempat2 warna ini diwakilkan melalui empat khulafa'
arrasyidin dizaman Nubuwwah.

Putih dinisbahkan kepada Saidina Abu Bakar r.a , merah jambu
dinisbahkan kepada Saidina Umar alkhattab r.a, manakala hijau
dinisbahkan Saidina Uthman Ibn Affan r.a dan biru mewakili warna
Saidina Ali r.a. Kita maklum bahawa keempat sahabat terutama Nabi SAW
ini mempunyai karakteristik yang berbeza dan masing-masing menampakkan
competitive advantages yang tersendiri. Malahan, kisah mereka juga
dapat menonjolkan sifat dan sikap peribadi mereka sebagai qudwah
hasanah kepada umat Islam.

Dalam dakwah kegagalan mengenali diri sendiri sebagai pendakwah dan
sasaran (mad'u) akan menatijahkan mekanisme dan pendekatan yang kurang
efektif. Kerana itu Dr Abdul karim Zaidan dalam buku Usuul adda'wah
menekankan tiga arkanuddakwah ini di fahami dan diperkemasi oleh para
daei.Kenali diri dan mad'u anda! Begitulah mungkin penekanan yang
hendak disebutkan oleh Dr Kareem Zaidan.

Dengan memahami warna diri dan mad'u anda akan mencari titik
keserasian atau paling tidak membina titik homofili bersama mad'u.
Bahkan ianya tidak terungkai dari tiga penekanan dalam institusi usrah
iaitu TAARUF (kenal),TAFAHUM (faham) dan TAKAFUL (Bantu). Bagaimana
nak faham kalau tidak kenal, dan bagaimana nak tolong kalau tidak
memahami?. Natijah memahami sifat seseorang akan menyebabkan kita
matang dalam melayani kerenah dan mampu mengawal sifat negatifnya
dengan memberikan rangsangan optimistic dalam minda para mad'u tentang
kesyumulan manhaj Islam.

Namun,bagi para daei sifat yang selayaknya perlu disediakan dalam
diri, bahkan keempat-empat warna itu sesuai digabungjalinkan dan
dipraktikan mengikut masa dan tempatnya. Ada masanya emosi perlu
disertakan, mental perlu diseimbangkan , ruhiyyah perlu diperteguhkan
dan tenaga fizikal perlu diperkuatkan. Penggunaannya perlu sesuai dan
sepadan dengan keperluan semasa, kerana itu daei perlu faham waqi'.
Stephen R.Covey juga menyebut dalam karya masyhur: 7 Habits The Most
Effective Person tentang sifat orang yang hebat antaranya "Seek to be
understand then to be understood" (Baca: Cuba memahami sebelum mahu
difahami).Dan itulah sifat yang perlu ada bagi daei!

Mengenali warna diri bermakna kita berusaha mengenali sifat dan sikap
semulajadi serta sifat dominant yang ada dalam diri seseorang yang
telah ditetapkan oleh Allah sejak azali. Ia sedikit sebanyak
memberikan kita hint untuk mendekati sasaran dengan lebih efektif
dengan memahami geraklaku dan tatakerja si mad'u.Dan itulah petanda
awal kecemerlangan daei. Mengenali mad'u dengan betul ! Bahkan kita
perlu mengenali kerenah dan perangai pelbagai lapisan masyarakat.
Hayatilah Buku Thariqquda'wah : Baina Asaleh wal inhiraf ( Jalan
dakwah antara keaslian dan penyelewengan) karangan Ust Mustafa
Masyhur, juga kitab Aafaat Ala Thariq (Wabak sepanjang Jalan) karangan
Dr Assayed Muhammad Noh dalam memahami gelagat (behaviour) dalam
dakwah. Anda tentu akan mendapat sesuatu.

Ingatlah pesan Imam Hasan Al-Banna : Jadilah kamu umpama pepohon
buah-buahan. Ia sering dilempar manusia barangan tiada berharga.Namun,
diakhirnya dia (baca: pohon buah) itu akan menghasilkan buah yang akan
memberi manfaat kepada makhluk. Apapun, doa saya kepada semua daei,
teruskan tugas anda mengislah umat agar ia menjadi saham yang boleh
dipersembahkan kepada Allah swt di akhirat kelak. Hidup ini sekali
didunia maka nikmatilah ia dengan nikmat perjuangan Islam ! Ayuh
kenali diri dan mad'u anda!


sumber dr seorg sahabat....

Assalamualaikum....

8 Mac 2010..genap 4 tahun mak meninggal dunia...rasa macam baru semalam..8 Mac 2006 slps waktu asar mak meninggal dunia tanpa keluarga disisi..malah mak bersama dengan sahabat2 1 perjuangan..waktu tu tinggal 7 hari lagi nk ambil result SPM...xdapat diungkapkan dgn kata2..ayah dan adik beradik penyuluh semangat..hari2 yg ditempuh bagaikan kosong tanpa sokongan dan dorongan seorang yg bergelar ibu...namun diri dikuatkan dan berazam menyambung rantai perjuangan yg mak tinggalkan..kereta kancil peninggalan mak dah merata tempat berjalan,memudahkan pergerakan dan gerak kerja dakwah..insyaAllah akan dijaga dan digunakan dgn sebaiknya...doa sentiasa dipanjatkan semoga dikau tenang dan aman di sana...amin....bagi yg masih mempunyai ibu/mak..sayangilah ibumu...dikau akan menyesal apabila ibumu sudah tiada disisi...

Renung-renungkanlah....

Semasa kita berumur 1 tahun, Ibu menyuap kita makan & memandikan kita
Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam
Semasa kita berumur 3 tahun, Ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk
kita Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai
Semasa kita berumur 4 tahun, Ibu membelikan kita crayon
Kita membalas budinya dengan menconteng dinding dirumah
Semasa kita berumur 5 tahun, Ibu membelikan kita baju baru untuk Hari Raya
Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak


Apabila kita berumur 7 tahun, Ibu menghantar kita ke sekolah
Kita membalas budinya dengan menjerit , " SAYA TAK MAHU PERGI SEKOLAH"
Semasa kita berumur 10 tahun, Ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, membawa kita
shopping, menghantar kita ke rumah kawan dll
Kita tidak langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih, setiap
kali Ibu menghantar kita
Apabila kita berumur 11 tahun, Ibu membelikan kita sebiji bola sepak
Kita membalas budi Ibu, dengan menendang bola dan memecahkan cermin tingkap
rumah jiran kita
Semasa kita berumur 12 tahun, Ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak
menonton TV
Kita membalas budi Ibu dengan asyik menonton TV, sebaik sahaja Ibu keluar dari
rumah Apabila kita berumur 13 tahun, Ibu menegur fesyen rambut kita yang
kurang sopan
Kita membalas budi Ibu dengan berkata bahawa Ibu tak ada "TASTE"


Apabila kita berumur 16 tahun, Ibu inginkan dakapan setelah penat dan baru balik
bekerja sehari suntuk
Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita dan bersendirian di dalam bilik
Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, Ibu menangis gembira
Kita membalas budi Ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam, kerana
enjoy & celebrate dengan kawan-kawan
Apabila kita berumur 19 tahun Ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menhantar
kita ke universiti, mengangkat beg kita dengan kasih sayang- sampai ke hostel
kita
Kita membalas budi Ibu, dengan bersalaman dengan Ibu di luar dorm- takut malu
dilihat kawan-kawan
Apabila kita berumur 20 tahun, Ibu bertanya dengan rasa prihatin- kita ada
boyfriend/girlfriend ke?
Kita membalas budi Ibu dengan berkata--- " Ibu ni kepohlah!!"


Apabila kita berumur 21 tahun, Ibu bertanya apa cita-cita kita
Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " saya tak mahu jadi macam ibu!!"
Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal
dirumah sendiri- Ibu membelikan baju untuk kita memulakan kerja baru
Kita membalas budi Ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu tidak
cantik kerana Ibu yang belikan
Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumahtangga- Ibu menangis gembira dan
berkata betapa Ibu kasih dan sayang pada kita
Kita membalas budi Ibu dengan berpindah 300 kilometre jauh dari Ibu
Apabila kita berumur 27 tahun, Ibu menalipon dan memberi nasihat tentang
penjagaan bayi- anak kita
Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " Zaman sekarang lain Ibu..!!!!"


Apabila kita berumur 40 tahun, Ibu menalipon dan memaklumkan majlis kenduri di
kampung
Kita membalas budi Ibu, dengan berkata- " saya sibuk!!!!"
Apabila kita berumur 50 tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih
sayang Kita membalas budi Ibu dengan datang melawat Ibu sekali dengan membawa
sedikit buah apple-dan merungut tentang kesibukan bekerja dan terpaksa balik
segera


Dan kemudian , pada suatu hari, Ibu meninggal dunia.
Dan tidaklah kita sempat untuk membalas segala jasa-jasa Ibu.
Ingat--- selagi Ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah Ibu--- dan jika Ibu sudah
meninggal dunia, ingatlah jasa ibu.

....Al-Fatihah....

salam.....


Ana baru jer beberapa hari mendapatkan buku ni..karya sulung Dr Farhan Hadi..zauj Fatimah Syarha..di gerai buku sempena Festival Keusahawanan di U....dah lama menantikan buku ni...hari pertama festival..tmpt pertama dituju adalah kedai buku..nmpk jer buku ni..trs beli...skrg msh continue bc..xhbs2 lg..kls full,asignment pun byk..masa2 terluang baru bc..buku ni bg ana mmg best..gabungan fiqh perubatan,fiqh wanita & fiqh cinta...setakat yg ana bc byk input dan ilmu baru yg ana dapat...mmg best...

kat festival ni ana ada jgk dptkan buku2 lain..bajet utk 3 buku ni je kot..tp xtaulah..bab buku ni ssh sikit nk berjimat..suka membeli..membaca kadang2 habis..kadang2 x..=)..tapi xper..bleh disimpan dan dibc masa akan dtg...kat bwh ni buku yg menarik minat ana utk bibeli time festival tu..salah satunya buku kartun..tp berunsur politik..lucu dan menarik..


Salam maulidul Rasul bt semua....


Nabi Muhammad saw meskipun sama kejadiannya dengan manusia lain di muka bumi ini, namun bentuk lahiriah dan rohaniahnya tidak sama. Baginda mempunyai keistimewaan yang sama sekali tidak terdapat pada manusia-manusia biasa. Sebagai manusia yang terbaik di muka bumi ini, Baginda dianugerahkan dengan keperibadian dan perwatakan yang istimewa kerana padanyalah terdapat contoh untuk diteladani.


Umum mengetahui keadaan yang zahir adalah gambaran yang terjelma dari unsur-unsur batin. Rupa paras seseorang boleh membantu menjelaskan keperibadian setiap individu. Ciri-ciri seperti bentuk badan, sifat fizikal dan rupa bentuk anggota adalah menggambarkan tentang akal dan akhlak seseorang. Begitulah dengan Nabi Muhammad saw. yang mempunyai bentuk badan yang indah dan segak, namun tidak dapat digambarkan oleh mana-mana pelukis potret di dunia ini. Allah mengharamkan penggambaran potret Baginda oleh sesiapa saja. Sungguhpun begitu sifat-sifat kecantikan baginda masih boleh diillusikan melalui pertuturan dan riwayat para sahabat dan tabi'in. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Ulama Yahudi berkenaan terpukau dengan raut paras dan akhlak baginda yang sudah tentunya milik seorang Rasul Agung di muka bumi ini. Para sahabat yang sentiasa bersamanya sentiasa meneliti bentuk tubuh tokoh kesayangannya secara terperinci. Di antara kata-kata appresiasi mereka yang pernah melihat baginda saw:


· Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah. Aku

melihat cahaya memancar dari lidahnya.

· Seandainya kamu melihat Rasulullah, kamu akan merasa

seolah-olah sedang melihat matahari terbit.

· Aku pernah melihat Rasulullah saw di bawah sinaran bulan.

Aku bandingkan wajahnya dengan bulan, akhirnya aku sedari

bahawa Rasulullah saw jauh lebih cantik daripada sinaran

bulan.

· Rasulullah saw seumpama matahari yang bersinar. Aku belum

pernah melihat lelaki setampan Rasulullah saw.

· Apabila Rasulullah saw berasa gembira, wajahnya bercahaya

seperti bulan purnama dan dari situ kami mengetahui yang

baginda sedang gembira.

· Kali pertama memandangnya, sudah tentu kamu akan terpesona

· Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat

· Wajahnya seperti bulan purnama

· Dahi Baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.

Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin

jelas semasa marah.

· Mata Baginda hitam dengan bulu mata yang panjang

· Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya,

kebiruan asli di bahagian sudut.

· Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan

luas sekali pertama kali melihatnya.

· Mulut baginda sederhana luas dan cantik

· Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di

bahagian depan.

· Apabila berkata-kata cahaya kelihatan memancar dari giginya

· Janggutnya penuh dan tebal menawan

· Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti

arca. Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.

· Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya

· Rambutnya sedikit ikal

· Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan

kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi

· Rambutnya terbelah di tengah

· Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut

menganjur dari dada ke pusat

· Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara

kedua bahunya lebih daripada biasa

· Seimbang antara kedua bahunya

· Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya , jarinya

juga besar dan tersusun dengan cantik

· Aku tidak pernah menyentuh sebarang sutera yang tipis

mahupun tebal yang lebih lembut daripada tapak tangan

Rasulullah saw.

· Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. kakinya berisi,

di tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.

Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

· Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi

campuran antara coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.

· Warna kulit Baginda putih kemerah-merahan

· Warna kulitnya putih tapi sehat

· Kulitnya putih lagi bercahaya

· Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh

· Badannya tidak gemuk

· Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi

berukuran sederhana lagi kacak

· Perutnya tidak buncit

· Badannya cenderung kepada tinggi. Semasa berada di kalangan

orang ramai, baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka

· Sekalipun baginda miskin dan lapar tapi tubuhnya lebih gagah

dan sihat daripada orang yang cukup makan.Aku tidak pernah

melihat seorang lelaki yang lebih gagah dan berani daripada

Rasulullah saw.

Begitu hebat personaliti dan ketokohan Baginda saw., makhluk

terpuji dan teragung di muka bumi. Kesimpulannya Nabi Muhammad

saw. adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh

sepanjang zaman.

MORAL & IKTIBAR


· Nabi Muhammad saw. adalah manusia terbaik pilihan Allah.

· Sifatnya yang terpuji merangkumi aspek fizikal dan rohani.

· Atas sifatnya yang superior inilah baginda dilantik menjadi

pemimpin seluruh manusia di dunia ini.

· Baginda adalah manusia mithali yang serba lengkap dan serba

kamil dan layaklah baginda tidak disentuh sebarang dosa lagi

bersifat dengan maksum.

· Kepimpinan Baginda sepatutnya menjadi contoh teladan kepada

semua manusia di muka bumi ini. Barangsiapa mentaati Allah

tanpa mengakui kerasulan Nabi saw, nescaya Allah tidak

menerima keimanannya.


Marilah sama2 kita perbanyakkan selawat keatas baginda Nabi Muhammad (saw).....

الوقت كالسيف

MUJAHIDAH ISLAM

My photo
Tiada terjangkau kudrat diri untuk menjadi sekojar al-kauthar milik Rasulullah..hanya sekadar setitis mata air..sejernih salsabila buat penebus dahaga sang musafir di padang pasir..
DA'IE IBARAT TIRAM DILAUT..DIHIRIS PEPASIR TERCALARLAH IA..SUNGGUHPUN TERLUKA..TETAP TERPENDAM..SUNGGUHPUN PEDIH..TETAPI DISIMPAN..NAMUN AKHIRNYA DIBALAS MUTIARA..

Total Pageviews

UKHWAH FILLAH

MUSLIMAH PEMBANGUN UMMAH

MUSLIMAH PEMBANGUN UMMAH





Powered by Blogger.

Followers